Kembara-3

Baru-baru ni adik aku pergi off-shore lagi.. Kalau sebelum ni dia ke Chilegon (Indonesia), kali ni ke Labuan pula.. Dan dengarnya dia akan ada trip ke Turki dalam jarak terdekat ni.. Sementara itu, abang sulung aku, baru je mohon kerja baru dah ditugaskan ke Singapura pula.. ^-^
"Ironinya, pada suatu masa dulu aku la yang paling kerap berjauhan dengan rumah melibatkan travel jauh (sempena studi di UNIMAS).. Dan adik-beradik aku hanya bertempat di kawasan rumah je.. Senang balik~ dan kali ni situasi terbalik pula.. Cemburunya aku " ^-^!
Kenapa aku cemburu?? Adik-beradik aku dapat peluang untuk kembara ke tempat-tempat di dunia luar (walaupun tujuan kerjaya semata-mata), tapi demikian adalah lebih baik dari tidak pergi langsung..
"Antara impian aku sejak kecil lagi ialah mengembara melihat dunia.." - entri kembara 
from here surely an adventure awaits
Mungkin kita hanya datang untuk tujuan bekerja, namun aku percaya adanya pendedahan tentang budaya masyarakat setempat di tempat tersebut.. Menariknya kalau dapat tengok kepelbagaian tersebut.. >_<! excited~ oh ya, namun jangan dilupakan tujuan kepelbagaian tersebut bukanlah untuk dibanding-bandingkan, seperti mana Firman Allah:
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suka supaya kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah mereka yg paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti." (Surah Al-Hujurat 49:13) 
Untungnya mereka (adik-beradik aku) ni ^-^!

Some trivial on this matter

  • Teringatku akan pengalaman bekerja sambilan di TESCO dulu sementara nak tunggu surat perlantikan (entri multi-objective). Impresi pertama sebelum bekerja rasa macam best je sebab berpeluang explore pasaraya tersebut dan window shopping sepuas-puas hati ^-^! namun, hakikatnya tak seindah sangkaan. Dikerah bekerja bagai nak rak~ maka berdasarkan pengalaman tersebut aku berpendapat;
"Beza sangatnya datang sebagai pekerja atau pelanggan/ pelancong.. Yang mana pelangaan / pelancong lebih enjoy menikmati tanpa stres kerjaya.. Jadi kalau nak kembara-kembara ni, eloknya aku lakukan sebagai pengembara (iaitu masa cuti sendiri).. Baru layan.." :D

  • Minat aku mengembara ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh game ^-^! Seperti mana entri my very first RPG, aku sukakan game dari genre RPG terutamanya berkaitan dengan meneroka pekan / bandar yang unik dan tersendiri.. hm, i wonder if this is one good influence or not?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)