About me..

^-^! Sempena tarikh (entri) ni, saja-saja aku buat biodata diri. Lantaran, ramai masih tidak mengenali..
"They are saying i'm mysterious and complicated, well that's because they don't actually understand (or even know) me. Once they get an idea of my thought, maybe they can see me through many things.. And this blog was actually written for that reason.."
Maka bermulalah.. (oh ya, aku akan berhati-hati agar tak terlalu mendedahkan semua maklumat peribadi eg. nombor-nombor, maka Biodata ni hanyalah berkenaan perkara yang subjektif dan abstrak sahaja) 

Nama : Syed Hazran bin Syed Mohammad (entri maksud nama)
"Tentang penggunaan nama, walaupun namaku hanya biasa, namun aku sangat berbangga dengan namaku sendiri. Maka jarang sekali aku menggunakan nama panggilan lain. Sementara itu, aku selalu berusaha untuk panggilkan nama kawan-kawan dengan panggilan yang baik (antaranya dari entri istilah legend)"
Asal (merujuk kepada tempat lahir) : Kuala Lumpur (entri: belum ada spesifik trigger lagi, tapi setakat ni idea yang timbul untuk diperkatakan..)
"Budak KL --> selalu diertikan sebagai budak bandar yang dimanjakan dengan kemewahan dan keselesaan. Aku akui memang aku tak mengharungi pengalaman susah atau kehidupan serba kurang, tapi insya-allah aku akan bersyukur dan tidak memandang hina/ rendah kepada mereka yang kekurangan ni.."
Perwatakan
"Masih sangat banyak kekurangan dalam diriku ini.. Maka dengan sebab itu, aku sangat mengagumi kawan / sesiapa sahaja yang mengajarkan aku nilai-nilai baik kehidupan.."  
  • 'Auto-ability' dari "Syed" & "Hazran" 
"Setiap nama sendiri adalah satu doa untuk menampilkan perwatakan dalam diri.." (entri maksud nama)
"Kalau perasan, banyak penulisan aku sangat berkait rapat tentang satu masa silam. Bagi yang lebih mengenali, aku juga mengaitkan teringat satu masa dulu.."
Hobi
"Hobi ni tak terpakai kalau outing bersama orang lain eg. kawan, keluarga, sebab aku tak sampai hati nak buatkan mereka tunggu lama-lama.."
  • Main internet - Facebook, Google+ (nyahaktif pada April 2019 sebab takde sambutan), Animeultima, YouTube, Wikia... 
  • Blogging
  • Main game - 3DS (nyahaktif pada 2017), PSP/ PSVita, PS2 (nyahaktif 2005), PS3 (nyahaktif 2017 sejak ada PS4), PS4 (semua entri berlabel game).
"Sementara itu, aku tak prefer main game guna komputer dan handphone. Komputer ada sejarahnya aku pernah bagi komputer rosak maka dah serik, sementara di handphone pula apps game ni cepat makan bateri --> nanti bila sampai saat-saat genting takde bateri pula" 
  • Tengok anime / CGI (semua entri berlabel anime):
"Dalam pada tu, kalau wayang pun, aku lebih prefer karya CGI / anime berbanding lakonan live pelakon. Dalam karya CGI / anime aku turut menilai aspek grafik & plot.. Kalau tengok filem live pun, aku lebih tertarik dengan plot wayang je.."
"Ketika melawat kedai buku, aku suka explore pelbagai sudut bahan bacaan. Antaranya travel, agama, home design, cooking, games, komik, origami, map, fact (eg. encyclopedia) etc.. Semuanya menarik perhatian belaka.. cuma novel aku kurang sikit.."
  • Dengar Lagu? banyaknya lagu jepun / anime > nasyid > Game Music/track > melayu > english > lain-lain
  • Makanan: nasi goreng atau lauk daging masak (entri memasak dan memasak 2
Berterusan dan prinsip sentiasa 
  • Sukakan warna coklat, tapi tak kisah tentang kepelbagaian warna (entri warna) - maksudnya kalau beli barang apa-apa tak kisah warna apa-apa asalkan cantik dan indah 
  • Subjek kegemaran matematik walaupun kerjaya sekarang tak apply advanced matematik (entri kini aku dan matematikdulu aku dan matematik)
  • Walaupun sedar akan hakikat tersebut, tapi selalu poor eye contact (entri eye contact)
  • Aku akan belanja sakan?! tapi ada kaedah tersendiri (entri belanja sakan?!pengurusan kewangan dan compensatory mechanims)
  • selesa hanya dua kuantiti sahaja, tak mau lebih (entri dua pun dah memadaidua nombor)
  • Kidal hanya dalam menulis/ melukis, tapi biasa dalam hal lain.. (entri kidal
  • Sukakan haiwan terutamanya kucing (entri bela kucing)
  • Dari aspek pakaian, aku lebih suka berpakaian casual (entri dresscode)
  • kalau hierarki penggunaan pengangkutan (motosikal > awam eg. bas/lrt > tumpang orang > drive sendiri) --> entri cabaran untuk memandu dan kembara-4)
  • Cara belajar: suka tolong orang lain selesaikan masalah belajar (entri cara studi yang pelbagai isi 2)
  • Berkenaan kalau makan luar (siri 1,2,3,4...)
  • Sangat tak selesa bila timbulnya jurang sosial terutamanya sesama kawan/ kenalan.. (entri jurang sosial)
  • Selalu melakukan sesuatu perkara hanya apabila ada beberapa matlamat (entri multi-objective!)
  • Keliru tentang nilai kepercayaan (entri trust)
  • Ada niat untuk mencuba pelbagai perkara baru..
  • Impian besar untuk menyambung semula silaturrahim dengan pelbagai pihak (entri reconnect~projek salasilah)
Keluarga
"Jujurnya keluarga aku hanyalah biasa-biasa saja. Tidaklah bertahap sempurna bahagia, namun tidak juga sangat huru-hara. Dan aku bukanlah seorang anak / ahli keluarga yang baik, namun pada kekurangan yang ada, aku sentiasa memerhati keluarga lain serta nilai kekeluargaan yang ditunjukkan mereka untuk muhasabah dan memperbaik diri.. (juga entri tentang keluarga lagi)
    ---------------------------(nota - entri ni akan dikemaskini dari semasa ke semasa)------------------

    Latar perjuangan (belajar)
    • 1992 : (?memori silam lupa dan terkunci) (entri memori terawal)
    • 1993-1994: Taski Abim (entri mulanya di sini)
    • 1995-1996: Taman Nirwana
    • 1996-2000: Rantau
    • 2001-2003: Sejaya
    • 2004-2005: Sepintar
    • 2006-2007: Kmpk
    • 2007-2012: UNIMAS
    Latar pekerjaan/ pengalaman
    • 06-10/2012 : Rumah Stapok (tutor)
    • 11-12/2012 : TESCO Ampang (bahagian hardline)
    • 12/2012 - 05/2015 : HKL (siri entri HO arc)
    • 05/2015 - 02/2018 : PJHUS (Cardio MO)
    • 02-03/2018 : KK Jalan Masjid (Tagging/attachment)
    • 03/2018 - mutakhir : K1M UTC Kuching 

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Kamus bahasa melayu Sarawak

    Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

    Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)