Fort Margheritta

Ibu bapa mertua dan adik ipar (seorang) datang melawat Kuching lagi.. Kalau ingat sebelum ini, mereka ada datang sekali tahun lepas (rujuk entri blog aku --> Serikin-Tasik Biru-Gua Angin dan Jong's Crocodile Farm)

Jadi ziarah kali kedua ini, takde la nak bawa jalan sangat kata mereka.. Tapi tak juga, kena cari idea nak bawak ke mana kali ini. Sebelum ini dah bawa ke:
  • Serikin
  • Tasik Biru
  • Gua Angin
  • Taman Buaya Jong
  • Kampung Budaya - aku tak buat liputan sebab tak ikut (kerja T_T)
  • Muzium Kucing - aku tak buat liputan sebab tak ikut (kerja T_T)
Maka mencari juga idea nak bawa ke mana.. Sehingga la isteri terjumpa satu iklan tentang satu lagi muzium..
"Oh ya,di Kuching sebenarnya ada banyak muzium. Tapi buat masa ni sedang berlaku kerja renovasi / pembinaan muzium baru.. Banyak muzium ditutup. Tinggal beberapa sahaja..
sumber gambar dari internet (facebook)
Fort Margheritta, Kuching (The Brooke Gallery)

jalan masuk masih belum siap ^-^!
Muzium ini terletak di waterfront Kuching tapi sebelah utara (dengan kata lain, seberang sungai sana) berhampiran dengan Bangunan Astana. Sebaiknya pergi dengan kereta, masuk melalui jalan yang sama menuju bangunan Astana tapi ada simpang masuk dalam sikit.

Sementara itu, laluan untuk pejalan kaki masih belum siap. Kalau dah siap, aku rasa boleh sampai melalui waterfront saja.

Oh ya, muzium ini berbayar sedikit. Mungkin berbaloi bagi yang ingin belajar tentang sejarah Sarawak. Boleh bayar guna e-wallet (Boost)

Bayaran bagi warga Malaysia
  • DEWASA : RM10 seorang
  • BUDAK / WARGA EMAS (60+) : RM5 seorang
Warga Asing
  • DEWASA : RM20 seorang
  • BUDAK / WARGA EMAS : RM10 seorang
tangga spiral
Masa operasi adalah setiap hari (termasuk cuti umum katanya) tapi jam lebih kurang waktu pejabat juga..
  • 9.00 pagi - 4.45 petang
Beberapa awal keterangan yang diberi oleh staf muzium
  • BOLEH ambil gambar di dalam
  • Ruang muzium ada 3 tingkat (tapi tak besar pun, mungkin dalam 900kaki persegi)
  • Tangga naik dalam bentuk lingkar (spiral), sangat kecil dan muat seorang saja dalam satu masa. (TAK sesuai bagi golongan kurang upaya misalnya kerusi roda)
  • BOLEH naik sampai ruang bumbung (rooftop). Bumbung ada panorama bandar Kuching yang cantik

Muzium kecil ini  menyimpan sejarah tentang negeri Sarawak iaitu dari zaman penjajahan James Brooke dari England sehinggalah pembukaan negara Malaysia.
"Teringat dulu, mata pelajaran sejarah ada topik tentang Sarawak. Jadi, nama-nama penjajah macam James Brooke, Charles Brooke, Charles Vyner Brooke, Anthony Broke sangat familiar.."
Beberapa fakta baru yang aku belajar tentang sarawak melalui muzium ini.
  • Tiga warna yang terdapat di bendera sarawak mewakili 3 kaum utama di Sarawak : Hitam (Dayak : Iban & Bidayuh), Kuning (Melayu), Merah (Cina)
  • Iban dahulunya dikenali dengan nama Dayak laut, sementara Bidayuh pula dikenali dengan Dayak Darat
  • Kepelbagaian kaum yang terdapat di Sarawak serta taburan kawasan masing-masing. Lihat gambar sisipan kiri..
کالاو دڤرهاتيکن ڤتا ترسبوت، سبنرڽ قوم چينا تق باڽق ڤون دسرواق ڤد ڤرمولاءنڽ. تاڤي سجق بريتيش باوا ماسوق قوم چينا٢ براماي٢، تيبا٢ سکرڠ اين تيبا٢ مريک ڤولا يڠ مندوميناسي سأوله٢ سرواق کڤوڽأن مريک 
perjanjian 1941 (dalam jawi)
  • Tulisan Melayu (jawi) juga wujud di Sarawak satu masa dahulu. Turut diterapkan dalam setiap apa saja pekeliling  yang dikeluarkan oleh pemerintah (Brooke) sama ada lagu / perjanjian dan lain-lain.. 
بتاڤ توليسن جاوي ساڠت برڤرانن ڤنتيڠ دالم تامدون ترداهولو. اݢقڽ داڤت تق کيت کمباليکن کݢميلڠن توليسن جاوي. چمبوروڽ اکو تيڠوق قوم مريک سسوک هاتيڽ توليس توليسن مريک سدڠکن کيت ترڤقسا براله..
reka bentuk bendera Sarawak yang pertama
"Baru-baru ini, terdapat gerakan Sarexit oleh golongan tertentu dengan mengibarkan bendera reka bentuk ini. Lepas pergi muzium baru la faham.."
Di ruang bumbung kosong, tiada pameran. Tapi apa yang ada hanyalah panorama bandar Kuching yang menarik. Boleh la ambil gambar kenangan.

Oh ya, muzium ini juga terdapat laman (yard) yang luas. Khas untuk bergambar. Tapi lawatan kami tergendala oleh hujan lebat. Jadi tak sempat nak bergambar di laman tersebut..

Tuntasnya, muzium ini dikira berbaloi terutamanya bagi yang berminat nak belajar sejarah di Sarawak. Boleh juga kalau sekadar jalan-jalan santai bersama keluarga (mereka yang bukan jenis adventurous sangat ^-^!)

--- Pengumuman! ---
Dengan ini, aku dah kemas kini laman Kembara. Jemput la tengok..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)