Pemain bola & Handphone
Sedangku telusuri semula garis masa media sosial aktiviti Facebook, aku terjumpa lagi nasihat yang berguna. Maka lagi sekali, aku ingin kongsikan dalam blog ini juga. Semoga bermanfaat untuk pembaca sekalian
Nota - aku tak jumpa pautan di media Facebook, tapi aku taip di google jumpa pula (dengan skrip yang sama ^-^!)
SYEIKH Nuruddin Albanjari dalam sebuah ceramahnya pernah memberi soalan kepada para jamaahnya.
Nota - aku tak jumpa pautan di media Facebook, tapi aku taip di google jumpa pula (dengan skrip yang sama ^-^!)
--- HANDPHONE & KAABAH --- (sumber [artikel] dari detikislam.blogspot)
فوکوس کتيک برمأين، مک کنا فوکوس جوݢ کتيک برعباده |
Kenapa tidak ada seorang pun pemain bola sepak yang membawa handphone mereka masuk padang ketika bertanding?
Jamaah terdiam, tidak ada satu pun yang menjawab. Kemudian Syeikh melanjutkan.
Sebab tidak ada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus pada permainan mereka.
Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah atau Masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus atau khusyuk daripada solat?
Mulai sekarang, belajarlah. Belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone, netbook, dan laptop dalam rumah Allah, kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah.
Jaga adab kita dengan Allah.
Syeikh Abdurrahman assudais, Imam Mesjidil Haram, di suatu masa ketika mengimamkan solat di depan Kaabah, beliau mendengar suara alunan muzik dari salah satu handphone milik seorang jemaah yang turut bersolat dibelakangnya.
Setelah selesai solat beliau bangkit sambil menangis, ia berkata kepada jamaah solat,
Saya belum pernah mendengar muzik di rumah saya, tetapi hari ini saya mendengar muzik di rumah Allah
Persoalan pokok yang timbul dalam penulisan tersebut ialah;
- Tak payah! Allah dah tahu semua perkara, perbuatan beserta niat sebelum engkau lahir ke dunia lagi.
#2 Nak jadikan kenangan. Bukan selalu dapat rezeki kerjakan haji. Simpan la sikit jadikan kenangan. (?)
- Perlu ke ada kenangan dalam bentuk gambar? Apa yang lebih penting ialah; adakah engkau yakin dapat haji mabrur yang mengubah anda menjadi insan yang lebih baik? Sesungguhnya kenangan itu lebih baik untuk engkau. Sedangkan gambar akan lapuk dek masa. Namun, orang yang memperbaik diri selepas haji itu berterusan kesannya. Allah paling suka orang yang memperbaik diri sendiri..
#3 Alang-alang datang ke Mekah, suka hati aku la nak ambil gambar atau tidak. Gambar aku, kamera aku. Kau Sibuk kenapa?
- Masalahnya perbuatan engkau itu menggambarkan "udang di sebalik batu". Ada NIAT LAIN ketika menunaikan ibadah. Kau datang nak tunaikan haji atau bergambar sebenarnya..?
Kalau dalam perkara bukan ibadah, mungkin masih terdapat tolak ansur lagi. Ini sampaikan dalam hal ibadah pun kita lalai tanpa sedar..
Namun, aku tetap mendoakan agar setiap dari kita yang mengerjakan haji agar beroleh haji mabrur. Amin..
--- Pada aliran fikiran yang lain ---
"Apa tujuan nak berswafoto diri dengan kaabah sebenarnya?"#1 Nak buktikan pada Allah bahawa engkau pergi haji (?)
- Tak payah! Allah dah tahu semua perkara, perbuatan beserta niat sebelum engkau lahir ke dunia lagi.
#2 Nak jadikan kenangan. Bukan selalu dapat rezeki kerjakan haji. Simpan la sikit jadikan kenangan. (?)
- Perlu ke ada kenangan dalam bentuk gambar? Apa yang lebih penting ialah; adakah engkau yakin dapat haji mabrur yang mengubah anda menjadi insan yang lebih baik? Sesungguhnya kenangan itu lebih baik untuk engkau. Sedangkan gambar akan lapuk dek masa. Namun, orang yang memperbaik diri selepas haji itu berterusan kesannya. Allah paling suka orang yang memperbaik diri sendiri..
#3 Alang-alang datang ke Mekah, suka hati aku la nak ambil gambar atau tidak. Gambar aku, kamera aku. Kau Sibuk kenapa?
- Masalahnya perbuatan engkau itu menggambarkan "udang di sebalik batu". Ada NIAT LAIN ketika menunaikan ibadah. Kau datang nak tunaikan haji atau bergambar sebenarnya..?
"Tapi, terpulanglah juga kepada niat & prioriti hidup masing-masing.. (Bukannya tak boleh langsung, tapi soalannya -Perlu- kah?) "Aku juga pernah tulis dalam entri Gambar atau ilmu, juga mempersoalkan tentang prioriti cuma senario yang berbeza...
""Perlu ke bergambar sebenarnya?? Kita datang sebenarnya nak berguru dengannya atau nak bergambar semata? Manakah yang lebih penting (atau lebih memberi kesan bermakna) buat kita?""Betapa banyak dari kita yang sudah terpedaya dengan trend "swafoto" / "check-in" dan sebagainya. Teringat akan satu hadith nabi tentang betapa kita telah 'terpedaya'..
Dari Sa`id al-Khudri r.a, beliau mendengar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ
قُلنا : يا رسولَ اللهِ ! اليهودُ والنَّصارَى ؟ قال : فمَن ؟
"Sungguh, kalian akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk masuk ke lubang dhob pun, pasti kamu akan mengikuti mereka."Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, mereka itu Yahudi dan Nasara?"Nabi s.a.w menjawab: “Lalu siapa lagi?”(HR Muslim)
Kalau dalam perkara bukan ibadah, mungkin masih terdapat tolak ansur lagi. Ini sampaikan dalam hal ibadah pun kita lalai tanpa sedar..
Namun, aku tetap mendoakan agar setiap dari kita yang mengerjakan haji agar beroleh haji mabrur. Amin..
--- Pada aliran fikiran yang lain ---
- Terdapat golongan yang dah tunaikan haji sekali tapi masih nak pergi lagi dengan alasan rindu Mekah.. Agaknya golongan ini kalau suruh solat isyak (walaupun dah solat) lagi sekali, adakah mereka akan 'rindu' untuk solat..? Walhal kedua-dua adalah ibadah kepada Allah..
Ulasan