Jawi Phonetic Keyboard
Baru-baru ini aku disapa oleh seseorang di laman Facebook, halnya kerana beliau sedar bahawa aku menggunakan tulisan jawi sedikit sebanyak dalam penulisan blog ini. Jadi dengan itu, beliau memperkenalkan satu perisian (software) tentang papan kekunci jawi yang baru untuk dicuba.
Terdahulu dalam karangan Panduan Setting Tulisan Jawi di Komputer (Windows 10) dan Telefon Pintar (Android), aku berkongsi cara-cara untuk menetapkan (setting) tulisan jawi di komputer & telefon pintar.
Cara pemasangan (install)
Sumber perisian boleh didapati di (SourceForge) Jawi Phonetic Keyboard
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Achmad Fatah Khairulnizam Ibrahim sebagai pengusaha program ini. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sumber Jawi Phonetic Keyboard (Panduan).
Terdahulu dalam karangan Panduan Setting Tulisan Jawi di Komputer (Windows 10) dan Telefon Pintar (Android), aku berkongsi cara-cara untuk menetapkan (setting) tulisan jawi di komputer & telefon pintar.
"Cuma timbul sedikit masalah untuk sistem komputer, iaitu susunan huruf-huruf jawi/arab adalah tetap (fixed). Jadi bagi yang tidak biasa dengan papan kekunci huruf hijaiyah ini, perlukan sedikit usaha untuk hafal susunan huruf (iaitu nak ingat di mana posisi huruf ث, ظ, ض,ش bila diperlukan). Alternatif lain ialah, perlu menampal label jawi bagi pengguna tegar jawi.. Tapi setakat ini aku hafal dan rujuk sahaja.."Sehinggalah beliau menyapa aku dan memperkenal satu perisian papan kekunci jawi yang sedang diusahakannya - Jawi Phonetic Keyboard (~Papan Kekunci Fonetik Jawi)
Cara pemasangan (install)
Sumber perisian boleh didapati di (SourceForge) Jawi Phonetic Keyboard
- Muat turun (download) fail pemasang (installer) - berupa beberapa fail yang di'zip' bersama dalam satu set
- Ekstrak (extract) Zip
Nota penting! Oleh sebab fail ini masih baru wujud di internet, jadi program anti-virus sering menganggapnya sebagai risiko virus (misalnya aku guna Norton Security, tak semena-mena, fail tersebut dah dipadam oleh anti-virus). Jadi, kena pulih (restore) semula kalau..
- Lancarkan setup.exe - proses pemasangan sangat cepat, sekelip mata ada paparan kenyataan bahawa komputer anda sudah dipasang
semak status papan kekunci baru di toolbar utama komputer (boleh ditukar setiap kali) |
Dah selesai! Tahniah, komputer anda sudah boleh digunakan untuk menaip tulisan jawi. Menariknya dengan papan kekunci ini, kedudukan huruf hijaiyah telah ditetapkan secara fonetik iaitu sesuai dengan huruf rumi.
susun atur huruf jawi disuaikan dengan huruf ruminya (misal B = ب) |
tahan (hold) shift untuk capaian beberapa huruf tambahan |
--- sedikit celoteh tak berkaitan ---
تاڤي سکرڠ اين سوسه توليسن جاوي نق برتاهن. ملاءينکن اندا سأورڠ ݢورو کافا اتاو ڤنوليس ارتيکل جاوي، ساڠت سوسه نق عملکن توليسن جاوي ديواسا اين. سببڽ [١] بهاس ملايو ده باڽق چمڤورن ڤرکاتاءن ايڠݢريس [٢] قاوم د مليسيا اين بربيلڠ، جادي اونتوق توجوان کومونيکاسي برکسن راماي مميليه اونتوق ابايکن جاوي.. تاڤي اکو تق نق مڠاله! کنا براوسها قوات
Ulasan