Kidzania
Keluarga angkat (sejak tahun lalu) aku di Sarawak datang ke KL dalam 2-3 hari ni, jadi aku pun meluangkan masa berjumpa keluarga ni sejak sekian lama tak berjumpa ^-^! Kena jadi tour-guide pula, bawa keluarga ni ke sekitar KL..
Antara tempat yang aku bawa pergi ialah Kidzania di The Curve, Damansara. Apa dia tempat tu? Aku pun pertama kali dengar. Tapi dari istilah 'Kid'-zania, maka sudah tentulah tempat ni hanya dikhaskan untuk budak-budak sahaja sehingga yang berusia 17 tahun. Sungguhpun demikian, aku ambil peluang masuk sebagai penjaga (anak keluarga angkat) dan tengok kat dalam.. Jadi lepas masuk, akhirnya aku faham bahawa;
Aku berpendapat tempat ni sangat menarik ^-^ Peserta dipeluang untuk mencuba macam-macam. Memang antara prinsip hidup aku untuk mendapatkan pengalaman tentang pelbagai aspek kehidupan sebanyak mungkin; pekerjaan, kembara, kawan-kawan dan sebagainya..
Some trivial matter
Atas prinsip yang sama juga, aku akhirnya berani pergi ke dunia Borneo ketika pengajian peringkat ijazah (tahun 2007 dulu) walaupun berpisah dengan kawan-kawan sekolah / matrik.. Dan aku tak menyesal dengan pilihan tersebut.. Alhamdulillah~
Selain tu, aku agak tertarik dengan lagu tema Kidzania ni. Setiap jam lagu ni akan diperdengarkan, dan pada masa itu semua staff kat mana-mana booth di sana menari seperti di video berikut. Jom aku kongsikan..
peta 'bandar' Kidzania |
"Kidzania ni adalah tempat pendedahan awal kepada anak-anak untuk mengenali kehidupan orang dewasa, khasnya melibatkan pekerjaan. Di tempat ni, dalam masa 5 jam per sesi mereka diberi peluang untuk mengalami suasana kerjaya (eg. juruterbang, doktor, pihak media akhbar, TV, DJ radio, polis, bomba dan macam-macam lagi) bahkan dibayar 'upah' (dalam bentuk matawang Kidzania aka Kidzos) atas usaha mereka sebagai galakan terhadap minat mereka dalam bidang kerjaya. Selain itu, mereka juga berpeluan untuk cuba menguruskan kewangan Kidzos sendiri (iaitu sama ada cuba mengumpulkannya sebanyak mungkin atau menggunakannya untuk game / aktiviti yang disediakan) Dan Kidzos ni akhirnya digunakan untuk exchange barang-barang tertentu sebagai hadiah pulang ke rumah.."Focus - towards a new adventure and experiences...
Aku berpendapat tempat ni sangat menarik ^-^ Peserta dipeluang untuk mencuba macam-macam. Memang antara prinsip hidup aku untuk mendapatkan pengalaman tentang pelbagai aspek kehidupan sebanyak mungkin; pekerjaan, kembara, kawan-kawan dan sebagainya..
"There are so much things in the world, at least i would want to try to *do as many as possible when given a chance. New experience is always intriguing" (note - *merujuk kepada perkara yang baik sahaja. Maksud perkara yang memudaratkan insya-allah aku akan tapis selagi boleh)Tapi sayangnya tempat ni hanya untuk budak-budak sahaja.. Adoi insya-Allah, bila ada anak nanti aku nak bawa ke sini..
Some trivial matter
Atas prinsip yang sama juga, aku akhirnya berani pergi ke dunia Borneo ketika pengajian peringkat ijazah (tahun 2007 dulu) walaupun berpisah dengan kawan-kawan sekolah / matrik.. Dan aku tak menyesal dengan pilihan tersebut.. Alhamdulillah~
Selain tu, aku agak tertarik dengan lagu tema Kidzania ni. Setiap jam lagu ni akan diperdengarkan, dan pada masa itu semua staff kat mana-mana booth di sana menari seperti di video berikut. Jom aku kongsikan..
Tapi apa yang aku tertarik bukanlah perihal menari tersebut, cuma lagu ni mempunyai ciri ceria dan optimistik ^-^ walaupun hakikat dunia kerjaya bukanlah semudah yang disangka, namun menariknya pihak dewasa tetap memberikan gambaran yang baik-baik lagi indah kepada generasi muda..
"Get going young generation ^-^ may the future be brighter and better for you"
Ulasan