[Jom Baca] The Productive Muslim - Where Faith Meets Productivity (Edisi BM)

Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih bagus. Hanya terpakai kepada buku fizikal (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital)
Secara jujurnya aku bukan jenis ulat buku sangat. Malah, aku lebih sukakan buku komik (sebab bergambar) serta tengok filem di TV atau main game saja. Hal ini disebabkan semua yang tersebut disertai penjelasan bergambar, maka tak perlu untuk fikir atau imaginasi. Tapi memang firman Allah serta galakan nabi agar umat rajin membaca..
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)", [surah Al-Alaq 96:1]

Jadi untuk tahun 2019 ini bacaan buku yang kedua ialah:
تاجوق بوكو إين سديكيت مناريق ڤرهاتيان سبب نامڽ سام دڠن ؤيدوا Productive Muslim نصيحة  أوليه

The Productive Muslim - Where Faith Meets Productivity (Edisi Bahasa Melayu) 


Penulis : Mohammed Faris (juga Pengasas & Ketua Pegawai Pelaksana CEO ProductiveMuslim.com)
Bil Halaman : 219

Deskripsi (dari kulit buku belakang)
ڤرنه ترتاڽ٢جيك ادا چارا يڠ ڤركتيكل أونتوق مڠواسإي ݢاي هيدوڤ ڤرودوكتيف يڠ مڠݢابوڠ-جالين أنتارا  تراديسي إسلام تربإيق دڠن ڤسيكولوݢي مودين دان سإيس؟
Menggabungkan rasa cintanya terhadap Islam dengan teknik-teknik produktivi moden, buku ini boleh jelaskan..
  • Bagaimana aspek spiritual boleh melonjakkan produktiviti
  • Cara mengurus masa tidur, nutrisi dan kesihatan
  • Cara bijak untuk bersosial di luar dan komuniti
  • Cara untuk mengurus daya fokus ketika terganggu
  • Cara membina tabiat dan rutin yang produktif
  • Cara mengurus masa dan melabur untuk akhirat
  • Cara untuk menjadi produktif pada bulan Ramadhan 
Markah (peribadi) : 5/5

Komen peribadi :
Buku ini bersifat motivasi dan nasihat, penuh dengan pelbagai tips & penjelasan bagaimana sebenarnya budaya islam boleh meningkatkan produktiviti seseorang dalam kehidupan seharian. 
Beberapa mesej (isi penyampaian) yang aku ingin kongsikan dalam penulisan ini ialah
  • Produktivi ditakrifkan sebagai gabungan [fokus + tenaga + masa] ke arah matlamat yang bermanfaat. [Maksudnya kena ada 4 ciri ini baru boleh dikatakan produktivi
  • Menjadi produktif BUKAN bermaksud: 
    • Mesti menyibukkan diri
    • Satu proses yang berlaku tiba-tiba 
    • Mesti akan menjalani hidup yang begitu membosankan
  • Dan sebenarnya kita tak dapat untuk sentiasa produktif sepanjang masa. Jadi ada beberapa teknik & tips untuk kembali produktif lagi.. Mencakupi aspek rohani (spiritual), fizikal, dan sosial..
walaupun banyaknya tulisan dan perenggan, tapi pada akhir setiap bab ada peta minda sebagai ringkasan
-------- Pengumuman! --------
Antara bacaan yang lain (yang pernah aku tulis dalam blog ini) boleh rujuk sini --> [page] Senarai Buku. Jemput-jemput la datang..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)