Ketika dalam perjalanan pulang hari
(tarikh entri) ni, sesak pula di
MRR2 >_<! memang
peak hour sedemikian. Jadi aku pun mencelah ke satu lorong jalan pintas untuk ke rumah. Ketika melalui lorong tersebut, aku berjumpa semula dengan taski
(tadika) aku satu masa dulu..
|
Taski Abim bermulanya sejarah pendidikan aku seawal 1993/1994 |
Melihatkan persekitaran taski ni, membuat aku mengimbau sejarah permulaan aku bersekolah seawal tahun 1993
(aku berumur 5 tahun masa ni). Tentulah, aku di Miri juga dah pergi taska
(seperti mana disebutkan dalam entri memori terawal) tapi aku memang dah tak ingat apa-apa pun.. Jadi boleh kata, memori persekolahan aku bermula dari
timeline ini je..
"Ran nak pergi sekolah (tadika) tak? Kat sekolah nanti boleh belajar benda baru...cikgu pun baik-baik. Belajar sikit-sikit, lepas tu boleh main dan lepas tu balik la.." - ajak Ayah aku suatu masa dulu
"Ye ke? Nak, nak!!"
Begitulah aku dipancing untuk ke sekolah dengan begitu mudah sekali. Sebabnya aku memang percaya 'boleh main kat sekolah'. Seronoknya!! ^-^! masa tu memang betul la; Sebelum pulang adanya sesi main dalam jadual aku setiap hari.. Tapi naifnya aku memikirkan dunia persekolahan begitu indah sepanjang masa..
|
dialog ni memberi suatu impresi tentang hakikat bersekolah kan? ^-^! |
Sungguhpun demikian, aku tak menyesal mengambil peluang untuk bersekolah pun. Setiap hari adanya ilmu dan pengalaman baru yang boleh dipelajari, malah di situ juga tempat bermulanya aku berkenal-kenalan dengan pelbagai watak
(selain keluarga) di dunia ni...
"Going to school is not that bad after all.."
Ulasan