Serikin-Tasik Biru-Gua Angin

Baru ni keluarga mertua/ipar aku datang melawat Kuching, jadi ada baru la berjalan sikit di Kuching (aku sebagai driver/tour guide sikit la)

Kereta sewa murah?
Setting kami - keluarga mertua/ipar datang seramai 6 dewasa dan 2 budak, ditambah lagi aku dan isteri jadi kesemuanya ada 8 dewasa dan 2 budak (jangan dilupakan beg luggage mereka dan/atau barangan cenderahati yang bakal dibawa pulang nanti). Kereta aku (isteri punya sebenarnya ^-^!) yang ada di sini adalah Perodua Myvi. Jadi agar lebih selesa, perlunya kami sewa satu lagi kenderaan jenis multi-purpose vehicle (MPV). Jadi sama ada Perodua Alza atau pun Toyota Avanza. dan mungkin Proton Exora?

dalam banyak-banyak survey, syarikat ni menawarkan kadar sewa yang murah. sila lawati http://www.keretasewadikuching.com.my/ (tolong promote ^-^!)

"Jadi akhirnya dapat sewa Toyota Avanza dengan kadar RM150 sehari. Baik, jom masuk topik kembara di Sarawak"
Fokus - Pasar Sempadan, Serikin
Tempat ini adalah pasar jalanan yang terletak di sempadan Malaysia (Sarawak)/Indonesia. Tapi masih dalam Malaysia (jadi tak perlu bawa passport untuk tujuan imigresen pun)

Perjalanan sejauh 53.5km kalau dari rumah tinggal kami (seperti yang ditunjukkan dalam peta Google ini), jadi perlu memandu kenderaan dalam sejam lebih. Laluan jalannya tidaklah besar sangat, tapi masih berturap dan sesuai dilalui oleh kereta biasa.

Sampai di kawasan pasar sempadan, terdapat parking jenis batu-bata+rumput di kawasan khas yang luas. Nanti akan ada penduduk kampung bertugas membantu kawalan trafik / tunjuk arah parking dengan caj bayaran RM2 untuk sebuah kereta.

Dari tempat parking, terdapat sederet kedai panjang di kiri dan kanan jalan yang membuat jualan.
  • Pakaian jenis ultra-casual (misalnya jeans, baju round-neck, sweater/windbreaker) 



  • Pakaian batik indonesia, baju cenderahati sarawak

  • Kraftangan (aku tak pasti buatan Sarawak/indonesia ^-^!) yang terdiri daripada tikar rotan, bubu, bakul
  • Peralatan dapur serta tupperware

  • Beg & dompet 

  • Topi

  • Jam tangan - saja aku bertanya tentang harga jam tangan yang ada di sini. Setiap unit berharga RM25-35 macam itu. Eloklah kalau nak melaram pada harga yang ekonomi ^-^ 

  • Tudung

  • Bantal/tilam

  • Sayur-sayuran dan hasil hutan

  • Telur penyu (pun ada) tapi tak sempat ambil gambar pula..
panas terik
Beberapa tips penting sebelum pergi ke tempat ini..
  • Bawa payung atau topi terutamanya jika cuaca panas 
  • Kalau boleh datang awal (sebelum panas terik tengah hari), sebab cuaca sangat panas di sini
  • Kalau risaukan kesan matahari pada kulit - pakai pakaian yang tutup seluruh badan (namun, akan berasa sangat panas)
  • Bawa air banyak-banyak untuk minum sebab panas (namun, terdapat kedai/gerai yang menjual air & refreshment sepanjang deretan kedai tersebut)
Dianggarkan luang masa 1-2 jam juga di sini, bergantung kepada berapa banyak keperluan yang hendak dibeli. Kalau macam aku, aku tak begitu shopping spree sangat, jadi tak hairan pun kalau tak beli apa-apa ^-^!

-------------------------------------------------------------------------------
"Seterusnya sebelum pulang ke kuching, alang-alang dah sampai Serikin (jauh) maka kami ambil kesempatan untuk singgah sebentar ke beberapa lagi tempat yang berhampiran.."
Tasik Biru, Bau
Tempat ni adalah suatu persinggahan rehat dan rekreasi dalam perjalanan pergi ke Serikin.

pemandangan di Tasik Baru. Allahu akbar, cantik!


ada aktiviti rekreasi rupanya ^-^! hari ni tak buka kot..

air tasik biru yang jernih ^-^ boleh nampak terumbu karang
ada restoran untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan
------------------------------------------------------------------
"Lepas dah puas bergambar, kami pergi pula ke destinasi lain (dekat juga) 
Hutan simpan / Taman Negara Gua Angin

Taman Negara ini terdiri dari komponen hutan, sungai dan gua (rujuk peta keseluruhan seperti di bawah). Dengan dua kawasan parking yang berbeza. Bagi pelawat yang ingin meneroka komponen gua dan hutan, mereka akan parking di hadapan (ada pintu masuk ke kawasan), sementara bagi mereka yang datang santai untuk berkelah, ada ruangan parking yang lebih luas disediakan.

Jadi disebabkan ini kali pertama kami datang, semestinya nak masuk tengok gua dan hutan. Dulu aku pernah datang masa orientasi pelajar UNIMAS dulu, tapi tu tahun 2007 (lama sangat, langsung lupa ada apa kat dalam)


pondok lapor diri
Masuk laluan akan jumpa pondok lapor diri. Bayaran masuk RM1 seorang akan dikenakan serta kena sign in guest book untuk rekod pengurusan di sini (kalau apa-apa terjadi mereka dapat tahu siapa dan berapa orang terlibat). Khidmat sewa torchlight juga disediakan untuk penjelajahan gua nanti, tapi berbayar RM3 seunit.
"Eksplorasi dalam gua boleh je guna handphone sendiri kalau nak jimat, tapi kena pertimbangkan faktor bateri handphone. "



Dah habis lapor diri maka boleh la mula menjelajah. Jadi penjelajahan adalah di atas laluan bertiti kayu, jadi pengunjung tak perlu risau tentang jalan lecah/becak/berbatu dan sebagainya. Laluan akan bercabang dua, sama ada;
  • Laluan gua yang gelap - laluan ini sengaja tidak diletakkan lampu sepanjang laluan agar tidak mengganggu habitat haiwan semula jadi di sini.. Tapi, dilekatkan stiker pantulan cahaya sebagai panduan pelawat agar tak salah langkah..
Terdapat viewing platform di puncak gua tapi kami tak pergi sebab kejar masa tengok buaya makan. Jadi habiskan satu pusingan jalan dan kembali ke pintu depan.
jalan hutan ada di sini..
  • Sementara laluan hutan yang terang lebih santai & tenang (sebab takde apa-apa pun melainkan sekadar menikmati bunyi mergastua serta suasana hutan tenang ^-^!)
Oh ya, taman negara ini adalah habitat bagi beberapa haiwan khas seperti insect bat, common swiflet (spesis burung) dan tentulah strukturnya yang unik seperti stalagmit, stalagtit, sink hole dan lain-lain lagi.. Terdapat juga arus sungai bawah tanah serta fosil (tapi aku tak pandai nak appreciate hal arkeologi ni ^-^!)  

peta keseluruhan tempat ni. 
Terdapat sungai yang sesuai dijadikan kawasan perkelahan. Sungai ni tak berbayar kalau tak silap (atau kebetulan kami tak terjumpa pihak pentadbir kawasan tersebut). Ada beberapa pondok untuk berehat (mungkin kalau berkelah boleh letak pakaian dan makanan di pondok ini). Jadi sungai ini sangat cetek, jadi sesuai la untuk kanak-kanak bermain bersama ibu-bapa..

---------------------
Berdekatan ada satu lagi tempat daya tarikan pelancong iaitu Gua Pari-Pari (Fairy Cave) tapi nampaknya kami kena kejar masa pergi destinasi seterusnya..
"Alamak, dah lambat nak tengok buaya makan.." (to be continued..)
kenapa kalut kejar masa? Sebab ini dia ha.. Jauh perjalanan ^-^!

-----------------------------------------
Notice - (page) Kembara updated! 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)