Jong's Crocodile Farm

"Alamak, dah lambat nak tengok buaya makan.."
Dari Serikin-Tasik Biru-Gua Angin, bergegaslah kami menuju destinasi seterusnya...

Fokus - Jong's Crocodile Farm & Zoo
Seperti namanya, tempat ini adalah taman buaya (dan zoo). Jadi memang satu tempat tarikan pelancong yang datang ke Kuching (mesti tengok!)

Sampai pintu masuk, kena bayar tiket dulu. Oh ya, penduduk tempatan (Sarawak) akan dapat harga yang lebih murah. Jadi, kalau ada kawan orang Sarawak lebih bagus minta tolong dia uruskan kalau nak jimat kos.
  • Dewasa : RM24 --> RM14 (Sarawak)
  • Kanak-kanak : RM14 --> RM7 (Sarawak)
Jadi antara aktiviti penting dan menarik di sini ialah melihat pertunjukan buaya menjamu selera. Jadual beri makan ada 2 kali sehari; 11AM, 3PM. Kebetulan kami sampai pukul 3 petang jadi masuk je, kami terus meluru ke tempat tersebut. Alhamdulillah sempat. Nah video (ada efek slow motion skit ^-^)


Agak berbaloi jugak, sebab sesi ni ambil masa 30-45 minit sebab ada lebih kurang 10+ daging akan digantungkan secara bergiliran pada wayar yang merentasi kolam buaya. Bergantung kepada masa buaya nak baham (kalau lapar, mesti buaya laju je membaham) dan kebolehan lompat air + capai makanan.

bergambar jap sebelum bergerak(aku cameraman)
Dah habis tengok pertunjukkan, barulah kami pusing-pusing kat dalam.


Jadi selain haiwan buaya, terdapat juga haiwan lain yang boleh dilihat dalam zoo ini..

  • Ikan Arapaima kalau tengok board (gambar atas ni) sepatutnya ada pertunjukan beri makan juga ikan ini tapi kami terlepas sebab asyik nak tengok buaya makan sampai sejam. 
kolam ikan Arapaima yang besar. Sepatutnya sesi beri makan ada di sini
  • Iguana iguana (nama saintifik spesis paling senang nak ingat ^-^!)

  • Burung Hantu (Bubo Nipalensis / Forest Eagle Owl / Spot-Bellied Owl)
ada burung hantu tersorok dalam bayang tu..
  • Burung Merak
  • Ikan koi
  • Ular Sawa
  • Monyet
  • Musang Binturong, ada Musang pulut juga
  • Katak spesies yang rare
  • Beruang 

Oh ya, kawasan dalam zoo & taman buaya ini luas. Dengan cuaca panas ketika lawatan kami jadi cepat sangat haus dan penat. Alhamdulillah adanya kantin serta kedai cenderahati kat kawasan lawatan dalam.
"Cuma, harga jualan agak mahal (Air mineral 500ml berharga RM3.50 sebotol). Jadi kena beragak kalau nak beli air."  

Lepas beli, kami pergi ke kawasan meja makan & rehat sekejap. Oh ya, tandas  senang didapati sepanjang dalam zoo sini (ada 2 atau 3 di tempat yang berbeza kalau tak salah). Cuma kalau pengunjung ramai, mungkin kena beratur juga ikut giliran ^-^!



ada taman mainan untuk budak
Ada taman mainan di sini untuk kanak-kanak. Kawasan ni juga berhawa dingin jadi ramai kesempatan untuk rehat di ruang ni selepas berpanas menjelajah seluruh taman. Surau juga terdapat dalam ruang ni, cuma suraunya berkongsi lelaki & perempuan (kena ikut giliran).

Jadi kami luang masa hampir 2 jam juga di taman buaya ni. Kira berbaloi juga la dengan harga yang ditawarkan..


----------------------------------
Ok, dah penat serta lewat petang dah ni, sampai masa untuk balik rumah ^-^! lain kali kita datang lagi..
----------------------------------
Notice - (page) Kembara updated!




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)