Hybrid
Nota - Entri kali ni adalah sekadar suka-suka saja. Anggaplah ni sebagai satu lagi makluman untuk lebih mengenaliku ^-^!
Dari entri decisions, decisions.., dapatlah difahamkan aku ni seorang yang sukar untuk memilih atau membuat keputusan. Terutamanya dalam situasi dwi-pilihan, pada setiap satunya terdapat baik dan buruk jadi memang susah nak buat pilih (kecuali kalau dalam diri dah ada keutamaan tertentu). Setuju?
Mungkin pendapat tiap-tiap orang berbeza. Bagi aku, aku inginkan satu keputusan yang terbaik iaitu mencakupi kelebihan kedua-dua pilihan sekali gus. (kalau situasi pilih jalan, seboleh-bolehnya aku nak ambil jalan tengah dengan harapan aku dapat manfaat kedua-dua sekali gus --> tamaknya)
Jadi dengan prinsip demikian, maka terhasilnya pendirian untuk pilihan kacukan dalam pelbagai situasi lain (kalau applicable). Misalnya yang dapat aku sebutkan:

- Kalau dah keliru sangat nak beli jam digital atau analog, maka akhirnya jam kacukan digi-analog menjadi pilihan --> settle! (dari entri jam tangan)
- Sejak umur *12 tahun (dengan anggapan pada umur ni, individu akan mula cuba mengharungi kehidupan tersendiri maka antara perkara yang dah perlu set up ialah tandatangan sendiri tapi..), aku struggle untuk menetapkan tanda tangan --> sebab 'kacau pulak' nak guna tulisan jawi atau tulisan rumi.. ^-^! dan akhirnya, jadilah kacukan seperti berikut (ni pun baru established ketika berumur 19 tahun, di universiti)
walaupun orang akan kata ni signature Jawi tapi aku tetap nampak "Syed H" di situ ^-^! |
Ada lagi contoh-contoh yang boleh menyusul, tapi tengok la bila sampai masanya aku tambahkan..
Some other stream of thought
Sementara itu dalam situasi sosial pula, prinsip sebegini menyebabkan aku lebih bersifat neutral terhadap sesuatu perkara. Maksudnya kalau adanya perbincangan tentang sesuatu isu berbangkit, boleh jadi aku berpihak kepada mana-mana pembahas atau pembangkang setelah meneliti isu-isu tersebut
"Jadi kalau adanya korang mengadu kat aku tentang apa-apa (eg. misalnya waiter lambat buat kerja atau boss kerja yang tak best), jangan terkejut kalau aku tak backup/support korang.. (tapi memandangkan aku ni jenis *pasif, maka sama ada aku diamkan aja atau aku cuba cakap secara berseloroh..) - *entri pasif-assertif-aggresif
Ulasan