hari-hari akhir Ramadhan

Yeah! hari ni minggu ni rehat ^-^ setelah bekerja sepanjang 5 hari Isnin sampai Jumaat ni, akhirnya aku diberi rehat 2 hari berturutan pada hari minggu (sebelum ni, sukanya aku memohon agar rentak jadual kerjaku 'kerja 3 hari, rehat satu hari')
"Tapi, nak buat apa cuti dua hari ni ye? Aku tak terasa nak keluar shopping / tengok wayang pun.."
Mungkin aku terkesan dengan paparan klip video berikut. Jom tengok kejap ^-^!


Spoiler alert! - video klip ni memaparkan bagaimana muslim produktif sepatutnya meluangkan masa ketika Ramadhan terutamanya pada 10 hari terakhir, iaitu dengan banyak beribadah di masjid (i'tikaf, zikir, tasbih, solat, baca AlQuran). Sementara itu, muslim tak produktif digambarkan terpedaya dengan jualan hebat akhir ramadhan

Demikianlah halnya. Jadi apa yang istimewanya 10 malam hari Ramadhan ni??

Fokus - Malam 1000 bulan

Pada 10 malam terakhir Ramadhan, ada satu malam ni sekiranya kita beramal ibadah padanya adalah lebih baik daripada beramal ibadah selama 1000 bulan (kira-kira 84 tahun lebih). Jom ulangkaji surah yang berkaitan dengannya;
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulanPada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Surah Al-Qadr 97: 1-5)
Menariknya, aku pernah teringat akan satu aduan daripada umat ketika zaman Rasulullah dulu yang mana mereka mengadu bahawa amal ibadah mereka sangat kurang kalau nak dibandingkan dengan umat nabi lain (dengan bersebab umat Nabi yang terdahulu sangat lanjut sehinggakan ratusan tahun umurnya, sementara umat Nabi s.a.w secara puratanya dalam lingkungan 60-70 tahun sahaja). Maka Rasulullah s.a.w pun mengaitkan dengan kelebihan malam lailatul Qadar ini..

Diperihalkan juga, antara tanda-tanda Lailatul Qadar baru saja berlalu seperti hadith berikut:
Dan dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda. “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]
Jom, sama-sama memburu malam penuh berkat ni ^-^!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)