Melawat pusara

Sempena 3 Syawal 1434H~ kami datang melawat kubur arwah Wan. Dah hampir 5 tahun (hijriyah) sejak arwah Wan kembali ke rahmatullah. Kalau sebelum ni aku datang sebagai seorang pelajar universiti, akhirnya kali ni aku dah berkerjaya dalam bidang perubatan. Sepatutnya ni perkara yang aku sangat berharap arwah dapat tengok saat-saat ni. Namun..
 "..the one i really want to be here with me at this moment of happiness is not here anymore.."  - entri sebelum induksi
Setiap kali aku datang sini pastinya aku berasa sayu melihat kubur arwah..
"Raya ke-3 baru melawat pusara arwah mak v_v sayu pula bila fikir hanya datang setahun sekali je.. And it feel kinda lonely when i think about it.. innalillah~" - status facebook bertarikh 10 Ogos 2013
Dapat bayangkan tak? Tinggal berseorangan di kubur yang gelap, setahun sekali je anak-anak datang melawat. Kalau diterapkan nilai empati, perasaan kesunyian tu dapat dirasakan.
"arwah Wan telah pun berada di perhentian seterusnya (barzakh), bagaimanalah keadaannya agaknya? Dengan keadaan yang serba tak pasti, aku hanya mampu mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuknya di Akhirat kelak.. semoga arwah sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin" - entri hidup hanya sementara
Namun, aku bersyukur dalam 5 tahun ni, hubungan sesama adik-beradik masih stabil. Semuanya sudi meluangkan masa berjumpa, melawat kubur sama-sama, raya sama-sama. Dan semuanya masih rindukan arwah macam dulu..
"Really, i am hoping that our feelings for Wan will always connect our hearts together.."
Some other stream of thought
Melawat kubur memang mengingatkan kita tentang kematian. Maka ingin aku kongsikan sedikit peringatan betapa kubur menyeru manusia setiap hari akan lima perkara..

sudahkah kita bersedia..?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)