Epilog ramadhan 1434H

Nota - entri ini adalah epilog bagi entri menjelang ramadhan 1434H

Berakhirnya sudah ramadhan 1434H. Kali pertama aku berpuasa dalam alam pekerjaan. Jadi keputusan checklistnya adalah seperti berikut:


Jika diteliti, perbandingan amalan tahun ni dan tahun lepas agak jelas. Ada yang semakin baik ^-^ misalnya:
  • Al-Mat'hurat - adanya kemudahan apps handphone yang mudah dibawa ke mana-mana serta bantuan audio sekali. 
  • Solat dhuha juga, alhamdulillah sempat aku curi masa keluar solat kejap, banyak kali.
  • Qiamulail, kalau tahun lepas aku ada bantuan rakan sebilik yang datang kejut, tahun ni alhamdulillah ahli keluarga aku datang kejut..

Namun terdapat juga amalan yang semakin kurang.. Antaranya
  • Tilawah Al-Quran - Prestasi tahun ni teruk skit. terdapat beberapa hari aku tak tilawah langsung
  • Sahur - tak perfect 29 hari
  • Tarawikh - tak perfect 29 hari (malam), namun 3 hari tersebut adalah disebabkan aku bekerja oncall jadi memang tak dapat nak luangkan masa pun T_T
  • Derma - kalau tahun lalu, aku perlu ke bazaar untuk beli juadah berbuka puasa. sambil-sambil tu, derma sikit. Tapi tahun ni aku hanya sekali je ke bazaar. Dan kalau ke surau pun, selalu aku tak bawa dompet.. Lupa~ 
"Mungkin sebab aku dah berkerjaya, maka masa aku agak terhad untuk diluangkan v_v Takpelah, anggap prestasi kali ni sebagai baseline (rujukan) untuk percubaan pada Ramadhan mendatang.. Insya-Allah aku akan berusaha untuk lebih perbaik amalan-amalan ni.."
Kesimpulannya, masih banyak lagi amalan yang perlu diperbaik.. Masih jauh lagi dari kesempurnaan iman..

semoga Allah menerima (amalan) kita semua ^-^
Jadi ramadhan telah pun berlalu. Marilah kita sama-sama berdoa agar dipertemu lagi dengan bulan bonus ni (entri bonus Ramadhan). Moving on, menjelang 1 Syawal takbir raya telah pun diperdengarkan, buatku teringat akan sebahagian dari Surah Al-Baqarah ayat 2:285 iaitu:
"... Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.." (Surah Al-Baqarah 2:185)
Pada ayat tersebut, dinyatakan bahawa apabila dah cukup berpuasa sebulan, hendaknya kita bertakbir (mungkin ke merujuk kepada takbir raya) untuk membesarkan Allah s.w.t (kerana telah memberikan hidayah kepada kita sepanjang amalan di bulan Ramadhan) supaya kita bersyukur..
Terkesan dgn khutbah raya hari ni; "pada hari raya ni kita bertakbir, dan hari-hari lain juga kita bertakbir (dlm solat) tapi apakah kita benar-benar mengakui kebesaran Allah mengatasi semua yg ada pada alam ni?" v_v mari la kita muhasabah diri kejap.." - status facebook sempena Syawal tahun lalu (1433H) 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)