6 Surah Sunat Hari Jumaat

Hari Jumaat datang lagi!! Perkongsian kali ini adalah tentang surah-surah yang sering dikait-rapatkan dengan hari yang istimewa ini. Jom amalkan sunnah bacaan surah-surah berikut..

#1 Surah Al-Kahfi. 
"Dari Abu Said Al-Khudri r.a, dari Nabi saw bersabda : Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq. [Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]"
"Dari Abu Said Al-Khudri r.a : Barang siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” [HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].
"Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda; “Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” [Al-Mundzir berkata : hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih dalam tafsirnya dengan Isnad yang tidak cacat]. (Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)
Nota - Sumber rujukan tentang kelebihan membaca surah ini ialah dari
#2 Surah As-Sajadah & #3 Surah Al-Insan 
[bacaan sunnah solat Subuh hari Jumaat]
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْجُمُعَةِ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ وَهَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ حِينٌ مِنْ الدَّهْرِ.
Nabi s.a.w biasa membaca pada hari Jumaat dalam solat Subuh (surah) Alif lam mim tanzilus sajadah dan (surah) Hal ata ‘alal insani hinum minad dahr. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu‘ah, Bab apa yang dibaca dalam solat subuh pada hari Jumaat, hadis no: 891.

Dari hadith tersebut, kita tahu bahawa Baginda Rasulullah s.a.w membaca surah As-Sajadah & Al-Insan pada solat Subuh hari jumaat. Namun, sukanya diingatkan bahawa amalan nabi tersebut adalah sunnah (bukan satu perkara wajib). Ada beberapa perkara yang mesti diambil kira sebelum kita terus beramal membaca surah ini;
  • Hukumnya adalah sunat (kalau lakukan dapat bonus pahala ikut nabi, kalau tidak lakukan, tidak berdosa) 
  • Perlu juga untuk baca surah lain (ketika solat subuh Jumaat) kadangkala agar tidak timbul salah faham..
  • Keadaan makmum - adakah mereka bersedia dan selesa untuk berimamkan surah yang agak panjang ini? Terkadang ada makmum yang tua dan tidak mampu, ada yang tidak sihat, dan ada yang sedang mengejar masa..
Bacaan menarik boleh rujuk sini --> hafizfirdaus.com - Perbincangan tentang surah As-sajadah & Al-Insan dalam solat subuh hari jumaat

#4 Surah Al-Jumuah & #5 Surah Al-Munafiqun
Terdapat hadith berkenaan bahawa Rasulullah s.a.w pernah membaca kombinasi surah ini ketika solat Jumaat

rujukan sumber ilmu : slideshare.net - sepintas lalu surah Al-Munafiqun oleh Ustaz Syaari Abd Rahman

#6 Surah Qaf
Terdapat hadith diriwayatkan daripada Ummu Hisyam bin Haritsah bin Nu'man
"Aku tidak hafal surah Qaf kecuali dari lisan Rasulullah. Beliau sentiasa membacanya setiap hari Jummat di atas mimbar ketika berkhutbah (HR Muslim, Abu Daud, Baihaqi & Ibnu Majah)
rujukan sumber ilmu (versi inggeris) boleh didapati di laman web Quran Tafsir Ibn Kathir - The Virtue of Surah Qaf

---
"Setakat ini aku baru jumpa 6 surah ini la.. Terdapat sumber bacaan lain yang menyatakan ada beberapa lagi surah yang boleh dikaitkan dengan hari jumaat..  Tapi aku tak habis baca lagi. Insya-Allah akan kemas kini lagi.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)