[JomBaca] Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril

Masa dah kian suntuk sebelum tamat tahun ini.. Dah tinggal lebih kurang 70 hari lagi, sebelum tamat tahun 2019.
Salah satu dari azam tahun 2019 aku ialah baca buku, kira-kira sebulan sebuah buku (bersamaan 12 buah buku sepatutnya la ^-^!). Setakat ini, dah sampai 8 buah, maka ada 4 buah lagi yang kena rajinkan diri baca..
hadiah bersempena hari lahir ^-^ terima kasih wahai sahabat
Ekoran dari perbualan antara aku dan seorang sahabat lama (entri Jalan Menuju Hafaz), rupanya dia nak hadiahkan aku sebuah buku bacaan.

Tapi aku telah lalai dari budaya membaca, sehinggalah bulan ini, baru aku terlintas untuk mula menelaah buku ini.

Jom Baca! Buku kesembilan (9) tahun ini (2019)


Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril

Penulis : Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
Penterjemah (jika ada) : tiada
Penerbit : PTS Publishing House
Bil halaman/ muka surat : 166

Deskripsi (kulit belakang)
Dinamakan kaedah jibril dengan nama Malaikat Penghantar Wahyu iaitu Malaikat Jibril. Tujuannya supaya kita dapat mengenang kembali bagaimana Rasulullah s.a.w menerima Al-Quran daripada Malaikat Jibril
Markah (peribadi) : 5/5

Komen (peribadi)
Aku baru saja menyelak halaman bahagian Prakata, dan aku sangat tertarik dengan beberapa Tanya Diri berikut;
  • Adakah kita seorang yang suka membaca Al-Quran?
  • Ketika mengikuti solat Subuh berjemaah pada pagi Jumaat, pernahkan terlintas dalam fikiran kita suatu hari nanti kita akan menjadi imam dan membaca surah As-Sajadah dan Surah Al-Insan dengan fasih? 
  • Adakah kita peminat setia rancangan siaran langsung Solat Tarawikh 30 Juzuk dari Makkah?
  • Pernahkah terdetik dalam hati kita untuk cuba menghafal surah Yassin yang sudah dibaca beratus kali itu?
  • Adakah kita begitu menikmati bacaan Al-Quran dari kaset, CD, radio, dan berkhayal bahawa suatu hari nanti kita dapat mengikuti bacaannya tanpa memandang Al-Quran?
  • Sekiranya kita seorang ibu ataupun bapa, adakah kita berharap supaya soerang daripada anak kita menjadi hafiz ataupun hafizah? <-- secara peribadi aku tak berapa selesa tentang pernyataan ini
  • Tanpa memandang latar belakang pelajaran, umur, dan pekerjaan, pernahkah kita membaca Al-Quran sambil terfikir, "Sekiranya saya dapat menghafal kesemuanya dengan lancar seperti Rasulullah s.a.w, alangkah bahagianya hidup saya" 

Jadi buku ini mengupas beberapa persoalan penting:


---Mengapa Kita Perlu Menghafal Al-Quran? ---
Buku ini menjelaskan ada 7 sebab kenapa, antaranya yang lebih menambah motivasi aku ialah

#1 Melaksanakan Sunnah Rasulullah s.a.w (iaitu menghafaz Al-Quran pada usia dewasa)
Dewasa ini, ramai hanya lepas tangan dan serahkan tugas menghafal pada anak-anak. Sementara anak-anak terpaksa memikul tanggungjawab berat, ibu bapa pula bersantai selesa sambil amalan masih di takuk lama. (sebab itu aku tak selesa dengan tanya diri atas tadi)
سباءيق-باءيقن ڤيکول تڠݢوڠجواب برسام-سام لا بارو هرموني. چوبا چونتوه ڤارا نبي دان صحابة٢، ماسيڠ٢ نق حافظ سنديري. تق اد سوروه انق٢. بهکن سموا کلوارݢ دان صحابة بوکن برمولا داري عمور يڠ مودا ڤون.. اڤ السن لاݢي؟
#2, #3, #4 (sila baca sendiri untuk lanjutan :p)

#5 Membantu Allah s.w.t memelihara dan mengekalkan Al-Quran
ڤرنه تربايڠ تق؛ اومت زمان کيت ساڠت برنصيب باءيق سبب برڤلواڠ دڤرکنلکن دڠن القرءان اتس هاصيل اوسها ڤنوليسن دان ڤمبوکوان القرءان. دان سياڤ يڠ منوليسکن القرءان ترسبوت؟ تنتوله ڤارا حفاظ تردهولو. مريک تله برجاي مواريسکن القرءان کڤد کيت. جادي باݢايمان تڠݢوڠجواب کيت کڤد ݢنراسي ستروسڽ ڤولا؟ کالاو سموا القرءان دڤلسوکن اوليه موسوه، سياڤکه يڠ داڤت مڠسهکن ايسي کندوڠن اصل القرءان کالاو بوکن کيت؟؟
#6, #7 (pun sila baca sendiri :p)

Teknik menghafal yang dicadangkan pula ialah ada tiga
  1. Tiga baris ayat Al-Quran sahaja sehari
  2. khas masa 30 minit untuk menghafal (paling ideal sebelum subuh sebab jauh dari gangguan)
  3. Ulang 3 kali sekitar waktu solat
Rasional penamaan kaedah Jibril dikaitkan dengan peristiwa kali pertama Rasulullah s.a.w mendapat wahyu daripada Malaikat Jibril di Gua Hira', iaitu malaikat Jibril memeluk kuat Baginda sambil menyampaikan wahyu "Bacalah" sebanyak 3 kali sebelum mengajarkan wahyu penuh..
Teknik lanjutan pula ada 3 pendekatan
  1. Hafal selama 5 hari sahaja dalam seminggu ( 5 hari x 3 baris = 15 baris = 1 halaman)
  2. Baki 2 hari (hari minggu) adalah ulangkaji hafalan
  3. Sebulan (4 minggu) boleh dapat 4 halaman
----- Oh ya, aku baru tahu tentang 10 Surah Popular yang bagus dihafal -----

#1 Surah Yasin (status - pernah hafal masa sekolah 2005 tapi sekarang terpendam)
Surah Yasin adalah jantung Al-Quran, sesiapa yang membacanya kerana inginkan keredhaan Allah s.w.t, maka sudah pastinya akan diampunkan segala dosanya - HR Ahmad dan At-Tabrani
#2 Surah As-Sajadah (status - pernah hafal masa sekolah 2003 tapi sekarang terpendam)
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, "Sesungguhnya Nabi s.a.w membaca pada solat Subuh pada hari Jumaat [surah As-sajadah] dan [surah Al-Insan] - HR Al-Bukhari & Muslim
#3 Surah Al-Insan (status - dah hafal Ogos 2019)
#4 Surah Al-Mulk (status - belum hafal)
Sesiapa yang membaca Tabarokallazi.. [surah Al-Mulk] pada setiap malam, Allah s.w.t akan menjauhkannya daripada azab kubur - HR An-Nasa'ie
#5 Surah Ar-Rahman (status - belum hafal)
#6 Surah Al-Muzammil (status - belum hafal >_<! Kalau ikut rancangan patutnya November 2019)
#7 Surah Al-Jumu'ah (status - pernah hafal masa sekolah 2005 tapi sekarang terpendam)
#8 Surah Al-Qiyamah (status - dah hafal September 2019)
#9 Surah Al-Waqi'ah (status - belum hafal)
#10 Surah Ad-Dukhan (status - belum hafal)
Termasuk dalam surah wajib bagi sesiapa yang ingin mengamalkan solat Taqwiyatul Hifzi (solat sunat penguat hafalan)

--- Solat Taqwiyatul Hifzi [Bersumber HR Imam At-Tirmizi]---

Pernah pada suatu hari Saidina Ali r.a mengadu kepada Rasulullah s.a.w perihal hafalan Al-Quran beliau agak lemah dan sering lupa. Lalu Rasulullah s.a.w menyarankan beliau bagi mengamalkan solat sunat empat rakaat. 
  • Rakaat pertama selepas Al-Fatihah dibaca surah Yasin
  • Rakaat kedua surah Ad-Dukhan
  • Rakaat ketiga surah As-Sajadah
  • Rakaat Keempat surah Al-Mulk
Apabila selesai solat, beliau diajar supaya membaca doa khusus. Ternyata selepas mengamalkannya, ingatan beliau menjadi kuat..

----------

Seterusnya buku ini menjelaskan beberapa tentang FAQ Kaedah Jibril dan jawapannya. Dan tambah lagi, kepada yang berminat serius, juga diperkenalkan teknik lanjutan advance untuk mencapai hafaz pula lebih cepat.. 
ان شاء الله بوليه دترڤکن دالم اوسها منوجو حافظ، اوسها يڠ سکارڠ اين والاوڤون ڤرلاهن، تاڤي ستاکت اين برکمبڠ باءيق..
--- Kesimpulannya ---

Buku ini sangat aku cadangkan kepada kawan-kawan Muslim / Muslimat aku. Jom sama-sama jalan menuju Hafaz. Jangan terlalu selesa dengan setakat surah Lazim lepas itu berharap syurga Allah bersama-sama nabi. Sedangkan para ahli keluarga & sahabat nabi masing-masing nak hafal sendiri (takdenya mereka berharap mereka geng atau keluarga nabi maka bergantung pada Nabi sahaja sebagai harapan penyelamat mereka). Hentikan pemikiran untuk berbantung pada orang untuk selamatkan kita. Apa kata sendiri jadi kuat.. Jom kita..

----
Nota Pengumuman
Begitulah halnya tentang buku ke-9 aku bagi tahun ini, bacaan buku yang lain boleh semak laman (page) JOM BACA!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)