Jenis-jenis Diam
Macam biasa, aku dan isteri mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama melalui buku Permata Orang Yang Beriman (Jilid 1). Kali ini, sampai ke satu topik tentang berdiam diri.
Fokus - jenis-jenis diam
Terdapat beberapa penjelasan tentang jenis-jenis diam iaitu:
#1 Diam Bodoh
- iaitu diam kerana tidak tahu apa yang mesti diperkatakan. Hal ini disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan kurang pengertian atau lemah pemahaman dan beberapa alasan yang lain. Namun, diam ini jauh lebih baik dan selamat, berbanding dengan memaksa bercakap atau merasa tahu
#2 Diam malas
- Ia merupakan keburukan kerana diam ketika orang memerlukan percakapannya, namun enggan bercakap kerana tiada mood, malas atau tiada selera
#3 Diam sombong
- Ia termasuk diam negatif kerana diamnya disebabkan dia menganggap bahawa orang yang berbual dengannya tidak setaraf.
- Juga dikatakan diam orang jahat (kerana tujuan berdiam diri ialah untuk mencelakakan orang lain). Ketika diam ketika diperlukan memberi kesaksian.
#5 Diam marah - Diam seperti ini ada baik & buruknya.
Baiknya : jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang lebih mengeruhkan suasana.
Buruhknya : dia berniat bukan mencari penyelesaian tetapi menunjukkan kemarahannya sehingga diamnya ini juga boleh menambah masalah
#6 Diam utama
- diam ini adalah hasil dari pemikiran, renungan, dan niat yang membuahkan keyakinan. Berdiam diri akan mendapat maslahat (kepentingan) yang lebih besar berbanding bercakap
Terdapat beberapa hadith lain selain hadith *popular tentang berdiam diri.. (*rujuk entri aku yang pendiam). Aku kira, hadith ini sesuatu yang baru. Maka ingin aku abadikan dalam blog ini sebelum ilmu (buku) tersebut hilang entah ke mana..
Terdapat hadith lain yang menegaskan; Daripada Muaz bin Jabbal r.a bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
-------Terdapat satu kisah popular juga berkenaan kelebihan diam ----
Ibnu Ijlan daripada Said al-Maqburi daripada Abu Hurairah r.a berkata;
Ada seorang datang memaki Abu Bakar al-Siddiq r.a sedangkan ketika itu Rasulullah ﷺ duduk bersamanya, maka Rasulullah ﷺ diam, begitu juga Abu Bakar r.a diam. Kemudian ketika orang itu diam, Abu Bakar membalasnya maka segera Rasulullah ﷺ bangun dari tempatnya lantas dikejar oleh Abu Bakar r.a sambil bertanya..
Fokus - jenis-jenis diam
Terdapat beberapa penjelasan tentang jenis-jenis diam iaitu:
#1 Diam Bodoh
- iaitu diam kerana tidak tahu apa yang mesti diperkatakan. Hal ini disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan kurang pengertian atau lemah pemahaman dan beberapa alasan yang lain. Namun, diam ini jauh lebih baik dan selamat, berbanding dengan memaksa bercakap atau merasa tahu
#2 Diam malas
- Ia merupakan keburukan kerana diam ketika orang memerlukan percakapannya, namun enggan bercakap kerana tiada mood, malas atau tiada selera
#3 Diam sombong
- Ia termasuk diam negatif kerana diamnya disebabkan dia menganggap bahawa orang yang berbual dengannya tidak setaraf.
"I won't talk to you until you call me Dato..."#4 Diam Khianat
- Juga dikatakan diam orang jahat (kerana tujuan berdiam diri ialah untuk mencelakakan orang lain). Ketika diam ketika diperlukan memberi kesaksian.
#5 Diam marah - Diam seperti ini ada baik & buruknya.
Baiknya : jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang lebih mengeruhkan suasana.
Buruhknya : dia berniat bukan mencari penyelesaian tetapi menunjukkan kemarahannya sehingga diamnya ini juga boleh menambah masalah
#6 Diam utama
- diam ini adalah hasil dari pemikiran, renungan, dan niat yang membuahkan keyakinan. Berdiam diri akan mendapat maslahat (kepentingan) yang lebih besar berbanding bercakap
--------
Daripada Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
الصَّمتُ حِکْمَةٌ، وَ قَلِيلٌ فَاعِلَهُ
"Sifat diam itu merupakan hikmat dan sedikit yang dapat melakukannya" (Riwayat al-Baihaqi di dalam kitab Syuab al-Iman dengan sanad yang dhaif (4/1795) dan disahihkan oleh al-Hakim (2/458) bahawa hadith ini mauquf dari kata Luqman al-Hakim. Dipersetujui oleh Imam al-Zahabi. Syeikh al-Abini mendhaifkannya dalam kita kitab Dhaif al-Jami' (355)NOTA - hadith ini walaupun bertaraf dhaif, namun beramal dengan hadith dhaif bukan perkara mungkar (sila baca pautan berikut --> [Wordpress] Khairummah77 - Hukum beramal Hadith Dhaif
----------
إِنَّکَ لَنْ تَزَالَ سَالِمًا مَا سَکَتَّ. فَإِذَا تَکَلَّمْتَ کُتِبَ لَکَ أَوْ عَلَيْکَ
Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atau ke atas engkau (yang baik atau yang jahatnya) (Riwayat al-Haithami 10/303 dan al-Albani menyebutnya dalam sahih al-Taghrib 2866)
aku minat karya Amir Mustaqim ni |
Ada seorang datang memaki Abu Bakar al-Siddiq r.a sedangkan ketika itu Rasulullah ﷺ duduk bersamanya, maka Rasulullah ﷺ diam, begitu juga Abu Bakar r.a diam. Kemudian ketika orang itu diam, Abu Bakar membalasnya maka segera Rasulullah ﷺ bangun dari tempatnya lantas dikejar oleh Abu Bakar r.a sambil bertanya..
"Ya Rasulullah ﷺ, dia memaki saya dan engkau diam. Ketika itu saya lantas membalas, engkau bangun dan pergi??"Jawab Rasulullah ﷺ
"Sesungguhnya Malaikat telah mengambil semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, dan ketika engkau menjawab caciannya, maka pergilah malaikat itu dan duduk syaitan, kerana itu saya tidak suka duduk di tempat yang ada syaitan.."
Ulasan