(adik) Nawar

Sekali lagi, trigger entri ni pun berkaitan dengan mimpi.. Selagi aku masih ingat ni, biarlah aku tuliskan intipati mimpi tersebut sebanyak yang mungkin (nanti lupa pula). Ni pun dah samar-samar dah ni..

------------------------------------------<dreaming mode>------------------------------------------------
Berlatarkan suatu masa silam (sebab aku berwatak budak serta adik kandung aku juga masih kecil serta isi kandungan mimpi lebih bercirikan budak, kot ^-^!)..
Digambarkan aku dengan kawan-kawan sebaya menyertai satu pertandingan (aku tak ingat pertandingan apa tapi lebih kepada sesuatu yang melibatkan kemahiran... hmm, mewarna kot / ke main alat muzik). Tapi dalam pertandingan ni, aku menang tempat pertama dan dapat grand prize hamper besar..
"Abang ajarlah adik. Adik nak jadi terer macam abang jugak.." - tanya adikku
"Boleh. Abang akan ajar satu-satu kat adik. Mungkin apa yang adik belajar ni lambat sikit tapi sabar la eh..slow-slow nanti adik pun boleh buat jugak satu hari nanti.." 
Adik tampak bersungguh nak menang macam aku jugak. Dan aku pun sudi mengajarkannya. Tapi tiba-tiba latar berubah.. Suatu masa ni kelihatan adik aku sedang dibuli oleh satu watak samseng..
"Ada hati nak menang jugak eh? Kau tu dah la lembab.." - katanya kepada adik
Hingga ke satu tahap adik menangis. Mendengarkan tangisan tu, lantas aku pun bertindak membela adik. Aku pergi ke arahnya..
"KAU NAK APA DENGAN ADIK AKU?! JANGAN INGAT KAU AKAN LEPAS BILA DAH BUAT ADIK AKU MACAM NI.." - marah aku sambil mula naik tangan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KRING~ KRING~ deringan telefon mengembalikan aku ke dunia nyata.. Dah lama aku tak memperlihatkan aksi heroic seorang abang membela adik, maka tentunya mimpi ni mimpi yang aku suka.. ^-^

Focus - the one and only brother that i have..
Lama sangat baru la nak perkenalkan tentang satu-satunya adik kandung aku.. (Maaf la adik)
"Adik aku namanya Nawar.. 2 tahun lebih muda daripada aku. Masa kecik-kecik dulu, orang lagi pandang aku sebagai adik lantaran aku bersaiz kecil (serta kurus masa tu).. Maka kesannya, adik aku yang sorang ni tak penah hormat / panggil aku 'abang' pun. Namun begitu, dia antara adik-beradik yang paling rapat dengan aku masa tu. Boleh kata hampir semua aktiviti mesti melibatkan aku dan dia: antaranya hobi kanak-kanak aku (main LEGO), mandi swimming pool, pergi mengaji, peristiwa lepaskan penyu, main game retro kat rumah. dan even aku main game RPG sorang-sorang mesti dia ada sebelah untuk support aku main..

Namun, meningkat remaja sejak tahun 2001 lagi aku dah berpisah dengan adik sebab tinggal asrama. Maka mungkin sejak tu, aku dah kurang intim lagi dengan adik. Tidak lagi meluangkan masa bersama jadi tak kenal sangat dah.. Dan sejak peristiwa arwah mak pergi, adik seolah-olah dah berubah, jadi lebih matang pada satu cara..
"Sebagai anak bongsu perwatakannya agak manja dan mengada sikit masa kecil dulu, dan walaupun aku dan abangnya yang lain strive for success dalam exam besar (UPSR / PMR / SPM) serta pergi ijazah, dia tak care sangat pun malah hanya biasa-biasa je dalam pelajaran..  
Situasi ni sering buatkan adik jadi sasaran oleh ayah.. malah terkadang ayah nampak tak berharap sangat pada nawar ni.. Sungguhpun demikian aku dalam diam tetap menyokong apa jua perjalanan hidupnya, malah agak berbangga dengan pengalamannya menceburi kehidupan sendiri walaupun berlatar belakangkan pencapaian serba sederhana."
Dan 3 perkara yang aku pasti adik aku melebihi aku ialah..
  • Kemahirannya memandu serta roadmap sememangnya lebih boleh diharap :P
  • Memasak kat rumah, disebabkan dia lebih banyak masa bersama arwah mak. Maka aku tak hairan kenapa dia pandai masak.
  • Dewasa ni dia menyertai pertandingan downhill basikal dan menang pulak top 3. Walaupun aku tak pernah tengok dia in action, tapi aku tetap bangga adik aku ni bukannya sebarangan..
Some other stream of thought
Satu persoalan besar yang dalam fikiranku sejak sekian lamanya..
"meningkat remaja walaupun aku ada adik angkat yang mana aku lebih banyak luang masa bersama dan enjoy, namun banyak kali aku mindset diri bahawa tak kira macam mana pun, Nawar adalah satu-satunya adik aku. Dan aku tak mahu orang lain jadi adik aku (cukuplah mereka sekadar adik angkat sahaja, yang mana bila sampai masanya aku akan lepaskan mereka) - antara persoalan komik Wanted! dalam rancangan (mungkin episod 95-98)
Serta, Wanted! Memory-0 adalah bertemakan kekeluargaan (dengan adik aku sebagai watak deutragonist), juga menitikberatkan hubungan aku dan adik (nota - siri memory zero masih peringkat rancangan sahaja ^-^! namun ideanya dah didrafkan seperti berikut..)

  • Piece D adalah berkenaan adik aku pada hari pertamanya di sekolah rendah. Disebabkan aku tak ambil berat halnya di sekolah, maka akibatnya dia hilang masa balik. Jadi sepanjang masa balik tu aku bersusah payah mencarinya di seluruh sekolah..
  • Piece P adalah peristiwa berdarah yang berlaku di tempat mengaji, berlaku ketika mana sorang watak ni buli adik sampai tahap aku bengang.. dan akhirnya terjadinya peristiwa tersebut..
"Bila difikirkan semula, secara fizikalnya aku bukanlah seorang abang yang baik, tapi jauh dalam diri aku tetap ada niat untuk membela adik. Hm.. such a mysterious brotherhood bond.." 
----------------------------------------<kembali kepada realiti trigger tadi>--------------------------------
"tahu tak dalam bilik Nawar ada benda suspicious la. boleh tak kamu bincangkan pendapat kamu nanti.." - isi perbualan telefon yang mengganggu mimpi aku tadi.
 "!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (Uh-OH~ i guess, this means trouble.. Don't worry adik, abang is going to save you again..)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)