Street of Rage 2 [Game Sega]

[nota - penulisan kali ini bersifat santai, nostalgia kembali salah satu game lama]
Kalau suka main game Street of Rage, semestinya kena main episod ke-2. Ada tambahan menarik dalam sistem permainan (gameplay).
"SOR2 ini tersenarai dalam game terbaik bagi konsol Sega sepanjang masa.."
Street of Rage [Eng] 2 / Bare Knuckle [Jap] 2 [Sega]

Sinopsis;
Setahun selepas peristiwa lalu, bandar dah kembali aman selepas tumpasnya sindiket penjenayah Mr X. Namun, tak lama lepas tu kejahatan sekali lagi menguasai bandar tersebut..
Mr X, ketua sindiket yang mana dipercayai telah ditewaskan kini kembali lebih kuat dari dulu. Dia berniat untuk membalas dendam kepada kumpulan wira. Kali ini dia menculik Adam Hunter untuk mengumpan Axel Stone & Blaze Fielding ke suatu perangkap. Jadi Axel & Blaze pun bertindak untuk menyelamatkan kawan baiknya, kali ini dia disertai Max (si Gusti) & Skate (adik Adam). Mereka berempat ingin menyelamatkan kawan baiknya dan sekali lagi menumpaskan kejahatan bagi membela keamanan bandar..

Cara permainan (gameplay) #beatemup #sidescrolling #2playercoopplay
Konsep asal masih sama dengan siri pertama dulu; pemain akan pilih salah seorang dari 4 orang watak utama (boleh main 2 orang jugak dengan watak yang berbeza). Mengharungi pentas (stage) tertentu membelasah sekumpulan penjahat/samseng sampai ke penghujung, yang mana akan bertemu dengan ketua tempat (boss level)
  • Cuma kali ini, satu pentas akan dibahagi kepada beberapa bahagian (misalnya Jalanan bandar --> masuk restoran --> keluar pintu belakang restoran --> Lorong belakang)
  • Gimik khas tidak lagi berupa bantuan polis bazooka/gattling gun. Sebaliknya serangan istimewa
A - serangan istimewa. Setiap watak mempunyai serangan yang berbeza. Serangan ini hebat dan boleh jatuhkan musuh yang mengepung, tapi kesan sampingan ialah sendiri juga akan tercedera sedikit. Cedera sendiri hanya berlaku apabila serangan ini mengenai pihak musuh, dengan kata lain kalau serangan tak kena musuh, tidak ada apa-apa kesan sampingan.

A+depan - serangan istimewa jugak. Serangan ni boleh memberi kecederaan berkesan (significant damage) tapi sendiri juga akan cedera. Tambah lagi, kecederaan sendiri tetap berlaku walaupun serangan tak mengenai musuh. Jadi kena guna berpada-pada.

B - Pukulan biasa. Bila pukulan mengenai musuh, tekan berterusan untuk hasilkan combo
C - Lompat.

Dalam siri kali ini, terdapat beberapa pertambahan mekanism kawal pertarungan. Ringkasan kawalan game adalah seperti berikut..

Nota - setiap watak ada variasi serangan tersendiri. Cuba-cubalah sendiri
Sama macam siri yang pertama, game kali ini juga mengandungi 8 pentas yang perlu diharungi sebelum bertemu musuh akhir Mr. X.

Pentas 1 #Jalanan & Bandar (aku tak tau ada nama rasmi atau tak tempat)
Macam siri pertama juga, game akan dimulai dengan latar bandar. Tapi bezanya, ada peralihan tempat iaitu dari jalanan, masuk ke restoran, keluar ke pintu belakang lalu berjumpa ketua samseng tempat ini. Ketua samseng ialah pemilik restoran bernama Barbon yang merupakan seorang pakar judo.

Ada anak-anak buah turut menyukarkan pertempuran. Royal Rumble! 
Tips bertempur dengan Barbon si Judo
Macam biasa, Barbon akan diiringi oleh anak buah yang akan menyusahkan pertempuran. Kalau tak yakin, boleh jalan sikit-sikit supaya anak buah serang seorang demi seorang. Kalau sukakan cabaran, terpa sahaja dan lawan semua sekali gus. 

Boleh serang secara berhadapan, sebab pergerakan Barbon ni boleh dijangka. Tapi hati-hati & jangan terlalu rapat sebab sebagai pakar judo, apabila rapat sangat dia akan lontar wira ke udara (kalau mahir teknik aerial recovery, takkan tercedera walaupun dilontar).
Pentas 2 #Lebuhraya tak siap
Bermula atas lebuh raya tinggi. Terdapat musuh naik motor lalu lalang (ada sepintas lalu, ada yang ulang alik). Kemudian berpindah latar, apabila wira naik dalam lori kargo. Dan akhirnya berhenti di hujung jalan (sebab tak siap lagi). Di sini akan bertemu ketua penjahat bernama Jet. Seperti namanya, ketua ni berterbangan dengan menggunakan peralatan Jet Turbo.
Jet ini suka buat tujahan padu dan laju. Aduh aku!

Tips menangani Jet ini
Kekurangan Jet ialah dia mempunyai health bar yang pendek (tak sepanjang ketua yang lain).

Tapi dia ini lincah dan tangkas, sentiasa berterbangan di udara. Susah nak dapat peluang untuk pukul melalui combo biasa. Selalunya hanya boleh jump attack sahaja.

Apabila Jet berjarak jauh dan sebaris dengan wira, dia sentiasa bertindak membuat buat tujahan untuk melanggar. Maka ini peluang untuk serang.

Yang leceh adalah kehadiran anak buah yang sentiasa menyibuk dan mengganggu tumpuan.


Pentas 3 #Taman Tema Waktu Malam
Berlatarkan taman tema pada waktu malam. Terdapat banyak peralihan tempat. Dimulai perkarangan luar taman tema > Pusat Arked > Kapal Lanun (dasar) > Kapal Lanun (tengah) > Kapal lanun (atas dek) > Perkarangan luar > Rumah (seram) alien. Dalam rumah alien akan bertemu ketua penjahat bernama Zamza
siap serang berguling macam Blanka (Street Fighter) atau Sonic pula.
Tips berhadapan dengan Zamza
Ketua ini adalah seorang pencakar yang tangkas dan lincah (ala-ala Watak Souther dalam siri yang lalu)

Tak boleh serang secara berhadapan sebab Zamza ini tangkas serta kukunya panjang mempunyai capaian serangan (attack range) yang lebih panjang dari wira. Jadi memang tak sempat la dah kena dulu..

Dekati dia dari sisi (= atas / bawah gambaran game ini), dan apit. Serang apit lebih berkesan berbanding combo asas.

Jump attack juga selalu tidak berkesan, sebab Zamza ini mempunyai teknik serang balas uppercut juga.
Pentas 4 #Stadium Bola Lisut
Lepas keluar dari rumah alien tadi ikut jalan belakang kot, sampai ke stadium bola lisut pula. Banyak samseng sini. Dari jalan luar stadium > beralih masuk ke dalam sehingga sampai me medan tengah (tempat pembaling bola / pitcher) > rupanya ada lif rahsia ke bawah tanah > Tiba ke gelanggang gusti haram (aku rasa), bertembung dengan ketua lagi si Gusti Abadede

teknik "Blitz" ada harapan menang lawan si Gusti ni!
Tips bergusti dengan Abadede
Amaran! Jangan sesekali sebaris dengan si gusti ini, walaupun jarak jauh. Nanti dia akan buat serangan lariat yang pantas.

Berbeza dengan siri terdahulu, serangan jump attack tidak lagi berkesan untuk si gusti ini (dia ada teknik serang balas)

Walaupun boleh dekati secara sisi (bawah / atas), tapi tak boleh buat serangan combo asas. Si Gusti mempunyai 'nilai balas dendam' (revenge value = nilai sebelum watak mengamuk & serang balas.) yang rendah iaitu tak lebih dari 3 pukulan / 2 saat apit

Antara strategi berkesan:
  • Blitz attack (forward, forward + B) sentiasa mengenai si gusti (tapi kena ambil jarak yang betul, kalau jauh sangat nanti tak kena, bahkan kena lariat pula). Tapi teknik ini tak berkesan kalau guna watak Blaze
  • Grab attack (kena pantas sebelum si gusti aktifkan serang balas dek revenge value). Biasanya Blaze ada kelebihan untuk guna serangan jenis ini berbanding watak lain.
Pentas 5 #Kapal pengganas
Dari gelanggang gusti, wira menceroboh naik ke dalam kapal milik samseng tersebut. Dimulai dari dasar kapal > naik ke tingkat tengah - ada (sub ketua) Barbon si Judo pula sebelum maju > sampai ke atas dek kapal bertempur dengan kembar (sub ketua) Jet berdua. Di penghujung dek akan bertemu pula dengan ketua samseng bernama R. Bear si Peninju. 

Kan dah kena uppercut. Kalah dah aku..
Tips bertinju si Peninju ini.
Jujur cakap aku buntu lawan dia ini. Kalau kesukaran tinggi, memang pasti mati 3-4 bar dibuatnya >_<!

Peninju ini sangat tangkas! Tak sempat nak pukul kombo asas pun. Jump attack pula dibalas uppercut. 

Kalau nak cubaan grab (apit), dia pula yang apit aku dan belasah. Bila cuba apit dari belakang, dibalas kilas tangan pula

Special attack ada sedikit harapan la juga. Ikut nasib sebab perlu agak jarak serta saat yang betul.

Tapi selama aku main dengan adik tunggal aku, dia selalu guna watak Max, nampaknya dia ada kelebihan yang banyak (capaian serangan yang setara, pukulan lebih kuat, kebarangkalian cubaan apit musuh lebih tinggi)

Pentas 6 #Pulau pangkalan musuh
Hapuskan yang terbang ni dulu
Apabila kapal berlabuh, wira akan sampai di persisiran pantai. Teruskan perjalanan, kemudiannya memasuki hutan belantara yang mana akhirnya tiba di pintu masuk pangkalan musuh. Di pintu masuk ini akan bertemu 2 ketua gandingan sekaligus, bernama Stealth (macam si Jet sebenarnya) & Souther (macam Zamza si pencakar)

Tips lawan di sini..
Sama macam tips dari pentas (stage) terdahulu juga - cuma fokus pada ketua yang terbang dulu sebab dia lebih bermasalah kalau nak dibandingkan dengan si pencakar 

Dah selesai habis yang si terbang, maka bakinya lebih mudah. Patut takde masalah nak habiskan

Pentas 7 #Bangunan Pangkalan musuh
Dah menceroboh masuk. Tempat ini berupa kilang pemprosesan, ada conveyor belt yang sentiasa bergerak menyukarkan lagi pertarungan. Kemudiannya, beralih ke dalam lif terbuka (tapi tak boleh baling musuh jatuh ke bawah. Perlawanan jadi susah kat sini. Oh ya, ada sub-boss Jet berterbangan di sini. Lif akan berhenti di beberapa tingkat, di mana akan menentang musuh banyak-banyak.
Akhirnya sampai di bumbung bangunan, yang mana wira akan bertembung dengan robot pertahanan berkembar Molecule & Particle.

Tips berlawan
Walaupun irama lagu boss, tapi jujurnya pertarungan lebih kepada menjengkelkan juga. Daya pukul robot tak kuat pun (umpama penjahat biasa) Tapi sangat merimaskan sebab robot ini lincah dan saling membantu sesama sendiri. Yang tak best sebab kita nak pukul tak dapat habis kombo asas (terganggu dek robot satu lagi atau robot tak seimbang dan jatuh)

Namun, secara umumnya, robot ini tidak begitu mengancam kalau ditangani betul-betul.

Nota - kalau main tahap kesukaran hardest, wira akan berhadapan dengan 4 robot sekali gus berbanding situasi biasa 2 robot sahaja
Pentas 8 akhir #Ibu Pejabat Musuh
Ekoran dari pentas lalu, wira akan sampai ke satu lobi mewah. Macam siri terdahulu, pentas terakhir sentiasa akan berhadapan dengan semua boss terdahulu. Dekat lobi sahaja ada robot Hydrogen & Oxygen (nama je lain, tapi masih sama Molecule & Particle). Lepas tu ada R.Bear si peninju pula.

Kemudian beralih ke dalam lif tertutup, lif akan berhenti tiga tingkat
  • 1 : Sekumpulan musuh yang diketuai oleh si pakar judo Barbon
  • 2:  Sekumpuluan musuh lagi, diiringi oleh si Pencakar Zamza
  • 3 : Lagi sekumpulan musuh dan diikuti oleh si Gusti Abadede
Akhir sekali sampai ke bilik Boss akhir. Tapi belum lawan lagi, ada orang kanan pula bernama Shiva.

Tips lawan Shiva 
Err, aku takde tips. Walaupun dia berseorangan (takde anak buah ganggu) tapi sangat susah boss ini. Dia pantas dan lincah. Set serangannya seolah-olah macam wira ada serangan kombo biasa, special attack dll. 

Nak apit memang takkan dapat (sebab dibalas special attack seperti gambar). Kalau bernasib baik, dapat pukul kombo asas pun, dia ada revenge value yang rendah (cepat balas serangan)

Tapi memandangkan pertarungan ini ialah kedua-terakhir, lawan je habis-habis, lambat laun kalah juga la dia akhirnya.. Atau siapa ada idea nak lawan mamat ini.. Dah habis tu, baru la lawan boss terakhir, Mr X

Tips pertarungan akhir
Mr X ini ada senjata machine gun. Tapi tak kuat pun, cuma pertarungan ini diiringi anak buah yang takkan habis. Jadi selalu teralih perhatian. Tapi secara umumnya, Mr X tak susah pun. 

Kalau menang tu, tahniah! Anda dah berjaya. Game ini best bila bermain sama-sama adik sebab boleh rapatkan hubungan melalui kerjasama. Dengan kawan-kawan pun boleh, tapi biasa kawan akan timbul persaingan sikit. Sementara adik-beradik, secara automatik abang rasa 'perlu' lindungi adik kalau kena buli..

--- celoteh luar topik game SOR2 --


Dalam trilogi game street of Rage 1-2-3, aku setuju kalau orang kata SOR2 paling best! Aku tak pasti apa penjelasan orang lain tapi secara peribadi;

#1 Banyak pertembungan dengan boss/sub-boss (Paling kurang 2 kali)
Dalam SOR2, sepanjang mengharungi pentas berikutnya, wira akan bertembung lagi dengan penjahat bertahap 'boss' lagi (tapi bukan sebagai boss utama). Tak la bosan sangat bertembung dengan samseng biasa. Dan juga, boleh balas balik atas pertempuran lalu kalau tak puas hati kena pukul sebelum ini..
"SOR1 ada ciri ini, jadi boleh kata seronok juga. sementara sayangnya SOR3 tak begitu"
#2 Mekanik pertarungan (damage)
Seperti yang dijelaskan atas tadi, sistem dalam SOR2 menyediakan lebih banyak variasi pukul berbanding SOR1. Membuatkan aku ingin cuba pelbagai teknik ketika menghadapi musuh (mungkin ada sebilangan pemain lebih suka main stereotaip/ gaya sama sahaja, tapi aku tak begitu). Oh ya, setiap teknik pukulan ada 'kekuatan yang pelbagai', jadi kena eksperimen juga untuk buat combo yang berkesan
"Teknik dalam SOR1 sangat asas dan terhad. namun kekuatan adalah standard game tersebut. Sementara mekanik pertarungan SOR3 pula paling maju dengan tambahan beberapa serangan hebat. Namun, sayangnya kekuatan pukulan asas dan diturun-taraf (dengan kata lain, damage tak sebanyak mana SOR2 walaupun combo yang sama)
#3 Masa Main (playtime) yang tak terlalu panjang
- SOR1 & SOR2 lebih kurang sama, secara purata untuk tamat main dalam 1jam 15 min
- SOR3 lebih lama, dekat 2 jam juga baru habis.

#4 Pentas (stage) yang pelbagai tema
Dalam SOR2, pentas bertempat di kepelbagaian latar; bandar, kapal, pantai, kilang, stadium, taman tema. Sementara latar dalam SOR1 & SOR3 lebih suram & bertemakan 'gelap' (shady).

---
Namun tak dapat dinafikan SOR2 juga mempunyai beberapa kekurangan tersendiri nak dibandingkan dengan siri SOR yang lain.
#1 Float / Lag / tak fleksibel ketika melakukan serangan combo. Kalau dalam SOR1, SOR3 sementara tengah pukul-pukul boleh tukar arah sasaran (depan-belakang).
#2 Irama muzik tak serancak SOR1. Tapi nampak masih cuba mengekalkan tema muzik asal
#3 Kesan bunyi (sound effect) adalah bertahap biasa. Kalau SOR3, kesan bunyi pukul lebih gempak dan puas hati.
#4 Senjata tak kekal di tangan bila apit (musuh), senang hilang apabila diperlukan. Dalam SOR2, senjata salah satu bantuan penting (lebih capaian, serta kekuatan pukulan lebih berbanding kombo biasa)

--- Pengumuman! ---
Dah kemas kini senarai game aku..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)