Demi masa (2)

"seterusnya, plank selama 1 minit.." - sambil aku mengatur 'timer' di telefon pintar ketika sesi senaman dalam rumah..
Selesai bersenam sendiri di rumah. Cukup la kot 15 minit dah bersenam ^-^! ketika aku membelek lagi telefon (masa ni paparan skrin timer lagi), terlintas di kotak fikiranku..
"Dalam sehari ada 24 jam.. Bagaimanakah aku (kita) membahagikan masa (kita) sebenarnya..? Adakah seimbang & sihat? Adakah aku (kita) ada meluangkan masa dengan Allah dalam 24 jam tersebut..?"
Demikianlah.. Sedar tak sedar sebenarnya kita ada banyak masa dalam sehari 24 jam x 60 minit = 1,440 minit..
"Dari jumlah masa tersebut, berapa banyak kita luangkan masa untuk Allah (solat, baca Al-Quran dan lain-lain aktiviti keagamaan..)?    
Solat mungkin 5 minit, tu pun kalau jenis solat laju tak sampai 2 minit dah siap dah.. Kalau dikira 5 waktu bersamaan (5 solat x 2 minit) = 10 minit..
"10 minit je untuk Allah?? Dan kau menyangka kau akan masuk syurga padahal masa untuk Allah hanya 10 minit sehari???? Kau tau tak Rasulullah s.a.w sehinggakan waktu tidurnya dihabiskan dengan beribadah kepada Allah.. " - nasihat sentap kepada diri sendiri..
Terdapat satu hadith riwayat Muslim berkenaan banyak (hebat)nya solat Rasullullah s.a.w sehinggakan kaki Baginda bengkak-bengkak.. Jom tengok hadith tersebut yang aku salin-tampal dalam sini..
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ وَهَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الْأَيْلِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي أَبُو صَخْرٍ عَنْ ابْنِ قُسَيْطٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى قَامَ حَتَّى تَفَطَّرَ رِجْلَاهُ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَصْنَعُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا 
Telah menceritakan kepada kami Harun bin Ma'ruf dan Harun bin Sa'id Al Aili keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb telah mengkhabarkan kepadaku Abu Shakhr dari Ibnu Qusaith dari Urwah bin Az Zubair dari Aisyah berkata: Bila solat, Rasulullah s.a.w berdiri hingga kaki beliau bengkak. Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, kenapa Tuan melakukan ini padahal Allah telah mengampuni dosa Tuan yang telah berlalu dan yang di kemudian. Baginda bersabda: Apakah aku tidak menjadi hamba yang bersyukur?" [HR Muslim]
Jadi betapa hebatnya ibadah Rasulullah s.a.w, seorang Nabi yang sudah pun dijanjikan syurga.. Sebagai tanda bersyukur, Baginda telah memperbanyakkan solat serta qiamulail di malam hari di samping siang hari Baginda produktif berdakwah kepada manusia..
"Bagaimana pula aku (kita)?? Adakah aku begitu berseronok dengan amal ibadahku hanya setakat 10minit sahaja sehari..Lepas tu aku (kita) nak berharapan masuk syurga Allah senang-senang.. Amboi, amboi, amboi!!"
Kebetulan, aku jumpa satu ayat Allah yang menegur hambaNya agar jangan 'bersedap hati' sangat.. Jom tengok surah Al-A'raf 7:93-100
[kumpulan ayat berikut adalah berkisar Nabi Syuaib a.s yang berdakwah kepada kaumnya]

93 : Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)".
94 : Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).
95 : Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.
96 : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
97 : Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
98 : Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
99 : Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
100 : Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?

Betul, ayat ini merujuk kepada kaum kafir yang leka & hanyut dengan nikmat dunia.. Namun, tiada bezanya mereka dengan kita yang muslim sekiranya kita pun turut sama berperangai seperti mana mereka.. Jadi, aku terasa juga kalau difikirkan sendiri..

Masih sempat lagi untuk memperbaik diri. Ayuh~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)