Eksplorasi Jalan Raya
"Just great! kena memandu lagi.. >_<! takpe la, kawan punya pasal.."
destinasi kali ni sejauh ~78km sehala (kiraan Google map) |
"Nak kena menjelajah kawasan Rasa / Kuala Kubu Bharu (KKB) skit ni.."Fokus - perjalanan yang menggamit memori
Alhamdulillah. Dari mula lagi, aku telah familiar lebih kurang separuh jarak perjalanan kerana destinasi agak berhampiran dengan sekolah lama aku (SBPI Rawang 2004-2005). Jadi sepanjang perjalanan menimbulkan kenangan-kenangan lama yang berkaitan dengan sekolah tersebut. Antaranya yang ingin aku kongsikan;
- Perjalanan yang aku lalui sememangnya laluan yang ayahku selalu gunakan ketika menghantar aku pulang (minggu balik bermalam), walaupun aku selalu tidur sepanjang perjalanan namun dalam kotak memoriku masih ada imej yang samar-samar ^-^! Tak dilupakan juga, aku juga pernah melalui laluan tersebut ketika melawat sekolah pasca-SPM, beberapa kali..
- Melalui pekan Rawang, teringat akan kenangan lama; setiap kali balik bermalam, aku akan naik bas sekolah (milik SBPIR) untuk pergi ke stesen KTM Rawang dengan caj RM1 satu perjalanan. Rindunya kami balik beramai-ramai naik bas ni.. Kemudian, masing-masing berpecah mengikut haluan pulang sendiri.
- Di pekan tersebut juga, ada beberapa tempat kenangan; kali pertama aku berkenalan abang Ipar aku (2004) dulu. Dia datang belanja PizzaHut Rawang sebelum hantar aku pulang..
- Adanya gelanggang basketball tempat latihan pasukan aku. Pernah sekali ni, sekolah buat perlawanan persahabatan basketball sebagai latihan sebelum menghadapi Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP, 2004)
- Padang Millenium - Tempat aku menghadiri kem Kadet Polis selama 3 hari 2 malam (2004)
- Oh ya, sahabat aku yang berkahwin hari ni adalah berasal dari sekolah yang sama. Aku dan dia sahaja merupakan pelajar Form 5 yang sudi turun perhimpunan pagi harian (sedangkan pelajar Form 5 yang lain-lain semua beralasan ingin meluangkan masa untuk studi di kelas. So kalau beratur, pelajar Form 5 memang kami berdua je ^-^!)
Baik, sudah-sudah la mengimbau kenangan silam. Alhamdulillah, aku berjaya juga sampai ke destinasi walaupun ada sesat-sesat sikit di perjalanan. Setidaknya aku bersyukur dengan achievement hari ni:
- Expand roadmap experience
- Practice driving long distance (note - perjalanan kali ni adalah yang kedua paling jauh pernah aku hadapi tanpa bantuan co-driver)
- Jumpa sahabat lama
- Aku masih kurang berkeyakinan dalam kemahiran memandu --> membuatkan aku sering teragak-agak untuk meneruskan niat jika perjalanan melibatkan penggunaan kereta sendiri (rujuk entri cabaran untuk memandu)
- Agar tak terlalu kecewa oleh tindakan yang sia-sia maka selalunya aku akan set up beberapa objektif dalam setiap aktivitiku (rujuk entri multi-obejective!)
- Jika diteliti, aku ni seorang yang bersifat sentimental. Banyak kali, aku akan mengimbau semula kenangan-kenangan (rujuk entri nostalgia)
- Walaupun dah mula berminat untuk memiliki kereta sendiri (rujuk entri kereta pilihan), namun pentingnya kena mengasah keyakinan terhadap kemahiran kereta..
Ulasan