Kisah 3 Orang Terperangkap di Gua

Bismillah.. Dah habis buku tazkirah yang lama, kini aku & isteri beralih ke buku yang lain pula. Sedang kami menyelusuri buku yang baru. Topik pertama adalah berkenaan hal IKHLAS, disertakan satu hadith menarik berupa kisah..
دولو اکو ڤرنه دڠر قيصه (حديث) اين، انته د مان اتاو داري مان. تاڤي ماس ايت اکو مودا٢ لاݢي، جادي دڠر ڤون اچوه تق اچوه سهاج. تاڤي ڤرتمبوڠن کالي کدوا باچ ممبڠاتکن اکو تق نق لوڤا لاݢي قيصه. اوليه ايت اکو سالين کدالم بلوݢ اين اونتوق منفعة سموا
Kisah 3 Orang Yang Terperangkap di Gua
Nota - macam biasa, aku suka mewarnakan watak sesuai dengan skrip masing-masing, supaya lebih senang nampak siapa bercakap ayat mana..

Abu Abdul Rahman, nama sebenarnya Abdullah bin Umar, bin Khattab, melaporkan beliau mendengar Nabi Muhammad menjelaskan;

--- (semua di sini ialah kata-kata Rasulullah) ---

Pada suatu masa dahulu, ada tiga orang sedang dalam perjalanan, mereka tiba di sebuah gua dan terpaksa bermalam di situ. Mereka pun masuk, tiba-tiba sebiji batu besar jatuh dari atas gunung lalu menutup pintu masuk gua itu. Mereka berkata;
"Tidak akan ada yang dapat menyelamatkan kita melainkan kita berdoa kepada Allah yang Maha Agung, dengan menyebutkan perbuatan-perbuatan baik yang kita lakukan.."
Lelaki yang pertama berkata;
"Ya Allah, saya mempunyai ibu bapa yang sudah tua umurnya. Saya tidak memberi sesiapa pun minum, baik keluarga mahupun hamba saya, sebelum saya beri ibu bapa saya minum terlebih dahulu. 
"Pada suatu hari, saya pergi jauh mencari makanan ternakan. Ibu bapa saya sudah tidur barulah saya pulang. Saya terus memerah susu buat minuman mereka tetapi mereka sudah lena. Saya tidak mahu mengganggu tidur mereka, saya juga tidakmahu memberikan susu itu kepada orang lain, baik keluarga mahupun hamba saya, sebelum mereka berdua minum. Saya terus menanti mereka terjaga dengan memegang bekas minuman itu di tangan saya, sehingga masuk waktu fajar. Anak-anak kecil yang dekat dengan kaki saya menangis kelaparan. Selepas ibu bapa saya terjaga barulah mereka minum.
"Ya Allah, sekiranya sebenarnya saya lakukan itu semua dengan niat semata-mata untuk mendapat keredhaan-Mu, selesaikanlah masalah yang sedang kami hadapi akibat batu besar ini.
Tiba-tiba batu besar itu berganjak sedikit. tetapi mereka belum dapat keluar. Lelaki yang kedua pula berkata;
 "Ya Allah, saya mempunyai sepupu perempuan. Dia manusia yang paling saya cintai. Saya tergoda kepadanya tetapi dia menolak hasrat saya. 
"Pada suatu tahun, dia mengalami kesusahan yang berat. Dia datang ke tempat saya, lalu saya berikan kepadanya wang sebanyak 120 dinar, dengan syarat dia mahu bersendiri dengan saya seorang sahaja.
"Dia berjanji akan memenuhi syarat saya itu. Apabila saya sudah dapat menguasainya dirinya, sepupu saya berkata, "Takutlah kamu kespada Allah, jangan kamu nodai saya."
"Saya pun meninggalkannya, sedang dia adalah manusia yang paling saya cinta. Wang yang saya berikan itu pun saya biarkan menjadi miliknya." 
"Ya Allah, sekiranya sebenarnya saya melakukakan itu semua dengan niat semata-mata bagi mendapatkan keredhaan-Mu, selesaikanlah masalah yang sedang kami hadapi akibat batu besar ini."
Selesai lelaki kedua berdoa, batu besar itu berganjak sedikit lagi. Tetapi mereka masih
belum dapat keluar dari gua.

Lelaki ketiga pula berkata,
"Ya Allah, saya mengupah beberapa orang pekerja, semuanya saya bayar upah masing-masing, kecuali seorang lelaki. Dia pergi tanpa mengambil upahnya."
Saya pun laburkan wangnya sehingga bertambah banyak hartanya tadi. Selang beberapa lama, pada suatu hari, dia datang berjumpa saya dan berkata, "Tuan, serahkanlah kepada saya upah yang dahulu itu."
"Saya katakan kepadanya, "Semua yang saudara lihat ini berasal daripada wang upah saudara dahulu, baik yang berupa
unta, lembu, kambing dan hamba sahaya." 
Dia menjawab, "Tuan janganlah bergurau dengan saya." Saya katakan kepadanya, "Saya tidak bergurau"
Selepas itu, lelaki itu pun mengambil apa yang menjadi miliknya. Semua diambilnya, tidak seekor pun ditinggalkan."
"Ya Allah, sekiranya sebenarnya saya lakukan semua itu dengan niat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Mu, maka selesaikan masalah yang sedang kami hadapi akibat batu besar ini."
Batu besar itu kemudian berganjak sedikit lagi, barulah mereka semua dapat keluar dari gua itu.

--- [HR Bukhari & Muslim] ---

Kisah tamat di sini. Strip komik ini adalah adaptasi dari kisah hadith tersebut, aku terpaksa buat versi ringkas (sebab ada had penuh muka surat sangat kalau ikut versi asli), maka terpaksa aku pendekkan isi..

Guna applikasi oleh The Muslim Show (juga dikenali Bdouin), baru-baru ini penerbit melancarkan applikasinya tersendiri (rujuk pautan ini --> Pos The Muslim Show di Facebook - Pengumuman pelancaran applikasi Bdouin)

Malah boleh buat komik strip sendiri pula berlandaskan latar pentas yang ada. Maka tu yang aku cuba-cuba tu. Jumpa pula pentas dalam gua, serta-merta aku teringat kisah ini..


best buku ini. Tak sia-sia beli harga murah masa Big Bad Wolf 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)