Ya Hanana

Dah lama tak kongsi lagu ^-^ baru-baru ni aku tertarik mendengar dengan lagu Arab (Qasidah) yang bertajuk "Ya Hanana (betapa beruntungnya kami)". Jom dengarkan ^-^


Antara mesej yang ingin disampaikan ialah betapa beruntungnya dunia kerana telah munculnya agama Islam dengan kehadiran seorang manusia agung bernama (nabi) Muhammad s.a.w. Antara isi yang disebutkan dalam lagu ni;

  • Mukjizat bulan terbelah dua untuknya
  • Kelahirannya dibanggakan oleh seluruh masyarakat Arab. Bahkan bapa saudaranya Abu Jahal pada masa itu pun begitu berbangga dengan kelahiran baginda. (Nama "Muhammad" yang bermaksud "yang terpuji" telah diberikan sebagai salah satu tanda bangga)
  • Akhlaknya yang mulia memang tiada tandingan.. 
Fokus - Ya Hanana..
Mendengarkan lagu ni, buatku terfikir betapa benarnya mesej yang ingin disampaikan. Kalau diamati tentang semua umat para Rasul-rasul, hanya umat Nabi Muhammad yang paling beruntung kerana Nabi sangat mengambil berat tentang nasib mereka. Kalau diimbau sirah Rasulullah, pada saat akhir sebelum kembali ke Rahmatullah, baginda sentiasa menyebut (yang bermaksud) "Umatku, umatku.."
  • Aku difahamkan, pada saat nazak tersebut, baginda telah diperlihatkan tentang nasib umat-umat baginda yang diazab Allah atas kesalahan/ dosa yang dilakukan.. Maka sebab itulah baginda sebut sedemikian
  • Ada pendapat menyatakan, baginda pada masa itu merasakan seksanya 'sakaratul maut' ni. Dan baginda pernah bertanya sama ada adakah umat-umat baginda pasti akan menghadapi kesakitan sebegini pada saat nazak masing-masing. Dan malaikat mengiyakan.. 
Begitulah. Jadi marilah kita ambil peluang ni untuk audit diri kita sendiri. Kebanyakan dari kita telah lahir dalam Islam (alhamdulillah) namun mungkin kita terlupa atau terleka malah ambil mudah sahaja. Sedangkan ramai di luar sana masih dibiarkan dalam kesesatan.. Ada yang berusaha ke arah Islam, sehingga hilang keluarga dan harta deminya.. 

Marilah, sama-sama muhasabah diri dan tingkatkan lagi amalan untuk memperbaik iman ni.. Insya-allah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)