Projek Salasilah

2 Syawal~ Aku dan adik-beradik bertolak pulang ke kampung halaman dan beraya di sana pula.. Destinasi kami ialah kampung halaman sebelah emak (wan). Walaupun wan dah meninggal, namun kami tetap ingin berhubung mesra dengan saudara-mara yang berkaitan, terutamanya pada hari raya ni..
"Oh ya, tahun ni juga pertama kalinya aku memberi duit raya kepada anak saudara yang ditemui.. Tapi tak sangka ramai pula anak buah jauh ni.. ^-^! tersalah anggap (underestimate) bilangan pula.."
Fokus - salasilah keluarga
Demikianlah halnya. Maka datangnya idea aku untuk mulakan projek buat salasilah keluarga, mencakupi keluarga mak, ayah dan mak tiri sekali pun. Aku berpendapat pentingnya menghubungkan kembali kaum kerabat. Tanpa aku sedar, bilangan saudara mara aku telah meningkat banyak. Malah, adanya sanak-saudara jauh berada di sekelililng kita tapi kita tak pernah tahu menahu pun. Hal ni semestinya generasi lama saja yang arif dan bertindak sebagai penghubung. Namun, siapa tahu.. mereka semakin lanjut usianya (bila-bila masa saja boleh pergi)..
"Dah sampai masanya untuk hubungkan semula semua. Mereka ni bukan orang lain, sanak-saudara (arwah) Wan juga.." v_v
Projek salasilah keluarga ni aku jalankan secara sampingan (iaitu apabila kebetulan terjumpa sanak saudara, aku ambil kesempatan tanya sikit-sikit) je sejak dua tahun lalu. Belum terlintas lagi nak lakukan secara proaktif.. Namun, setakat ni alhamdulillah aku ada bapa yang turut memberi sumbangan iaitu turut menanyakan bagi keluarga sebelahnya..
"Projek ni takdelah berniat apa-apa, cuma apabila dah nampak perhubungan antara satu keluarga dengan keluarga lain (eg. sepupu dll), aku berpendapat hubungan akan menjadi lebih rapat la hendaknya.. " ^-^!
ni salasilah keluarga asas aku ^-^! baru sikit.. 
"Contoh sampel ini hanyalah 3 lapis generasi je. Boleh bayangkan tak bila salasilah dah berkembang sampai 4-5 lapis generasi semuanya dikumpulkan sekali..?"
dah jadi macam ni (baru saudara belah mak) ^-^! belum campur saudara belah ayah, dan keluarga isteri juga
Menariknya dalam dua tahun usaha projek ni, ada beberapa penemuan menarik yang aku dapat, antaranya:
  • Mak tiri aku rupaya ada hubungan distant linkage (jauh bercabang-cabang akhirnya jumpa) dengan ayah aku
  • Seorang schoolmate aku di SBP 2004/05 yang sebaya rupanya bertahap 'anak saudara' kalau dikaiji melalui salasilah tersebut
"Tahu tak Yuna tu (somehow) saudara kome? Biasanya raya kedua dia ada buat open house kat kampung dia. Jom la kita pergi" - ujar mak saudara aku terbaru ni (--> satu skop yang perlu dibongkarkan) ^-^!
some other stream of thought
family tree 
Salasilah keluarga selalunya dianalogikan dengan gambaran pokok yang bercabang-cabang dahan dan rantingnya (selaras dengan impresi satu generasi beranak-pinak membentuk beberapa generasi yang berbeza).. Namun gambaran ini membuatku teringat "Tanda-tanda kematian bermula 100 hari (sebelum masanya)": (artikel penuh aku ambil dari laman web fuh.my)

Pada 40 hari sebelum kematian - Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Melalui artikel tersebut, setiap nyawa hamba Allah di bumi juga digambarkan melalui daun. Seolah-olah memberi idea tentang Arasy Allah telah adanya pokok dengan cabang-cabang dahan dan ranting serta daun mewakili setiap jiwa di bumi beserta generasi masing-masing,
"Jika demikian pastinya family tree tersebut begitu perfect dan complete.. Allahu akbar"
Kemaskini 10.6.2019
- Sangat susah buat guna Microsoft Excel ni, sebab buat sendiri penambahan kotak, garisan dan lain-lain.. Jadi ada juga mencuba beberapa applikasi di handphone dan komputer. Terbaru ini aku guna komputer (window) dengan applikasi My Family Tree. Antara ciri yang buat aku tertarik ialah

  • Data keluarga yang disimpan mempunyai cakupan (coverage) yang luas. Selain keluarga asas, aku boleh tambah ahli keluarga extended (misalnya saudara sebelah mak atau ayah, dan walaupun maklumat keluarga sebelah isteri pun turut dapat diintegrasikan dalam satu fail simpanan (savefile) sahaja..)
  • Paparan carta keluarga boleh beralih fokus kepada mana-mana ahli keluarga pilihan. (Maksudnya kalau ada saudara/ pakcik yang nak tengok salasilah mereka, boleh buat paparan seperti kehendak mereka)
"ماسيه جأوه داري سياڤ لاݢي اين. باڽق ساڠت اهلي کلوارݢا ماسيه بلوم دتموي. نامون دميکيان، اين بري ڤلواڠ اونتوق جالينکن هوبوڠن سلة الرحيم هندقڽ"


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)