Duduk selepas solat

(Nota - entri ni lebih kepada hal retrospektif, merujuk kepada situasi yang berlaku satu masa lalu.. )
"Assalamualaikum warahmatullah~" - lafaz salam pertama menunjukkan usainya solat berjemaah Jumaat..
"Eh, kenapa tergesa-gesa ni?" tegur seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain pada masa itu bingkas bangun meninggalkan dewan solat 
"Dah lambat ni.. Ada kerja tak siap lagi.." - balasnya lalu pantas keluar dari saf
"At least doa la dulu sikit.."  
Demikian antara situasi yang agak kerap aku perhatikan. Ramainya di antara kita begitu sibuk dalam hal keduniaan, ada yang terbawa-bawa sehingga solat. Aku juga terkadang terlalai dan leka akan situasi tersebut, sehinggalah aku disedarkan oleh gambar nasihat yang dijumpai di laman sosial facebook tak lama dulu..


Lantas membuat aku sedar akan kesalahan diri ni. Memang benar nasihat tersebut. Kerap kali kita terlupa bahawa dalam solat, kita sedang berdepan dengan Allah yang mengatur segala urusan. Kalau risaukan hal keduniaan, setidaknya mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan urusan / urusan mendapat pengakhiran yang baik.. Teringat akan firman Allah berkenaan doa:
“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (Surah al-Mu’min 40: 60)
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)
Jadi betapa pentingnya umat disarankan agar sentiasa berdoa. Bahkan doa je apa-apa perkara
"Sesiapa yang tidak meminta kepada Allah maka Allah marah kepadanya, kerana itu, mintalah setiap kamu kepada TuhanNya dalam semua keperluannya, bahkan hingga masalah tali sandal yang putus sekali pun" (Riwayat Tirmizi)
Terdapat satu hadith lain yang mungkin berkaitan. Jom..
"Daripada Muaz bin Jabal r.a, beliau berkata: Rasulullah mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata, "Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau." Muaz berkata," Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Dan demi Allah, aku juga mengasihi engkau." Maka Rasulullah berkata, "Aku berwasiat kepada kamu agar janganlah meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan; Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu" (Riwayat Abu Daud dan al-Nasa'i)
Yosh, semoga lepas ni aku (dan kawan-kawan lain) mengambil sejenak masa duduk sekejap lepas solat dan berdoa kepada Allah..


Berkenaan doa dimakbulkan atau tidak, biarlah Allah yang menentukannya. Sentiasa percaya bahawa perancangan Allah pastinya lebih baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)