[Game] Pokemon Platinum (Gen4)

Tiba-tiba rindu nak main Pokemon. Hampir semua game Pokemon dihasilkan untuk konsol jenis mudah alih (Gameboy, Nintendo DS, 3DS & yang terbaru N-Switch) yang senang dimainkan terutamanya dalam perjalanan ke mana-mana. Lagi konsol jenis mudah alih ini supaya pemain boleh main sambil berhubung dengan kawan-kawan luar. Walaupun game Pokemon yang terbaru (Pokemon Sword & Shield 2019) dah pun diterbitkan bagi N-Switch tapi secara peribadi aku lebih berminat kepada versi yang lama-lama (sebelum konsol 3DS)

Teknologi internet sekarang ni mudah nak dapat & main semula game-game lama. Jadi, aku cuba main semula Pokemon Generasi ke-4; keluaran Diamond/Pearl/Platinum.

- Pokemon Platinum (2009) -
Pokemon ini adalah keluaran istimewa untuk Pokemon generasi ke-4 (yang mana Diamond/Pearl adalah keluaran biasa). Jadi, ciri-ciri yang ada dalam edisi khas ini lebih sikit berbanding keluaran biasa..
"Perbezaan antara keluaran khas dan keluaran biasa sangat ketara, tapi aku tak dapat nak tunjukkan satu-satu dalam penulisan kali ni, sebab dah lama sangat tak main. Aku sendiri tak ingat dalam keluaran biasa permainannya bagaimana.."
Game pokemon ada beberapa ciri tipikal, maka aku akan ulaskan satu persatu:

#1 Pokedex (merujuk kepada nombor daftar Pokemon)

Setakat Generasi keempat sahaja, game ini menambah spesis pokemon sebanyak 107 (baru) kepada keseluruhan 'daftar pokemon semasa' (current Pokedex Gen 1-4) membawa kepada sejumlah 493 total (National Dex). Tapi tak la 493 tu keluar sekali harung. Untuk permulaan game utama, pemain diperkenalkan kepada Pokedex tempatan (Sinnoh Dex) terlebih dahulu.
  • Keluaran biasa [Diamond/Pearl] = 150 Sinnoh (campur-campur), 493 National
  • Keluaran khas [Platinum] = 210 Sinnoh (campur-campur), 493 National
Sungguh pun demikian, jenis pokemon baru yang diperkenalkan sempena generasi ke-4 ni kebanyakannya ialah cabang tambahan evolusi pokemon yang sedia ada dari sebelum ni (Tangela, Togetic, Lickitung, Roselia, Magmar, Electabuzz, Magnemite, Sneasel, Poliswine dan banyak lagi) yang mana cara capai evolusi tersebut BUKAN LAGI kaedah "level up" biasa. Sementara jenis pokemon yang betul-betul baru & asli agak sedikit. Oh ya game ini memperkenalkan bentuk (form) Pokemon yang berbeza mengikut jantina serta geografi. Tapi semua tu hanya nilai estetika sahaja. Takde beza dari segi potensi & kebolehan sangat


Pasukan pokemon aku kalau pilih starter API
#2 Plot / Storyline 
"Secara tipikalnya, anda dah mencapai usia 10 tahun. Dah boleh keluar mengembara. Jumpa profesor pokemon, kemudian diberikan 'pokemon pemula' (starter pokemon) dan seterusnya diberi tugasan untuk lengkapkan PokeDex (ensiklopedia pokemon). Pada masa yang sama, pemain perlu menyahut cabaran untuk menjadi pelatih pokemon (pokemon trainer) yang terhebat dengan mengalahkan semua Pokemon Gym & Pokemon League"
kan dah kena dengar ceramah
Untuk game ini memang begitulah jalan ceritanya. Yang membezakan ialah jalan cerita permulaan, iaitu anda & jiran saja jalan-jalan nak tengok Pokemon Lagenda hingga sanggup NAK redah semak (ambil risiko jumpa pokemon liar) tapi sebelum sempat tiba-tiba secara kebetulan bertemu professor Pokemon..
"Kena dengar khutbah dulu sekejap, sebelum akhirnya diberikan pokemon masing-masing" ^-^! (Not really a noble start, if you ask me..)
#3 Region : Sinnoh
"Kena menjelajah ke seluruh tempat, kumpul 8 lencana dan akhirnya mencabar Liga Pokemon (Pokemon League).."
Pokemon Diamond/Pearl/Platinum berlatarkan lokaliti "Sinnoh". Kalau tengok peta kawasan, pengembaraan nampak hanya di laluan darat sahaja. (walaupun ada kawasan perlu kepada laluan air, tapi pendek-pendek juga). Antara trademark untuk lokaliti Sinnoh ialah laluan darat sebagai jalan utama (takde laut besar nak kena harungi kecuali menuju Liga Pokemon)

Kalau dikira jumlah bandar/pekan dalam Sinnoh semuanya terdapat 17 petempatan. Yang mana bagi aku cukup banyak nak jelajah. Dari semua tersebut, 14 termasuk dalam plot utama game, dan bakinya ialah jelajah postgame.

#4 Rival Trainers (pesaing)
"Antara ciri tipikal game pokemon ialah sepanjang kembara akan wujudnya persaingan, selalunya dengan jiran sebelah yang juga memulakan perjalanan pada masa yang sama. Dari semasa ke semasa anda akan terserempak dengan pesaing lalu lawan pokemon. Sampai ke Liga Pokemon pun begitu"


Jadi untuk versi generasi 4 ini, watak pesaing ialah jiran rumah (kawan masa kecil dulu). Kalau ikutkan, dia la yang mengajak untuk keluar kembara mencari pokemon. Watak pesaing kali ini juga mesra dengan watak utama, jenis terburu-buru. Dari aspek skil latihan pokemon, pada mulanya dia mendahului tapi lepas beberapa lama dia semakin tertinggal pula ke belakang ^-^! Bahkan dia kalah dengan watak penjahat pula..
"Bersaing tu bersaing juga, tapi aku tak rasa watak pesaing ini menggerunkan. Kalau lawan pun selalunya senang je.." 
#5 Villain 
"Sepanjang kembara menjelajah seluruh daerah, pemain akan bertembung dengan kumpulan penjahat yang merampas pokemon milik orang awam untuk mencapai agenda tersendiri. Selalunya agenda mereka akan melibatkan penangkapan Pokemon Lagenda. Jadi pemain akan jadi wira dan halang rancangan jahat mereka "
Bagi lokaliti Sinnoh (game ini), geng penjahat ialah Galactic Team, diketuai oleh ketua Cyrus dan dibantu oleh pegawai kanan (Commander) Mars, Venus & Saturn. Bagi aku, kira boleh tahan la ada beberapa 'orang besar' perlu dikalahkan. Tak bosan.

Cuma ideologi si ketua Cyrus ni macam ekstrem pula. Terasa dunia tak sempurna, perlu gunakan pokemon lagenda untuk hancurkan dunia dan bina dunia baru. Susah nak tangkap idea macam ini. Gila. Sedangkan orang bawahan tak tahu pun tentang idea gila ketua, tapi sokong buta-tuli sahaja.



#6 Pokemon Gym
"Pokemon Gym merujuk kepada Pusat Latihan Pokemon. Dalam game pokemon terdapat 8 pusat latihan kesemuanya di bandar yang berasingan, yang pemain perlu pergi, kalahkan ketua (gym leader) & dapatkan lencana kelayakan sebelum mencabar di Liga Pokemon (Pokemon League).
Oh ya, Pusat latihan ini menerapkan konsep laluan teka-teki sedikit, Pemain perlu mengharungi teka-teki susun atur dalaman sambil bertembung dengan pelatih pokemon yang lain sebelum akhirnya tiba ke pentas ketua. Puzzle tersebut selalunya dikaitkan dengan unsur (element/type) tertentu. Misalnya unsur air dikaitkan dengan kolam renang, dan lain-lain lagi..



Jadi untuk generasi ke-4 ini agihan unsur pusat latihan pokemon (yang bertanda * mempunyai urutan giliran yang berbeza untuk edisi biasa Diamond/Platinum)
  1. ROCK
  2. GRASS 
  3. GHOST* 
  4. FIGHT*
  5. WATER*
  6. STEEL 
  7. ICE
  8. ELECTRIC
Berdasarkan pengalaman aku guna pasukan INFERNAPE (pemula jenis api) - aku dapat rasa susah ketika menentang STEEL, ICE, ELECTRIC sebab aku hanya ada seekor je yang berkelebihan. 

#7 Pokemon League
"Pokemon seringkali dikatakan sebagai destinasi terakhir buat pelatih pokemon, iaitu menjadi pelatih pokemon terhebat. Dalam liga pokemon ini, pemain perlu berdepan dengan empat elit (Elite Four) dan akhir sekali menentang juara (Champion). Juga mempunyai pengkhususan elemen tertentu"
Untuk game ini, Elite Four terdiri daripada unsur:
  1. BUG
  2. GROUND
  3. FIRE
  4. PSYCHIC
Kalau guna pasukan INFERNAPE (starter jenis api) - aku paling bermasalah lawan FIRE. Sama jugak, aku ada seekor sahaja yang berkelebihan besar. Kalau seekor tu mati, habislah..

Juara : Cynthia.
Sebagai pelatih pokemon, dia mempunyai set pokemon yang pelbagai unsur & seimbang. Selain itu, bukan calang-calang nak lawan juara ni. sebab walaupun unsur pokemon dah diketahui (kelemahan dah dianalisa), tiba-tiba dia ada serangan di luar jangkaan. Misalnya, guna pokemon WATER (lemah pada ELECTRIC/GRASS jadi kita siap-siap nak lawan guna unsur tersebut), yang mengejutkan ialah ada serangan GROUND (pokemon ELECTRIC kita lemah sangat pada elemen ini) pula.

#8 Post game Content
"Satu ciri baru yang semakin popular untuk game zaman sekarang ialah terdapatnya kandungan 'pasca-game' sebagai kesinambungan dari jalan cerita utama. Pokemon pun macam tu juga secara umumnya. Ada sedikit tambahan kandungan game.."
Untuk Pokemon Platinum, ada beberapa isi kandungan tambahan:

a) Upgrade Pokedex

Kena naiktaraf pokedex dulu baru boleh mula perkara baru dalam game pokemon ini. Jumpa balik profesor Pokemon (Rowan) setelah dah jumpa semua pokemon Sinnoh (sebanyak 210). Tak perlu tangkap pun takpe, cukup sekadar pernah bersua sahaja). Kalau sebelum ini rajin jelajah seluruh pelusuk tempat, sepatutnya dah daftar semua jenis pokemon (Tapi aku terlepas beberapa spesis, semuanya spesis pokemon lagenda : ROTOM, MESPRIT, AZELF, UXIE). Dah lengkap semua, nanti kawan professor (Oak) akan datang dah naik taraf Pokedex anda. Tahniah..

b) Legendary Pokemon Hunt
Masa untuk memburu (tangkap) pokemon lagenda (spesis 'hanya satu & susah' di dunia pokemon). Untuk Pokemon Platinum senarai pokemon lagenda ialah seperti berikut:

1 - GIRATINA - ada peluang kedua kalau terlepas tangkap masa pertembungan dalam plot utama game)
2 - PALKIA
3 - DIALGA
4 - CRESSELIA
5 - MESPRIT (boleh tangkap awal sebelum post-game)
6 - AZELF (boleh tangkap awal sebelum post-game)
7 - UXIE (boleh tangkap awal sebelum post-game)
8 - HEATRAN

Yang ini pula adalah pokemon lama (dari daftar generasi lalu), turut didapati merayau-rayau di Sinnoh. Kena kejar & tangkap
9 - ARTICUNO (Gen 1)
10 - MOLTRES (Gen 1)
11 - ZAPDOS (Gen 1)

Dah habis? Belum. Ada lagi pokemon lagenda untuk game ini. Namun, sayangnya senarai pokemon di bawah TAK BOLEH didapati melalui permainan secara konvenstional (biasa). Hanya boleh didapati melalui peristiwa istimewa (special event) oleh Nintendo sahaja.

12 - REGICE* (Gen 3) - ada kaedah lain, ialah pindah dari katrij sistem GameboyAdvance ke sistem Nintendo DS (kalau main emulator di komputer/telefon tak boleh)
13 - REGIROCK* (Gen 3) - ada kaedah lain, ialah pindah dari katrij sistem GameboyAdvance ke sistem Nintendo DS (kalau main emulator di komputer/telefon tak boleh)
14 - REGISTEEL* (Gen 3) - ada kaedah lain, ialah pindah dari katrij sistem GameboyAdvance ke sistem Nintendo DS (kalau main emulator di komputer/telefon tak boleh)

15 - REGIGIGAS* - terdapat kaedah lain, iaitu dengan memenuhi syarat asas (perlukan pokemn REGICE, REGIROCK, REGISTEEL yang dipindahkan dari game Gen 3 ke dalam Gen 4 ini)
16 - DAKRAI
17 - SHAYMIN
18 - ARCEUS
19 - MANAPHY

c) New Island Exploration

kena upgrade pokedex baru boleh lepas
Lepas menang Liga Pokemon, pemain dah layak untuk pergi ke pulau besar untuk penjelajahan seterusnya. Ada 3 petempatan baru yang boleh dikunjungi.
Pada masa ni, ramai orang bertindak cuba untuk tukar pasukan pokemon (sebab nak cuba-cuba jenis pokemon lain) tapi sangat tak digalakkan berbuat demikian. Sebabnya penjelajahan didiami oleh pokemon liar serta pelatih pokemon tahap tinggi. Jadi sebaiknya guna sahaja pasukan pokemon yang sedia ada. 
perkarangan Battle Frontier
  • FIGHT area - (kawasan perlawanan)
Naik bot dari jeti di bandar Snowpoint akan sampai ke kawasan pertama ini. Seperti namanya, bandar ini terkenal sebagai kawasan pertempuran. Terdapat kubu pertempuran (Battle Frontier) yang menyediakan rekreasi tambahan perlawanan pokemon. Kubu ini terdiri dari 5 cabaran dengan ciri unik masing-masing.
1) Battle Tower
2) Battle Factory - pemain bertarung dengan menggunakan pilihan pokemon pinjaman (rental). Pilihan pokemon yang ada sangat rawak & tak dijangka.
3) Battle Hall - pemain boleh mencabar elemen (type) tertentu dengan menggunakan pokemon yang ada.
4) Battle Arcade - pemain guna pokemon sendiri, berlawan pencabar lain dengan kesan gimik
5) Battle Castle - pemain bermain guna pokemon sendiri, berlawan dengan pencabar lain untuk kumpul & urus mata
  • SURVIVAL area
Temporary partner pun ada, boleh dicabar di sini.
    "Tempat persinggahan sebelum menuju ke gunung Stark (Stark Mt). Tempat ini tak begitu menarik sangat pada awalnya. Sehinggalah babak peleraian Team Galactic berakhir di gunung Stark, anda akan dijemput masuk dalam satu bangunan cafe istimewa "Battleground". Kat sini anda berpeluang berlawan semula Pokemon dengan ketua Gym (setiap hari beberapa orang akan datang lepak dalam cafe). Masing-masing dengan set Pokemon terbaru yang kuat. Jadi kena bersedia betul-betul. Bukan lawan biasa-biasa"
    dapat villa sendiri pula ^-^!
    • RESORT area
    Dah cukuplah 2 kawasan pertempuran (FIGHT area & BATTLE area), maka kawasan ketiga lebih bersifat santai dan relax. Dalam kawasan ini terdapat 2 ciri utama
    - Kelab Riben - terdapat satu bangunan mewah khas untuk ahli kelab pengumpul riben pokemon (dapat melalui menang pertandingan bakat pokemon)
    - Villa - entah macam mana pemain dihadiahkan sebuah villa terbiar dan perlu beli perabot sendiri. 


    #9 Miscellaneus (lain-lain)
    Antara perkara lain yang aku ambil perhatian untuk game Pokemon ialah;

    a) Secret battle with strongest pokemon trainer -  Dalam generasi ni, takde perlawanan rahsia pun. Pelatih terhebat ialah Cythia si Juara (tu pun lawan masa Liga Pokemon).

    b) Soundtrack (OST) - ada beberapa yang aku tertarik dengan muzik game ini. Antaranya Muzik:

    • Battle Music : Trainer Battle - Champion Battle
    • Exploration Music : Route 201 - Route 209/212
    • City Music : Hearthome City - Sunnyshore City - Battle Frontier

    --- "GOTTA CATCH 'EM ALL?!" LUPAKAN SAJA HARAPAN TU" ---

    Setakat generasi 4 pokemon, nak tangkap semua pokemon adalah mustahil kalau main berseorangan! Ada 493 jenis pokemon semuanya, kalau nak kumpul semua jenis, kena patuhi kriteria berikut:
    • Langkah 1 - Main semua versi Pokemon Generasi 4 (Diamond / Pearl / Platinum). 
      • Kumpul (tangkap) pokemon eksklusif dalam versi masing-masing dan tukarkan (trade) sesama sendiri.. [tapi kena ada platform game yang betul iaitu Nintendo DS. Kalau main emulator takde fungsi tersebut]
      • Hadiri peristiwa istimewa (special event) oleh Nintendo untuk pokemon yang eksklusif. Tapi dah luput masa. Lapuk!
    "Setakat langkah satu 'paling kurang' pun lulus setakat Sinnoh Pokedex (daftar 387-493, ditambahi daftar pokemon yang lama-lama). Beserta beberapa pokemon luar kawasan yang lain.."
    • Langkah 2 - Main pokemon versi HeartGold & SoulSilver (Generasi 2 versi remake selaras dengan game ini). Menariknya game remake HeartGold & SoulSilver mencakupi generasi 1 & 2 sekali gus (daftar Pokedex 1-250)
      • Kumpul (tangkap) pokemon eksklusif dalam versi masing-masing dan tukarkan (trade) sesama sendiri.. [tapi kena ada platform game yang betul iaitu Nintendo DS. Kalau main emulator takde fungsi tersebut]
      • Hadiri peristiwa istimewa (special event) oleh Nintendo untuk pokemon yang eksklusif
    "Setakat langkah 2 ini, kita dah cakupi daftar pokemon 001-250 & 387-493..". Tinggal generasi 3 (daftar 251-386) yang masih tertinggal.. "
    Pengeluar game mewujudkan beberapa kaedah untuk dapatkan pokemon dari generasi ke-3 juga secara ingame (tapi tak semua).

    Cara yang lebih muktamad
    • Langkah 3 - Main Pokemon versi Ruby/Sapphire/Emerald (Generasi 3) dalam konsol yang betul (Gameboy advance). 
      • Tangkap pokemon eksklusif. Sambungkan katridge game ke sistem nintendo DS dan pindahkan semua pokemon tersebut..
      • Hadiri peristiwa istimewa (special event) oleh Nintendo untuk pokemon yang eksklusif
    • Langkah tambahan (jika perlu saja) - Main habis game pokemon versi FireRed/LeafGreen (generasi 1) dalam konsol yang betul (Gameboy advance). 
      • Tangkap pokemon eksklusif. Sambungkan katridge game ke sistem nintendo DS dan pindahkan semua pokemon tersebut..
      • Hadiri peristiwa istimewa (special event) oleh Nintendo untuk pokemon yang eksklusif
    Jadi tak boleh nak tinggi harapan sangat. Kena realistik sikit dan main setakat apa yang mampu sahaja; iaitu main setakat yang mampu sahaja.

    ---

    Ulasan

    Unknown berkata…
    Your Affiliate Profit Machine is ready -

    And making profit with it is as simple as 1 . 2 . 3!

    Here are the steps to make it work...

    STEP 1. Tell the system which affiliate products the system will push
    STEP 2. Add PUSH BUTTON traffic (it takes JUST 2 minutes)
    STEP 3. See how the system grow your list and sell your affiliate products all by itself!

    Are you ready?

    Click here to start running the system

    Catatan popular daripada blog ini

    Kamus bahasa melayu Sarawak

    Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

    Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)