[JomBaca] Permata Buat Orang Yang Beriman (Jilid 1)

Bismillah. Ini adalah penulisan ulasan tentang buku bersempena kempen diri JomBaca
"Dah tinggal 2 bulan lebih lagi nak habis tahun ini (2019), agaknya sempat tak nak capai sasaran azam tahun ini? Kena berusaha kuat lagi"
Buku kali ini ialah buku kelapan tahun ini..

Permata Buat Orang Yang Beriman [Jilid 1]

Penulis : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kelahiran Terengganu dan mula mendapat pendidikan di negerinya sendiri. Kemudian menyambung pelajaran di Universiti Islam Madinah, seterusnya di Universiti Ulum Al-Islamiah Wa Al-A'rabiah,Syria. Menyelesaikan PhD di USM dalam bidang fatwa. Banyak menghasilkan karya ilmiah dan juga giat menyampaikan pengajaran dan ceramah - pengenalan dari kulit belakang
Penerbit : Pustaka Cahaya Kasturi
Bil muka surat : 510 
Deskripsi (kulit belakang)
  • Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam konteks kehidupan
  • Mengemukakan hadith-hadith pilihan yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan keadaan masa kini bagi memantapan kefahaman pembaca
  • Gaya bahasa yang informatif, dinamik dan cukup difahami beserta dimuatkan kisah-kisah teladan bagi dijadikan panduan hidup
  • Setiap tajuk dihuraikan secara Ringkas dan mudah difahami
Markah (peribadi) - 3.5/5

Komen (peribadi)
Kandungan buku ini adalah hadith nasihat tentang adab/ akhlak mahmudah dan mazmumah. Untuk jilid 1, terdiri dari 101 topik (purata setiap satunya 4-6 halaman, terbahagi kepada hadith, penjelasan dan kisah teladan sisipan). Aku selalu gunakan buku ini untuk sesi tazkirah bersama isteri (iaitu, aku baca perihal hadith dan penjelasan, sementara isteri baca sisipan kisah teladan) satu topik sehari.
Namun, dalam 101 hadith yang tersenarai, lebih kurang 15% darinya adalah kategori hadith dhaif. Ada apa dengan hadith dhaif?? Bacaan tentang hukum hadith dhaif boleh rujuk sini -> Hadith Dhaif [Artikel dari khairuummah77.wordpress]  Kena berpada-pada, sekiranya ingin berhujah dengan hadith dhaif atau beramal dengannya. Perlu lebih sokongan dengan hadith yang lebih kuat. Setidaknya, dengan buku ini buat kita peka tentang tahap sesuatu hadith dan membuat lebih rujukan tentangnya. 
Namun, ia tetap satu buku yang bermanfaat dan sesuai digunakan untuk sesi bersama keluarga. Ia juga mempunyai kisah teladan yang menarik (seperti mana aku pernah kongsikan dalam entri Ujian nikmat buat 3 orang Bani Israil)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)