Kisah Taubat Pembunuh 100 nyawa..

Bismillah.. bersempena aktiviti Restart aku dah sampai ke hari 44. Eh kejap, apa itu restart? Sila baca Jawi ni.. ^-^!
كيمڤين إين أداله ساتو أوسها ڤركوڠسيان أيات ألقرءان ستياڤ هاري سباݢاي لنجوتن كيمڤين ألقوءان د بولن ڤوأسا  
Jadi bagi hari ke-44 aku dah sampai ke ayat dari Surah An-Nisa'..
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (Surah An-Nisa' 4:48)
Jadi ayat ini membincangkan Allah takkan ampunkan dosa Syirik, dan boleh ampunkan dosa yang lain bagi sesiapa yang dikehendakiNya (ikut aturan syariatNya). Maka teringatku akan satu kisah teladan yang pernah didengar masa kecilku. Jadi aku cari-cari semula di media internet sebagai ingatan.
Jumpa, di laman web artikel islam (rujuk pautan ini)
teks tazkirah oleh Al-Ustaz Muhammad Ali Ishmah tentang "Taubatnya Pembunuh 100 Nyawa Manusia"
"Banyak website juga ceritakan kisah yang sama, tapi paling aku suka laman web ini sebab sangat terperinci perbincangan hadith tersebut.." 
Seterusnya aku salin-tampal di sini untuk simpanan sendiri dan peribadi..


Fokus - Taubat Pembunuh 100 Nyawa
Nota - ini adalah hadith panjang, jadi atas faktor kekemasan agar lebih nampak siapa bercakap apa maka terdapat sedikit perubahan teknik penulisan (melibatkan rangkap/perenggan & pewarnaan dialog), namun tiada sebarang penambahan huruf / perkataan pada mana-mana (kecuali ringkasan radhiallahu anhu --> r.a dan solallahu alaihi wassalam --> ﷺ)

--------------------masih satu hadith panjang-----------------------
Dari Abu Said Al-Khudri r.a: Rasulullah  bersabda: Dulu sebelum kalian ada seorang laki-laki yang membunuh sembilan puluh sembilan (99) orang, hingga ia bertanya tentang orang yang alim di kalangan penduduk bumi. Mereka menunjuk kepada seorang rahib (ahli ibadah), kemudian orang tersebut mendatanginya dan berkata bahawa.. 
"ia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat?" 
Rahib tadi berkata: “Tidak.” 
Orang itu malah membunuhnya, sehingga genap menjadi seratus orang. Kemudian ia bertanya tentang penduduk bumi yang paling alim. Maka ditunjukkan kepadanya seorang alim. Ia berkata kepadanya bahawa ia telah membunuh seratus orang. 
"Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? "
Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Dan siapa yang bisa menghalangi antaramu dengan taubat. Pergilah ke negeri ini dan itu, karena di sana ada orang-orang yang beribadah kepada Allah Ta’ala. Beribadahlah bersama mereka, dan jangan kembali ke negerimu karena negerimu adalah negeri yang jelek.” 
Kemudian orang itu pergi tapi di tengah-tengah perjalanan ia meninggal. Sehingga malaikat rahmat dan malaikat adzab saling berselisih tentangnya. 
Malaikat rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan bertaubat, menghadap Allah.” 
Malaikat adzab berkata: “Dia belum beramal shalih sama sekali.” 
Kemudian datanglah kepada kedua malaikat itu seorang malaikat dalam wujud manusia. Mereka (kedua malaikat itu) menjadikannya sebagai pemutus urusan mereka. Malaikat itu berkata: 
Ukurlah antara dua negeri tersebut. Mana yang lebih dekat (jaraknya dengan kedua negeri itu) maka itulah lebih berhak.” 
Mereka kemudian mengukurnya. Ternyata mereka dapati bahwa ia (orang yang mati itu) lebih dekat ke negeri yang baik. Maka malaikat rahmat mengambilnya.

------------(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)------------------

Jom baca pautan artikel Islam (teks tazkirah) tersebut. Banyak ulasan tentang hadith ini. Antaranya;

  • Pentingnya menuntut ilmu sebelum mengeluarkan hukum
  • Jangan putus asa pada rahmat Allah
راسا برساله إيت أداله حكمه داري ألله سبنرڽ



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)