minta izin masuk bilik ibu bapa..

"Ayah kat luar sekarang ni, akan balik kejap lagi. Nanti ada orang datang nak baiki aircond bilik Ayah. Kamu tolong tengok-tengokkan sementara ayah belum balik ya.."
Sejak kebelakangan ni cuaca sangat panas dan jarang hujan ^-^! kebetulan pula aircond bilik Ayah dah rosak maka ayah berhajat tukar baru. Jadilah hari ni dijadualkan pemasangan aircond tersebut. Kebetulan ayah masih belum balik, maka aku la yang kena bertugas tengok-tengokkan..
"Oh ya, dah bertahun lamanya aku tak pernah tengok pun bilik ayah. Lebih-lebih lagi sejak pemergian arwah Wan dan kehadiran Mak Dah, aku tidak lagi menjejak kaki ke bilik ayah.."
dan teringat aku akan dua situasi yang lantas menimbulkan persoalan yang berkaitan..

Situasi 1 - ada seseorang bertanyakan aku survey tentang satu kelengkapan elektrik. Namun, maklumat yang aku berikan tidak mencakupi master bedroom. Bukanlah ingin dirahsiakan, namun aku sendiri tak tahu tentangnya..
"Kau ni takkanlah tak pernah masuk bilik mak ayah kau langsung..?"
"Dah lama tak masuk dah ^-^! (dan aku takde sebab untuk masuk dah..)"
Situasi 2 - dalam perbualan dengan anak muridku suatu masa lalu, antara isi perbualan kami termasuklah perihal bilik ibu bapa yang mana si anak muda ni masih tidur di bilik ibu bapa..
"You know, you shouldn't sleep at parent's room anymore now you are 10 years old.. You have your own room, right?"
"Why?? But it's Daddy that tell us to.."  
"Maybe he got his reasons for this, but still..." 

Fokus - minta izin masuk bilik ibu bapa pada 3 masa 
Berkenaan perkara ni, terdapat firman Allah akan panduan yang jelas. Jom semak;
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat isyak. Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain." (Surah An-Nur 24:58)  
Mulanya ayat tersebut lebih ditujukan kepada hamba dan kanak-kanak belum baligh, namun arahan tersebut diikuti dengan ayat seterusnya..
"Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nur 24:59)
Maksudnya, apabila kian meningkat dewasa sekali pun masih tetap perlu meminta izin kepada ibu bapa untuk masuk ke bilik terutamanya pada 3 masa tersebut:
  1. sebelum Subuh
  2. ketika panas tengah hari (sebelum Zohor)
  3. sesudah Isyak
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
some other stream of thought
Pada masa yang sama, menariknya ayat tersebut memberi implikasi tentang pendidikan (pendedahan) seks terhadap golongan muda.. (aku tak arif sangat tentang ni..)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)