Sedeqah (2)
"Hati-hati sikit kalau jalan kat tepi padang tu pagi-pagi.. Ada orang 'tak betul' kat situ"Pagi ni aku berjalan kaki pergi beli sarapan, melalui padang di kawasan perumahan aku tu. (Sejak November 2012 lagi aku dah kembali menetap di rumah, jadi sampai sekarang aku dah tahu tempat beli sarapan). Selalu juga la aku berjalan kaki sebab jaraknya lebih kurang 200m je. Senam sikit.. Jadi, ketika melalui padang tersebut, aku ternampak akan kelibat *pakcik Chong (orang 'tak betul' yang dimaksudkan)
"Nanti beli nasi lemak ar?? Beli satu untuk saya ya..." - tegurnya ketika aku melalui padang tersebut(Live-trigger-action!!)
Seorang pakcik yang tak dikenali tiba-tiba minta *belikan (belanja dia) nasi lemak untuknya, apakah yang patut aku lakukan..??
a) Dengan baik hatinya menurut kehendak pakcik tu (iaitu beli makanan lebih dan bagi sikit kepadanya)
b) Mengabaikannya lagi pula dia tu orang 'tak betul', jangan dilayan sangat..
Reaksi spontan yang timbul dalam diri aku adalah (b) lagi pula ditambah nasihat awal-awal tadi.. Tapi sepanjang baki perjalanan kaki tu, aku terus muhasabah tindakan aku tadi..
ternyata memang benar ungkapan ni |
"Tanpa sedar, nikmat harta turut buat aku hanya fikirkan diri sendiri dan lupa orang lain.. Bukanlah mahal mana pun nasi lemak (RM2.5 je aku selalu aku makan), kalau nak dibandingkan dengan gaji yang aku dapat hasil kerja sebulan. Apa salahnya sekali sekala, sedekah je kat orang yang memerlukan (teringat entri sedekah).. Takkan nak berkira juga kot.."
"Beserta dengan nikmat harta, Allah juga turunkan satu ujian (yang kita selalu tak perasan) iaitu bagaimanakah nikmat ini akan digunakan? adakah kita sekadar bersyukur di lidah sahaja..? Apakah kita akan membantu orang lain dengan nikmat harta tersebut, atau kita hanya gunakan untuk diri sendiri semata-mata.."Astagfirullah v_v apa dah jadi dengan aku ni..
Ulasan