Hobi ketika outing

(nota - entri ni retrospektif)

Ada seketika ni, aku keluar berjumpa kawan lama dulu. Sejak sekian lama tak berjumpa, maka kami pun menetapkan masa dan tempat pertemuan..
"Jumpa pukul 6 petang. Aku tunggu kat depan kedai M nanti.." - demikian la antara perjanjian kami
Sampai ke hari pertemuan, bagi agar tidak terlewat atau terlepas langsung. Aku sengaja keluar awal ke tempat tersebut.
"Hm, baru pukul 4 petang. Ada 2 jam lagi.. Nak buat apa sementara tunggu ni?
Action-live trigger! Aku kat shopping kompleks M, bagi meluangkan masa menunggu kawan dalam 2 jam ada baiknya aku buat sesuatu.. Jadi apa idea yang baik sementara tunggu??
a) Main game di arcade sampai puas
b) Shopping baju/pakaian di butik
c) Browse buku/majalah di kedai buku
d) Main sukan sikit - boling ke..
f) Jalan-jalan kat taman persekitaran menikmati alam
g) Minum kopi sambil chillax melayan suasana

Rasa-rasanya apakah pilihan aku erk??

Fokus - membaca di kedai buku (hobi ni auto-activate bila aku outing bersendirian / ketika dalam proses menunggu temujanji / masa perjumpaan)
"Secara jujurnya aku bukan seorang ulat buku. Sebaliknya banyak aku luangkan masa dalam bermain game di rumah dari menghadap buku. Namun, misterinya banyak kali aku luangkan masa di kedai buku. Menelaah kepelbagaian buku di tempat tersebut. Malah terkadang sampai berjam lamanya aku di kedai buku tersebut.."
Dan aku datang ke kedai ni aku akan explore pelbagai sudut bahan bacaan. Tak terhad kepada bahagian komik, aku juga berlegar-legar di rak buku hobi (memasak, kembara, haiwan peliharaan, fakta / ensiklopedia), bahasa, motivasi, agama.. memang explore habis-habisan kat dalam kedai ni..
"It's kinda fun when you got to learn a lot of new things alien to your knowledge (misalnya aku berkerjaya doktor, terkadang bila baca bab perkara lain terasa menarik pun dunia ni..) Allahu akbar.." 
Berdasarkan hal ni, aku mentafsirkan diri sendiri bahawa jauh dalam sudut hati aku masih ada fitrah ingin membaca buku. Alhamdulillah~ teringat aku akan wahyu pertama Allah kepada Rasulullah..
"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalahdan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.." (Surah Al-'Alaq 96:1-5)
Jadi demikianlah caranya aku mengisi masa terluang sementara dalam penantian (eg. menunggu masa untuk sesuatu aktiviti seperti jumpa kawan / tengok wayang).. Namun, biasanya aku de-activate hobi ni bila aku keluar beramai-ramai dengan kawan.
"Tak best pulak kalau aku membazirkan masa mereka semata-mata nak teman aku masuk kedai buku ni.. Terkadang, aku akan keluar sendirian atas sebab ni" ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)