Maaf
contoh adegan lain |
"Aku nak minta maaf.." - tiba-tiba seorang sahabat A aku setelah bergurau sendanya dengan aku dan kawan-kawan lain B,C,D
"Eh?? Kenapa tiba-tiba minta maaf ni?" - respons aku yang tengah keliru
"Takdelah, takut kau kecik hati dengan gurauan aku tadi. Aku tengok (mimik) muka kau macam terasa je.."
"Loor, aku tak ingat pun apa-apa pasal tadi.. (dan mimik muka memang begini) janganlah fikir lebih sangat.."
"Baiknya kau ni.. Kalau aku, aku nak suruh dia belanja aku dulu baru aku maafkan.." - celah kawan B sambil bergurau
Live-Action Trigger!!
Agaknya apa respon yang akan patut diberikan kalau orang minta maaf dengan kita?
a) taknak memaafkannya (lantak ko la) malah mungkin nak membalas balik
b) memaafkan tapi tidak melupakan kesalahan orang tersebut
c) memaafkan langsung (malah juga minta maaf kepadanya tak semena-mena)
Fokus - Maaf-bermaafan
Dari situasi itu tadi, aku pasti jawapan setiap orang adalah berbeza, bergantung kepada hubungan rapat kita dengan 'peminta maaf' itu. Hal ini merangkumi sejarah silam kita dengannya.. (misalnya orang tu pernah buat kesalahan yang sama pada masa silam, tetap juga mengulanginya..). Namun, secara idealnya aku percaya respons C adalah amat digalakkan buat semua.. Jom tengok hadith berikut;
“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis Riwayat Hakim)Dari hadith tersebut, memang nyatalah memaafkan orang lain itu antara akhlak mulia yang sangat dituntut dalam agama Islam. Hal ini lebih diperkukuh melalui Firman Allah s.w.t dalam KitabNya.
"dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan seksaan yg ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yg lebih baik bagi orang yang sabar" (Surah Al-Nahl 16:126)
Dan Allah sekali lagi mengukuhkan garis panduan ini melalui firmanNya dalam surah yg lain (surah As-Syura 42:39-40) seperti yang berikut;
39) Dan juga (lebih baik & kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa kejahatan / perbuatan zalim mereka hanya bertindak membela diri (iaitu membalas yang sepadan & tidak melampaui batas)
40) Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yg bersamaan dengannya. Dalam pada itu, sesiapa yg memaafkan (kejahatan itu) dan berbuat baik kepadanya, maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dgn diberi balasan sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yg berlaku zalim.
Cop! Ditambah lagi ayat dari Surah As-Syura;
Dalam pada itu (ingatlah), orang2 yg bersabar & memaafkan kesalahan org lain terhadapnya, sesungguhnya perkara yg demikian adalah dari perkara yg dikehendaki (diambil berat melakukannya)" (Surah As-Syura 42:43)Maka sememangnya tak dapat dinafikan kepentingannya memaafkan orang ni. Hal ini kerana sifat memaafkan orang lain ni sangat berkait dengan situasi menahan marah (kena ulangkaji jap entri jangan marah untuk sedikit idea) yang mana..
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud) “Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah”. Justeru, kita perlulah berusaha untuk menjadi kuat dengan melawan dan mengawal perasaan marah apabila ianya menjelma." (Riwayat Bukhari no.6114 dan Muslim no.2609)Secara peribadinya, aku lebih banyak memilih respons (b) dalam pelbagai situasi & interaksi dengan masyarakat v_v hm, masih perlu melatih diri agar lebih baik lagi pada masa akan datang.. Takpe, jom sama-sama berusaha memajukan diri dan memupuk satu lagi akhlak Nabi Muhammad s.a.w ^-^ insya-Allah~
"Takkan nak tunggu raya baru nak 'Maaf Zahir Batin'.. ^-^!"
terbaru ulasan Wanted episod 91 juga mempersoalkan sifat maaf-bermaafan |
Ulasan