Doa Perpisahan versi Petugas Klinik
Memang lumrah di alam pekerjaan, yang mana ada masa-masa petugas akan dipindahkan ke tempat kerja baru. Jadi begitulah yang berlaku di klinik aku sekarang ini. Semalam dimaklumkan bahawa 2 orang petugas akan berpindah ke tempat baru. Watak yang terlibat ada 2 orang iaitu seorang staf makmal dan seorang lagi pegawai perubatan (bahasa mudahnya ialah doktor). Jadi pihak pengurusan klinik mengadakan perpisahan. Sedang majlis ingin dimulakan, datang seorang bertanya agar aku mengetuai bacaan doa..
sumber rujukan [Artikel dari Azhan.co] Doa Perpisahan dan Pertukaran Guru
Ya Allah,
Jadikan perhimpunan ini sebagai perhimpunan yang dirahmati.
Dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang terpelihara,
Dan janganlah ada di kalangan kami yang mendapat kecelakaan atau terbuang atau terhalang dari mendapat hidayah dan rahmatMu
Kurniakanlah kami kebaikan dengan berkat keagungan ZatMu yang Maha Mulia, wahai tuhan pentadbir sekalian alam
Ya Allah,
Bukakanlah pintu hati kami dengan pancaran iman,
sanubari kami patuh & taat kepada ajaran nabi akhir zaman
penuhilah akal fikiran kami dengan ilmu pengetahuan
Jiwa rohani kami dengan ketaqwaan
Suburkanlah hati kami dengan perasaan cintakan ilmu
Bimbinglah kami agar menjadi insan yang berakhlak mulia
sinarilah hidup kami dengan sinaran hidayahmu agar kami tergolong dalam orang-orang yang soleh
Ya Allah,
Kami memohon kepada Engkau bagi melakukan pekerjaaan yang dapat mendekatkan diri kepadaMu
Ya Allah, Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan engkau, wahai tuhan yang maha gagah lagi maha perkasa
Ya Allah,
Bersempena dengan pertukaran ................
kami memohon kepadamu agar Engkau limpahkan rahmat kepada beliau dan keluarga beliau
Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang telah beliau curahkan kepada kami sepanjang perkhidmatan beliau di klinik ini
Justeru itu, Ya Allah.
kepada Engkau kami berserah untuk memberi sebaik-baik balasan & ganjaran kepadanya
Kekalkanlah hari-hari kehidupan beliau dengan kemurahan rezeki, kesihatan yang berpanjangan dan mendapat pemeliharaanMu.
Serta kami memohon agar beliau diberikan kekuatan & kesabaran untuk menghadapi cabaran di tempat kerja baru
Ya Allah,
kami juga menadah tangan untuk memohon ampun atas segala dosa-dosa kami, ibu bapa kami serta seluruh muslimin dan muslimat sama ada yand masih hidup atau yang sudah pergi
Ya Allah, berikanlah kepada kami akan kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan jauhkanlah dari azab api neraka. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad s.a.w dan ahli keluarga baginda.
Segala puji Allah Tuhan sekalian alam.
Ini bukan kali pertama kena suruh baca doa sebenarnya.. Dulu pun pernah terjadi hal yang sama. Walaupun staf yang diraikan tersebut terkadangnya bukan Muslim, tapi ada juga acara doa ^-^!Jadi kali ini adalah kali yang kedua, jadi aku rasa eloknya aku tulis blog tentang doa ini supaya senang nak rujuk lain kali kalau ada lagi..

Ulasan