[JomBaca] Forensik Kewangan

Jom Baca! Yosh, nampaknya dah setara dengan sasaran sebulan sebuah buku! Sejak akhir-akhir ini masa rehat kerja tengah hari aku diisi dengan hobi baca buku. Jadi sehari dapat la juga 30 minit yang berkesan untuk fokus baca..
"Aiseh, selalu sangat baca buku motivasi [agama]. Kali ini tukar angin sikit.." 
Forensik Kewangan - Bagaimana langsai Hutang dan kumpul harta dengan pantas?


Penulis : Zaidi Ismail
[Nota - Penjelasan adalah dari kulit belakang buku] 
Dibesarkan di perkampungan setinggan di Petaling Jaya, merupakan seorang usahana, pelabur dan juga pengasa kepada UrusInsan, sebuah komuniti dalam talian yang celik kewangan dan fokus kepada pendidikan kewangan, urusuInsan emmpunayai lebih dua ribu (2000) ahli di serata dunia. Beliau banyak menghasikan video pendidikan kewangan melalui laman sesawang www.urusinsan.info 
Beliau bersara dari pekerjaan makan gaji seawal usia 32 tahun. Beliau kini akif dalam perniagaan berkaitan hartanah (menguruskan lebih dari 64 buah hartanah dengan lebih 370 penyewa), media baru dan pendidikan kewangan. Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau dalam bidang perniagaan, pemasaran, pelaburan dan kewangan melalui sesi 'coaching 1-on-1' dan 'analisa kewangan' beliau.
Penterjemah (jika ada) - tiada

Penerbit : Galeri Ilmu

Bil halaman/ muka surat : 203

Deskripsi (kulit belakang)

Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, buka kita yang mencari wang. Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram

Bias siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.

Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan,ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadikuat.

Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa danusia muda yang ada, Ambillah peluang ini sebelum mempunyai mempunyai bermacam-macam bentuk beban. Jika saya seorang yang dilahirkan miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan dapat merantau lebih 16 buah negara, memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuklah mengurus lebih 60 buahhartanah dan menjadi jutawan seawal 32 tahun tanpa diploma mahupun ijazah, maka sesiapa pun mampu melakukan lebih baik daripada saya. Setiap daripada kita mempunyai lima modal iaitu masa, tenaga, pengetahuan, emosi dan wang. Maka gunakan kesemua modal ini untuk menjadikan impian anda satu kenyataan. Insya-Allah

Markah (peribadi) : 4/5

Komen (peribadi)
بوکو اين منددهکن کڤنتيڠن مڠوروسکن کواڠن دݢن بيجقسان. سلڤس باچ بوکو اين، اکو مولا ڤکا اونتوق مڠوروسکن کواڠن اکو دڠن لبيه برهاتي٢. نامون، علمو اونتوق اوروس کواڠن بوکن سموده باچ سبواه بوکو ده سياڤ سديا. ڤرلوڽ برݢورو دان ممباچ لبيه باڽق کوڤسن علمو بيدڠ يڠ برکايتن 
Dalamnya terdapat banyak tips-tips tentang menguruskan kewangan. Antaranya yang menarik perhatian aku;
  • 'Rukun' kewangan
    • wajib: simpanan bulanan / simpanan kecemasan / sara hidup / pengangkutan / rumah untuk berlindung / perlindungan kesihatan / langsai hutang
    • sunat :melabur / berbelanja / memiliki kenderaan / memiliki hartanah / memiliki harta
    • makruh: berhutang untuk memiliki harta
    • haram : berhutang ikut nafsu
  • Penulis juga berkongsi beberapa senario (kes) krisis kewangan yang berlaku serta cadangan pembaikan yang diusulkan.
اکو اکوءي بيدڠ کواڠن سديکيت روميت اونتوق دهدمکن. جدي اکو لمبت تڠکڤ سيکيت چادڠن يڠ دأوصولکن. اکو ڤرلو اورڠ ترڠکن ساتو ڤرساتو جوݢ بارو داڤت فهم. جادي سڤرتي مان اکو چاکڤ، والاوڤون ده بلي بوکو کواڠن اين ماسيه ڤرلو برݢورو دڠن ڤيهق برتاولية جوݢ
----- dah keluar topik buku dah ---

Sementara itu, munculnya golongan pencabar atau membawang tentang usaha menyimpan duit. Kebetulan pula, keluar di media sosial masa-masa macam ni. Maka aku nak kongsi kat sini juga la..


Komen aku, terdapat perbahasan hebat tentang rasional di sebalik dua-dua belah pihak. Masing-masing mungkin mempunyai latar belakang dan sebab-musabab tersendiri.

Pihak pertama (sepertimana wakil penulis status twitter tersebut) menekankan
  • Tidak patut menyusahkan ibu bapa agar menanggung sara hidup sendiri (tambah-tambah kalau ada keluarga sendiri pula)
  • Supaya lebih bertanggungjawab dan berdikari menguruskan keperluan diri
  • Jangan ambil kesempatan
Sementara daripada sisi pihak yang lain (si penyimpan duit) pula, mungkin..
  • Mereka menganggap tinggal dengan ibu bapa asal lebih rapat silaturrahim (lagi-lagi kalau masih bujang dan belum berkahwin)
  • Mereka mempunyai masalah kewangan yang kita tak tahu (niatnya menyimpan untuk bayar balik hutang dll). Takkan nak meminjam kat orang, maunya panjang cerita
  • (dan banyak lagi babak/drama yang lain yang kita tak tahu)
تونتسڽ ستياڤ اورڠ بربيذا قيصه ماسيڠ٢،نية جوݢ تق سام انتارا ساتو سام لإين. ڤنتيڠڽ اد کومونيکاسي اݢر تق ساله فهم (اتاو ديام سهاج تق ڤايه نق هيبوه / سيار کات اورڠ لوار). جادي جاڠن ترلالو چڤت مڠحوکوم ڤولا سڤرتي واتق دأتس. 
--- Pengumuman ---
Aku dah kemaskini senarai buku JomBaca tahun ini. Jom tengok!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)