Puasa enam

Dah beberapa hari beraya, maka jom kita berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal pula ^-^ Diperihalkan sebuah hadith tentang puasa enam ni iaitu:


Kena puasa enam hari je (kalau nak dibandingkan dengan 29 hari bulan Ramadhan) tapi fadhilatnya menyamai amalan puasa setahun. Rugi la kalau terlepas peluang ni ^-^

Namun demikian, aku berpendapat puasa sunat ni tak semudah puasa fardhu Ramadhan. Sebabnya, kalau masa bulan Ramadhan dulu semua muslim bersifat supportive: ajak bersahur, ingatkan tentang puasa (tak boleh makan dll) dan kalau ada yang tak puasa pun, mereka terpaksa makan sorok-sorok bagi menghormati orang berpuasa..

Sebaliknya di luar bulan Ramadhan, suasana rasa berbeza.. orang sekeliling tak bersifat supportive sangat, tambah-tambah kebetulan mereka buat makan-makan pula ketika kita puasa.. Memang satu dugaan hebat. Lagi pula kita dengan minda puasa enam ini 'tak wajib' (tak bersalah kalau nak berbuka pun) kalau tak berhati-hati boleh terpengaruh dengan nafsu ni..
تريڠت سواتو ماس لالو اد سسأورڠ برتاڽکن اکو تنتڠ ڤواس سنة اين، کاتڽ نمڤق تق عديل ڤولا برڤواس چوما ٦ هاري تاڤي ݢنجرن دبري ستاهون برڤواس. تاڤي بيلا دفيکيرکن لوجيک دوݢاءن يڠ حضير مک اکو داڤت باڠةکن بتاڤ بوکن سنڠ نق برڤواس سنة سبنرڽ. سدڠکن بوکن مسلم چوبا٢ برڤواس ڤون تق لارت. سام سهاج مسلم ڤون بݢيتو. چوما ڤواس رمضان ترڤکسا برتاهن سبب حوکومڽ واجب . تاڤي کالاو ڤواس سنة بوکن سموا سڠݢوڤ

Maka dengan itu, ingin aku kongsikan satu lagi nasihat oleh ProductiveMuslim..


Kepada yang berniat untuk berpuasa enam itu, Caiyok! Berusahalah dalam enam hari masing-masing.. ^-^ Semoga Allah memberkati usaha kalian..

-----------

Antara nasihat lain boleh rujuk di (page) Nasihat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)