Rendah diri (siri 3)

Eh?? eh?? Sejak bila pula dah sampai siri ketiga ni?? Sekadar untuk ingatan semula, entri sebelum ni adalah..
  • siri 1 - rendah diri dari aspek sikap (ie terhadap junior)
  • siri 2 - rendah diri dari aspek penampilan (ie pakaian, kenderaan dsb)
Maka siri ketiga pula adalah berkenaan.. hmm, baca je la sendiri...

[CHUP! iklan kejap - koleksi nasihat aku dah kumpul dalam satu laman (page) ini --Nasihat]

--------------------------------------

Ketika bertugas oncall di wad pada suatu hari, seorang rakan kerja bertanya kepadaku..
"Kau ni *jonah tak?" (entri yang berkaitan dilema jonah vs solat jumaat)
"Hm, tak tau la nak cakap.. ^-^! (wallahu a'lam).. setakat ni, banyak kali aman dari jonah kot.."  
"Ye? Bagus la macam tu. kalau aku, aku pun anti-Jonah. kau tau si X tu jonah gila. Satu langkah je masuk wad ni, terus macam-macam hal jadinya; patient unstable la, banyak admission la.. susahnya~" 
Namun pada malam tu, wad kami ditakdirkan jonah dengan aneka peristiwa ^-^! Tu la, memandai-mandai lagi buat anggapan diri tak jonah dan sebagainya.. Astagfirullah..

Fokus - Allah Maha Kuasa
Seperti tajuk fokus, babak tadi tu cuba menyampaikan idea betapa Allah Maha Kuasa akan segala sesuatu. pada saat kita menganggap diri sebagai anti-Jonah (dengan yakinnya), maka bila-bila masa je Allah boleh memperlihatkan kekuasaanNya (serta kekurangan kita mematahkan keyakinan tersebut)..

Contoh lain yang lebih mudah untuk muhasabah adalah berkenaan ilmu dan kebijaksanaan. Aku percaya ketika di sekolah dulu pasti adanya adegan yang mana kita berasa sangat yakin dengan kebolehan kita. Jom aku kongsikan sedutan video 3 minit ni (terima kasih kepada JinnyBoy kerana video bermesej yang menarik ni ^-^!)



Spoiler alert! - klip video ni memaparkan seorang pelajar asing (orang putih) yang akan menghadapi peperiksaan English pada esok hari, tapi dia asyik bermain video game dan tak studi. Dia beralasan bahawa topik peperiksaan tersebut adalah topik mudah (kerana English adalah sebahagian dari perbualan hariannya). Akhirnya, ditakdirkan dia juga menghadapi kesulitan untuk menjawab soalan peperiksaan (yang awalnya dianggap mudah)

Aku nak tekankan bahawa perkara sebegini adalah lebih kepada konsep keyakinan (atau keimanan) kita. Tentulah, ada masa-masanya kita sudah arif tentang sesuatu ilmu / perkara, namun hendaklah kita terapkan dalam diri akan keimanan bahawa;
  • Ilmu Allah ni lebih banyak dan meluas di luar jangkaan kita. Seperti mana firman Allah:
gambaran 'pen' dan 'dakwat' untuk menulis ilmu Allah
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena (pen), dan segala lautan menjadi tinta (dakwat untuk menulis), dengan dibantu lagi tujuh lautan sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Surah Luqman 31:27)

  • Hanya Allah s.w.t mempunyai hak bermegah-megahan dan kesombongan. Walau sepandai mana seseorang itu sekalipun, hendaklah dia merendah diri (maksudnya orang tu tak layak nak membuat sesuatu anggapan "aku dah pandai", "aku paling hebat", "aku tak jonah", kelak Allah bila-bila je boleh tunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya (iaitu sekadar hamba Allah yang lemah dan sering dalam kesilapan dalam tanggapan tersebut)) . Dan tentulah, tak boleh sombong / berlagak kepada makhluk lain juga sebab demikian hanyalah sebahagian dari ujian Allah..

Some other stream of thought
"Jangan terlalu bangga dengan kelebihan diri, kerana itu adalah milik Allah, sebaliknya ber*banggalah dengan kelemahan diri kerana itu adalah milik kita" - entri rendah diri
Nota - *macam susah pula nak faham kenapa nak bangga pada kekurangan pula.. oleh itu aku mengajak agar faham sebegini --> kita berbangga kerana diberikan kekurangan sekadar yang tersebut sahaja (kalau nak dibandingkan orang lain, mereka mungkin lebih banyak kekurangan lain lagi)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)