kejar solat berjemaah!

Sejak berakhirnya ramadhan, aku cuba untuk istiqamah ke surau belakang setidaknya solat fardhu Isya'.. Hari ni, aku terlewat sedikit, sampai-sampai je imam sedang membacakan surah kedua. Maka aku segera berwudhu' dengan niat agar sempat jadi makmum muafiq. Jadi habis-habis wudhuk dan masuk dewan solat..
"Alamak, saf kosong jauh pulak (dari pintu masuk). Kalau jalan je (ke saf tersebut) tak sempat ni.. " - bisik hatiku
Jadi inginku berlari ke saf tersebut, namun kelihatan beberapa makmum lain juga berjalan di hadapanku, bersahaja ke arah saf tersebut.. Terhalang niatku untuk berlari (memintas mereka). Dan akhirnya aku terpaksa akur tertinggal satu rakaat..

bukankah ilustrasi ni cuba menasihati kita agar kejar solat berjemaah perfect?
"Ok, memang salah aku kerana lewat datang (lalu tertinggal rakaat), tapi kenapa.. orang lain (makmum lain) tampak tak berusaha nak kejar rakaat..?"
Fokus - berusaha kejar rakaat (solat berjemaah)
Aku pernah terdengar akan tazkirah tentang keutamaan kejar rakaat ni.. Kisah ini juga merupakan sejarah bacaan i'tidal "sami'a Allahu li man hamidah.." (nota - penceritaan dalam blog aku ni diolah mengikut gaya bahasa sendiri, tapi bersumberkan dari laman web / blog MTs SALAFIYAH WONOYOSO, terdapat laman web lain juga ^-^!)

-----------------------------------------------<story start!>------------------------------------------------

Pada zaman Rasulullah, diperihalkan seorang sahabat (Ali bin Abi Tholib) r.a dalam perjalanan ke masjid untuk solat Subuh berjemaah. Dalam perjalanan tersebut, beliau berjumpa seorang lelaki tua yang berjalan di hadapannya (jalan searah), disangkanya lelaki tua tersebut juga ingin menunaikan solat berjemaah di masjid. Maka beliau tidak mahu memintas lelaki tua tersebut dan membiarkannya jalan terlebih dahulu..

Namun, akhirnya didapati lelaki tua tersebut bukanlah seorang muslim, lalu Saidina Ali bergegas ke masjid dengan harapan agar sempat berjemaah (*difahamkan saidina Ali tak pernah terlepas solat Subuh berjemaah sebelum ni, jadi semestinya beliau ingin mengekalkan rekod). Pada masa yang sama, Rasulullah berada di rakaat kedua dan sedang ruku'. Lalu, malaikat Jibril menahan Rasulullah (pada rukun Ruku' tersebut) agar Saidina Ali r.a sempat menyertai solat jemaah. Dan ketika itu, Saidina Ali r.a bersyukur kerana kesempatan tersebut. Pada masa itu juga, malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Rasulullah tentang bacaan iktidal iaitu:
"سمع الله لمن حمده (Allah mendengar sesiapa yang memujiNya)"
------------------------------------------<story end>----------------------------------------------------

Maka sejak itu, bacaan iktidal adalah sedemikian. Menarik, kan? Atas kesungguhan untuk kejar rakaat (solat berjemaah), maka turunnya wahyu bacaan istimewa solat sempena usaha beliau.. Jadi jom la kita pun sama-sama mencontohi saidina Ali r.a agar berusaha untuk kejar solat berjemaah ni..
"Setakat ni, aku tak jumpa pula rujukan tentang fadhilat kejar rakaat ni (pernah terdengar tapi perlu dipastikan dulu) tapi secara idealnya paling terbaik apabila kita sertai solat berjemaah: kita ikuti dari awal rukun (takbiratul ihram) sampai akhir (salam pertama), secara sempurna~ ^-^ sebaliknya, aku tetap berasa ada sedikit kekurangan jika sertai sebagai makmum masbuk.."
Wallahu a'lam..

slowly but steady improve our solat ^-^


Some other stream of thought
Alang-alang sentuh topik makmum ni, jom ulangkaji sikit: Pada dasarnya makmum boleh dikategorikan kepada dua iaitu: (nota - sumber ilmu ni aku ambil dari blog irhafiz.wordpress.com)

Makmum muafiq
  • mereka yang sempat (rukun) qiam/berdiri bersama-sama imam (berdiri semasa bacaan fatihah, bukan iktidal) Tempoh berdiri bersama-sama imam tadi, perlulah sekurang-kurangnya kadar masa bacaan fatihah yang sederhana – tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.
  • Dibenarkan lewat dengan imam sebanyak 3 rukun yang panjang.
  • Perlu menghabiskan bacaan fatihah
Makmum masbuk
  • mereka yang tak sempat (rukun) qiam bersama-sama imam pada kadar masa yang cukup untuk seseorang itu untuk membaca fatihah.
  • Tidak perlu menghabiskan fatihah, sebab fatihah beliau telah ditanggung oleh imam.
  • Perlu mengganti semula rakaat tersebut, selepas imam tamat solat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)