[JomBaca] Henshin X
JOM BACA! Kena kejar sasaran sebulan sebuah buku. Alhamdulillah buku yang kesepuluh (10) ini sangat menarik dan buat aku tak lepas buku. 3 hari luang masa dah habis..
Penerbit : AQADA International Sdn Bhd
Bil halaman/ muka surat : 373 (ringkas)
Alamak tebalnya? Tapi nukilan yang dituliskan TIDAK padat dalam muka surat, jadi cepat je selak-selak ke muka seterusnya..
KENAPA SUSAH NAK ISTIQAMAH DALAM HIJRAH?
Fokus buku ini ialah untuk membantu anda berhijrah dengan 10 langkah meninggalkan jahiliah dengan istiqamah, lillah
#HenshinX
#FromJahiliahToJannah
Jom tengok senarai buku yang lain pula --> JOM BACA. Semoga bermanfaat
#HenshinX - 10 Langkah Efektif Hijrah From Jahiliah to Jannah (Edisi Istimewa, Kompilasi Terbaik #Henshin)
---Penulis : Aiman Banna ---
Siapa Aiman Banna? Kali pertama aku kenal nama ini. Kebetulan dalam buku ini ada biodata penulis, jom aku perkenalkan pada semua.."Mujahid Aiman, yang juga dikenali sebagai Aiman Banna, Ustaz Minho dll. Bergiat aktif sebagai pendakwah di Malaysia, Indonesia dan negara lainyang fokus kepada Empowering Youth of Islam' melalui pelbagai uslub seperti cerama, penulisan buku, penerbitan komik, coaching, video kreatif. Karya penulisan yang terkenal ialah #Henshin From Jahiliah to Jannah, novel Suamiku Dajjal dan lain-lain.. Boleh lihat laman profil [Facebook] Aiman Banna"
Penterjemah (jika ada) - tiada
Penerbit : AQADA International Sdn Bhd
Bil halaman/ muka surat : 373 (ringkas)
Alamak tebalnya? Tapi nukilan yang dituliskan TIDAK padat dalam muka surat, jadi cepat je selak-selak ke muka seterusnya..
---Deskripsi (kulit belakang)---
KENAPA SUSAH NAK ISTIQAMAH DALAM HIJRAH?
Fokus buku ini ialah untuk membantu anda berhijrah dengan 10 langkah meninggalkan jahiliah dengan istiqamah, lillah
#HenshinX
#FromJahiliahToJannah
--- Komen (peribadi) ---
Walaupun buku nampak tebal sebab banyak muka surat, tapi ada beberapa pendekatan yang ditunjukkan membuatkankan aku tak lepas buku ini..
Buku ini dimulai prolog adalah berupa komik nasihat yang sederhana panjang (ada la dalam 105 halaman). Aku rasa komik ini adalah pengalaman penulis sendiri.
"Jujur cakap, sedang aku belek-belek buku di kedai buku, faktor ini buat aku tertarik untuk beli. (oh ya - aku suka singgah kedai buku kalau keluar mana-mana: entri hobi ketika outing)#2 Bahagian lain - lebih santai dan kurang formal
Dah habis bahagian komik, saki-baki buku ini lebih nukilan / penulisan macam biasa. Tapi gaya bahasa yang disampaikan lebih santai & kurang formal. Jadi ada unsur bahasa rojak, dialek tempatan tertentu (utara / terengganu pun ada). Seolah-olah sedang bersembang kopi dengan penulis sahaja.
"سلالو ترفيکير بتاڤ دالم اوروسن رسمي، سهاروسڽ ݢونا بهاس فورمل، تق کيرا سام اد دالم ڤنوليسن / ڤنربيتن بوکو سکالي ڤون. جادي بيلا جومڤا باين باچاءن دڠن بهاس يڠ کورڠ فورمل، اکو راس کيکوک سديکيت. سأوله٢ اينستيتوسي بهاس کبڠسأن تق تاڤيس باهن باچأن. تاڤي بيلا دفيکيرکن لاݢي، شاريکت ڤنربيت تق ترتقلوق د باوه ڤڠاوسن کراجأن کوت.. همم.."
#3 Serta sisipan dalil berkesan
Walau sembang santai sekali pun, tapi bukan sembang kosong! Ada dalil sisipan sebagai sokongan fakta yang diberi.
#4 Ada ilmu baru yang aku tak tahu lagi..
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (Surah Al-Kahfi 18:109)
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena (pen), dan segala lautan menjadi tinta (dakwat untuk menulis), dengan dibantu lagi tujuh lautan sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Surah Luqman 31:27)" - ada aku tulis dalam entri rendah diri siri 3
Mestilah, ilmu Allah itu luas! Setiap buku ternyata menyampaikan ilmu baru yang berbeza.
Nota - kalau perasan senarai buku yang aku baca lebih kepada bersifat motivasi+agama, jadi semestinya banyak dalil-dalil yang kerap didengari macam;
2:216 Allah lebih tahu apa yang terbaik
2:286 Allah tak memberati seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan
3:139 Jangan berasa lemah
dan banyak lagi (seperti mana senarai dalam laman Nasihat)
Jadi dalam buku kali ini terdapat pertambahan ilmu yang aku belum tahu, jadi aku nak kongsikan dalam entri kali ini.. iaitu berupa hadith Qudsi. Tapi eloknya aku cari versi penuh..
2:216 Allah lebih tahu apa yang terbaik
2:286 Allah tak memberati seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan
3:139 Jangan berasa lemah
dan banyak lagi (seperti mana senarai dalam laman Nasihat)
Jadi dalam buku kali ini terdapat pertambahan ilmu yang aku belum tahu, jadi aku nak kongsikan dalam entri kali ini.. iaitu berupa hadith Qudsi. Tapi eloknya aku cari versi penuh..
Nota - Pewarnaan ayat-ayat dalam hadith berikut, aku suaikan ayat arab dengan terjemahan bahasa Melayu, supaya nampak ayat Arab yang mana adalah tentang apa..
--- rujukan semula dari laman web Pejabat Mufti WP --
Daripada Abu Zar al-Ghifariy RA daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang Baginda riwayatkan daripada Allah SWT bahawa Allah SWT berfirman:
يَا عِبَادِي: إنِّي حَرَّمْت الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْته بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا؛ فَلَا تَظَالَمُوا. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ ضَالٌّ إلَّا مَنْ هَدَيْته، فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ جَائِعٌ إلَّا مَنْ أَطْعَمْته، فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ عَارٍ إلَّا مَنْ كَسَوْته، فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا؛ فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّونِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ، فَسَأَلُونِي، فَأَعْطَيْت كُلَّ وَاحِدٍ مَسْأَلَته، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ. يَا عِبَادِي! إنَّمَا هِيَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ، ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إيَّاهَا؛ فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ، وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلَا يَلُومَن إلَّا نَفْسَهُ.
Maksudnya: “Wahai hamba-Ku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah mengharamkan kezaliman antara kamu, maka janganlah kamu saling melakukan kezaliman. Wahai hamba-Ku kamu semua adalah sesat kecuali sesiapa yang Aku beri petunjuk, maka mintalah petunjuk kepada-Ku nescaya Aku akan memberikan kamu petunjuk.
Wahai hamba-Ku, kamu semua berada dalam kelaparan kecuali sesiapa yang aku berikan kepadanya makanan, maka mintalah makanan kepada-Ku nescaya Aku berikan kamu makanan. Wahai hamba-Ku, kamu semua adalah telanjang kecuali sesiapa yang aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya Aku berikan kamu pakaian. Wahai hamba-Ku kamu semua melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang hari dan Aku mengampuni dosa semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni.
Wahai hamba-Ku sesungguhnya tidak ada mudharat yang dapat kamu lakukan kepada-Ku sebagaimana tidak ada manfaat yang dapat kamu beri kepada-Ku. Wahai hamba-Ku seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripada kalangan manusia dan jin berada dalam keadaan paling bertakwa dalam kalangan kamu, nescaya hal tersebut tidak menambah pada kerajaan-Ku sedikitpun.
Wahai hamba-Ku seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripada kalangan manusia dan jin berada dalam keadaan paling jahat dalam kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurangi daripada kerajaan-Ku sedikitpun. Wahai hamba-Ku, seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripada kalangan manusia dan jin berdiri di sebuah bukit lalu kamu meminta kepada-Ku, lalu setiap orang yang meminta Aku penuhi, nescaya hal itu tidak mengurangi apa yang ada pada-Ku kecuali bagaikan sebilah jarum yang dicelup di dalam laut. Wahai hamba-Ku, sesungguhnya semua perbuatan kamu akan diperhitungkan untuk kamu kemudian diberi balasannya. Siapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah SWT dan siapa yang mendapat selain daripada itu janganlah dia mencela kecuali dirinya sendiri".
---[Riwayat Muslim, no. Hadith 2577]---
"Hadith Qudsi ini buat aku teringat akan satu kisah tentang "Tukang Gunting Rambut yang tak percaya pada Tuhan". Nanti aku cari balik dan kongsikan.. Tapi sebab dah ada versi hadith, perlu ke pada sumber yang lain??"Hadith ini panjang dan banyak nasihat tapi bersempena dengan isi buku tersebut ditekankan nasihat tentang:
- Hidayah itu sebenarnya perlu dicari & diminta (bukan ditunggu-tunggu datang)
- Meskipun kita semua manusia pendosa, tapi Allah suruh agar kita sentiasa minta ampun
Sesungguhnya kita ini hanya hamba Allah yang hina dan serba kekurangan. Maka sebenarnya kita kena minta apa saja perkara kepada Allah
سسوڠݢوهڽ کيت اين هاڽ همبا الله يڠ هينا دان سربا ککورڠن. ماک سبرڽ ميمڠ کيت کنا مينتا اڤ سهاج کڤد الله تق کيرا اڤ: ڤاکاين، ماکنن، امڤون دوسا، هداية. دان حقيقتن الله تق ترججس ساتو ڤون لڤس تونايکن ڤرمينتاءن کيتڽ
Ada banyak lagi mesej nasihat. 10 langkah ke arah hijrah aku taknak cemarkan dalam ini. Siapa berminat, jemputlah baca. Sangat berbaloi ada buku ini.
---Ulas buku Tamat di sini---
Jom tengok senarai buku yang lain pula --> JOM BACA. Semoga bermanfaat
Ulasan