insya-Allah

Usai solat fardhu dengan isteri, aku cuba untuk istiqamah dalam mengaji Al-Quran bersama isteri, hendaknya amalan ni menjadi 'cahaya' yang dapat menerangi hati kami serta menghindari dari 'kegelapan'..

Jadi bacaan kami kali ni telah sampai surah Al-Kahfi. Secara umumnya, Al-Quran sarat dengan hikmah/nasihat/panduan, tapi satu nasihat yang aku jumpa kali ini adalah dari ayat 23-24 surah tersebut;

(23) Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi...
(24): ..kecuali (dengan menyebut): “Insya Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini”.


AlQuran jenis ni jadi pilihan sebab ada terjemahan serta sedikit sebanyak tazkirah yang berkaitan ^-^

Dalam Al-Quran itu juga disertakan sedikit terjemahan/ulasan ringkas tentang sebab penurunan ayat tersebut:
" sebab turunnya dua ayat di atas adalah karena beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang roh, kisah ashabul kahfi (penghuni gua) dan kisah Dzulqarnain lalu beliau menjawab: “Datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan”. dan beliau tidak mengucapkan insya Allah (ertinya jika Allah menghendaki). tapi apabila sampai esok harinya wahyu tidak datang (bahkan ada riwayat menyatakan sampai 15 hari lewatnya) untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan pula bila mana Nabi lupa menyebut insya Allah haruslah segera menyebutkannya kemudian."
Maka demikianlah nasihat bagi diriku sendiri.
  • sebutlah Insya-Allah dalam merancang sesuatu atau berjanji, hendaknya Allah memudahkan urusan kita.. 
Oh ya, kalau search di internet banyak lagi kupasan/penjelasan (tadabbur) tentang ayat tersebut. Panjang rupanya penjelasan di sebalik ayat tersebut. Maka untuk mengakhiri entri, saya nak kongsikan satu lagu yang berkaitan.



Trivia
  • Untuk pengetahuan, mas kahwin kami dulu adalah senaskhah Al-Quran beserta sebentuk gelang emas, maka dengan Al-Quran tersebut kami buat mengaji sama-sama paling kurang 2 halaman setiap hari..
  • Mengaji 2 halaman setiap hari, teringat aku zaman sekolah menengah dulu (tingkatan 4-5) di asrama SBPI Rawang dulu: setiap kali selesai solat fardhu subuh, pasti ada sesi mengaji Al-Quran beserta terjemahannya.. Maka sebab sukakan aktiviti sekolah tersebut maka aku cuba terapkan dalam amalan peribadi/keluarga sendiri Insya-Allah  
"Rindunya zaman sekolah dulu. Mana yang baik boleh cedok-cedok masuk dalam amalan harian dewasa ini. "  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)