Main kad UNO
Balik kampung isteri dan bercuti lagi. Di kampung halamannya, isteri aku ada anak buah rapat 3 orang (dia memang suka budak kecil), jadi setiap kali balik kampung, selalu sangat dia berkawan dengan mereka. Disebabkan anak buah ni masih kecil lagi, memang isteri selalu jadi babysitter juga sepanjang mengharungi hari-hari di rumah. Jadi secara tak langsung, aku la juga kena tolong sekali..
Nasib baik la aku memang takde kerja di kampung isteri jadi agak tak kisah tolong jaga budak. Cuma aku tak senang tengok budak-budak kecil kerap kali dimanjakan dengan handphone. Maka, aku fikir juga macam mana nak ajak main tanpa libatkan handphone. Maka terus aku teringat satu permainan kad lama, popular masa aku muda-muda dulu..
Kad UNO
Cara permainannya aku rasa ramai orang ingat lagi macam mana nak main. Meningkat dewasa, apabila baca sendiri arahan dari pencipta baru aku tahu betapa dulu kita main TAK IKUT peraturan sebenar.
Sempena main dengan budak-budak ini, aku nak ajar balik bagaimana cara permainan yang sebenar (sepatutnya dimainkan) seperti mana arahan dari pencipta UNO sendiri.. (boleh rujuk balik pautan berikut UNO rules)
Persiapan:
1) Kocok kad secara rawak
2) Agihkan kad kepada setiap pemain (seorang dapat 7 kad) [sebagai HAND]
2) Baki kad yang tidak diagihkan akan diletakkan secara tertutup (face-down) di tengah medan [sebagai DECK]
Mula main:
1) Satu kad dari DECK diambil dan diletakkan terbuka (face-up) di tengah 'medan' [aku beri nama sebagai PLAY]
2) Pemain secara bergiliran akan letakkan kad [dari HAND masing-masing] mengikut nombor yang sama atau warna yang sama
Oh ya, sebab budak ni baru nak belajar main, maka aku kena ajar langkah demi langkah macam mana nak main. Praktis 2-3 game sebelum masuk peringkat seterusnya..
Tahap 1 - Main hanya nombor sahaja dulu (aku keluarkan semua kad power yang lain)
Tahap 2 - Bila dah pandai sikit aku mula masukkan kad power "REVERSE"
Tahap 3 - Bila dah pandai lagi, aku tambah kad power "SKIP"
Tahap 4 - Bila dah makin mahir, aku perkenalkan kad power "DRAW+2"
Tahap 5 - Bila dah yakin, aku ajar pula kad power "WILD COLOUR"
Tahap 6 - Dah makin arif, lagi aku campurkan kad "DRAW+4 WILD"
Tahap 7 - Akhirnya aku tambah "WILD (custom)"
Permainan cara lama yang semua orang ingat. Antara peraturan yang ada;
Apa-apa pun, main kad UNO tetap satu permainan yang menarik dan sesuai dimainkan sesama ahli keluarga. Memang rekomen main kad UNO kalau nak rapatkan hubungan tanpa handphone/ TV. Boleh melatih daya kreativiti & logik juga..
Nasib baik la aku memang takde kerja di kampung isteri jadi agak tak kisah tolong jaga budak. Cuma aku tak senang tengok budak-budak kecil kerap kali dimanjakan dengan handphone. Maka, aku fikir juga macam mana nak ajak main tanpa libatkan handphone. Maka terus aku teringat satu permainan kad lama, popular masa aku muda-muda dulu..
Kad UNO
"Aku tak ingat, masa bila aku didedahkan main kad UNO ni. Yang pasti masa sekolah asrama memang ada kawan bawa kad ni juga.."Yang seronoknya kad UNO ni boleh dimainkan ramai-ramai (paling kurang pun 2 orang tapi lagi ramai lagi seronok).
Cara permainannya aku rasa ramai orang ingat lagi macam mana nak main. Meningkat dewasa, apabila baca sendiri arahan dari pencipta baru aku tahu betapa dulu kita main TAK IKUT peraturan sebenar.
Sempena main dengan budak-budak ini, aku nak ajar balik bagaimana cara permainan yang sebenar (sepatutnya dimainkan) seperti mana arahan dari pencipta UNO sendiri.. (boleh rujuk balik pautan berikut UNO rules)
1) Kocok kad secara rawak
2) Agihkan kad kepada setiap pemain (seorang dapat 7 kad) [sebagai HAND]
2) Baki kad yang tidak diagihkan akan diletakkan secara tertutup (face-down) di tengah medan [sebagai DECK]
Mula main:
1) Satu kad dari DECK diambil dan diletakkan terbuka (face-up) di tengah 'medan' [aku beri nama sebagai PLAY]
- NOTA - kalau dapat kad power, kesannya kena pada pemain pertama (tapi biasanya aku pilih untuk kocok semula dan ambil kad baru)
2) Pemain secara bergiliran akan letakkan kad [dari HAND masing-masing] mengikut nombor yang sama atau warna yang sama
- NOTA - Pemain hanya boleh letak SATU kad sahaja [tak boleh COMBO / STACK sekali gus]
- Kalau TIADA kad yang sesuai, pemain hanya perlu ambil SATU sahaja dari DEK
- Kalau kad yang diambil itu menepati syarat, boleh terus letak dalam PLAY.
- Kalau kad yang diambil itu masih tak tepat, simpan sahaja di HAND (dan habis giliran)
- Tapi pemain perlu sebut UNO (= mengumumkan bahawa kad HAND dah tinggal 'satu').
- Kalau ditangkap oleh pemain lain (sebab tak sebut UNO) kena tambah 2 kad ambil dari DECK dan terus bermain lagi
4) Terdapat beberapa jenis kad kuasa (POWER) yang boleh diguna pada bila-bila masa & suka hati (walaupun kad terakhir & menang)
- REVERSE - pusingan giliran berlawan arah
- SKIP - langkau giliran (seorang) pemain seterusnya
- WILD COLOUR - warna seterusnya ditentukan oleh pengguna kad tersebut
- DRAW+2 - pemain seterusnya kena tambah 2 kad (ambil dari DECK) ke HAND dan habis giliran
- DRAW+4 (WILD) - pemain seterusnya kena tambah 4 kad (ambil dari DECK) ke HAND dan habis giliran. Warna seterusnya ditetapkan oleh pengguna kad tersebut
--- Peraturan yang aku tak buat ---
5) Dalam peraturan asal, hanya SEORANG pemenang sahaja diperlukan dan permainan akan tamat (walaupun ada baki pemain banyak). Lepas tu kira mata
- Mata dikira dari jumlah baki kad yang ada pada pemain lain diserah kepada pemenang;
- kad nombor biasa - setiap nombor memberi markah seperti mana nombor (kalau ada kad nombor 9 = 9 mata)
- kad power
- DRAW +2 / SKIP / REVERSE = 20 mata
- DRAW+4 / WILD COLOUR = 50 mata
- WILD (custom/swap all) = 40 mata
- Jumlahkan mata tersebut dan tuliskan
- pemain yang berjaya kumpul sampai 500 mata dianggap pemenang keseluruhan
- Kalau tak cukup, main lagi set pusingan baru.
"Tapi aku tak ikut peraturan ni, sebab kena ada kertas pula nak tulis. Lagi pun, bagi la peluang pemain lain untuk terus beraksi mencapai kemenangan pula.. (hanya seorang sahaja kalah) "
--- Ada kad baru yang best diperkenalkan! ---
Kalau ikutkan, semua orang tergila-gila nak dapat kad DRAW+4 (WILD) sebab selalunya membawa kepada kemenangan. Tapi dalam pek baru ini, terdapat kad baru diperkenalkan untuk mengubah pola perlawanan..
WILD CARD (BLANK) x3 dan WILD CARD (SHUFFLE) |
- WILD CARD (SHUFFLE/ SWAP ALL) - kocokkan semua kad HAND daripada semua pemain dan agihkan semula secara rawak.
- WILD CARD (BLANK) - arahan bebas sebenarnya. Pemain boleh tuliskan arahan sendiri ikut suka hati. Antara cadangan yang aku baca dalam arahan;
- all player DRAW+1
- all player discard/draw until 3 card at HAND
- all player discard ALL POWER CARD(s) and draw new equal the number of card that was discarded
- user got extra turn
- (banyak lagi idea lain. ikut kreativiti masing-masing)
main dengan budak, aku guna cara "roda impian". Kalau tak semua memilih asyik-asyik nak "DRAW+4" |
--- Ajar sikit-sikit supaya budak dapat tangkap ---
Tahap 1 - Main hanya nombor sahaja dulu (aku keluarkan semua kad power yang lain)
Tahap 2 - Bila dah pandai sikit aku mula masukkan kad power "REVERSE"
Tahap 3 - Bila dah pandai lagi, aku tambah kad power "SKIP"
Tahap 4 - Bila dah makin mahir, aku perkenalkan kad power "DRAW+2"
Tahap 5 - Bila dah yakin, aku ajar pula kad power "WILD COLOUR"
Tahap 6 - Dah makin arif, lagi aku campurkan kad "DRAW+4 WILD"
Tahap 7 - Akhirnya aku tambah "WILD (custom)"
"Aku harap takkan sampai masa untuk ajar balik main cara 'lama'. Tengok la, kalau dah besar lagi baru la ajak main cara lama kot.."
--- Tahap 8: Main cara lama ---
Permainan cara lama yang semua orang ingat. Antara peraturan yang ada;
- STACK / COMBO (alang-alang ada banyak nombor sama lain warna, kenapa nak letak satu je)
- Takde kad yang sesuai?? --> DRAW sampai lebam (Boleh ambil kad dari DECK banyak-banyak sampai jumpa kad yang sesuai).
- kad akhir di tangan TAK BOLEH dari jenis kad power (mesti kad nombor sahaja)
Komen aku - main cara lama agak ekstrem. Iaitu pemain boleh jadi akan bolot kad tertentu (melalui "DRAW sampai lebam" - Ada orang boleh ngelat terus-menerus DRAW walaupun dah dapat kad DRAW+4. (takde orang tahu pun)), kemudiannya digunakan untuk menghentam 'lawan sambil menang' (melalui STACK/COMBO).
"Tak sesuai untuk bermain bersama budak-budak ^-^! nanti trauma"Aku rasa ramai orang suka main cara lama; sebab teruja nak kenakan orang dengan COMBO DRAW+4+2+4+2+2+4 (banyak kena draw) atau pun COMBO kemenangan 'satu nombor semua warna'. Tapi dengan penambahan kad baru ni, aku ada beberapa idea untuk 'batal'kan strategi mereka (atau membela mangsa)
- NO POWER CARD - suruh semua orang buang kad power dan tukar dengan kad nombor (biasa)
- DECISIVE CARD - buang semua kad sehingga tinggal satu (kalau ikut peraturan 'cara lama', kad akhir tak boleh jenis kad power), supaya kemenangan pemain lebih bergantung pada 'nasib'..
- ONE NUMBER-ONE CARD - pemain hanya boleh ada satu kad sahaja dari sesuatu jenis (yang lain buang)
--- Kesimpulannya ---
"Selagi takde unsur judi atau pergaduhan teruk, aku sokong kalau nak ajak main.."
Ulasan