HO Arc! Episod 19

"Listen to my story.."
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 : tagging 10 hari permulaan Medical
Episod 10 : Male medical..
Episod 11 : Female medical
Episod 12 : Ward 1st class challenge!
Episod 13 : Ward 1st class challenge! part 2
Episod 14 : wad kelas 3 di periphery (lelaki)
Episod 15 : kembali semula ke wad perempuan (hard mode)
Episod 16 : Geriatrik Ward
Episod 17 : Wad kelas 3 di periphery (perempuan)
Episod 18 :  retag (1st)

Memang teruk aku kerja bulan february ni sebab tagging ni. Dua minggu berturut-turut kerja sampai pukul 10.. tentulah tagging O&G dulu paling lama. Tapi beban kerja medikal bukan sebarangan. Ketika singgah di pejabat pengurusan..
"Syed, next week masuk CRW eh?" - beritahu penyelaras jadual HO
"Eh? Boleh ke saya (aku merujuk hal tagging, kononnya tak boleh tukar wad)??"
"Kenapa tanya macam tu? Saya dah beritahu specialist wad awak dah, dia kata boleh.." 
"Macam tu.. Ok lah (maksudnya dia tak tahu pasal aku retag, dan pada masa yang sama memang satu escape plan dari wad tersebut..)"
Episod 19 - hard stage CRW (17 feb - 2 Mac 2014)
Oh ya, CRW adalah Coronary Rehab Ward. Pesakit yang masuk wad ni adalah khasnya pesakit jantung. Myocardial infarct, heart failure, acute pulmonary oedema serta mereka yang bermasalah jantung serius pasti ditempatkan di wad ni untuk jagaan rapi. Namun, wad ni adalah saringan lapisan ke-2 selepas CCU (coronary care unit), maksudnya pesakit dah stabil sikit dari serangan jantung baru pindah dari CCU masuk sini untuk lengkapkan ubat jantung..
"Sungguhpun demikian, tempat ni memang suspens. Sebab pesakit tak menentu. Maunya tiba-tiba sakit jantung susah la nanti dibuatnya >_<!"
Watak utama tempat ni selain aku adalah Fina (1st week) / Viki (2nd week), MO Dr. LCW dan Dr. Glen serta pakar Dr. Pa dan consultant Dr. Tho.. Umumnya mereka berwatak sporting, maka sepanjang hari-hari kerja di tempat ni sangat best. Serta aircond dalam ni memang aku tak pernah berpeluh sepanjang bekerja.. Memang terbaik.
"Cukuplah tentang suasana.. Walaupun posting di tempat ni sangat cemas, namun akhirnya aku berjaya mempelajari ilmu ECG, serta pengurusan penyakit cardiovascular (kebanyakannya la). Alhamdulillah.. Pada masa ni aku terfikir, sekiranya aku tak extend medical, tentunya aku terlepas peluang kerja/belajar di tempat ni.. Sememangnya satu pengalaman yang cukup bermakna.."
kalau satu masa dulu aku sering teragak-agak dan tak reti baca ecg, sejak posting kat wad ni ecg senang je rupanya..
Jom tengok video ini sebagai sedikit perkongsian ilmu tentang bacaan ECG --> video FB/ ecg waves and conducting system of heart by Dr Amit Arora

Kerja di CRW pun umpama waktu pejabat (7pagi - 5 petang) je setiap hari, tapi sabtu ahad kena kerja separuh hari.. huhu, dan beban kerja agak banyak jugak.. kena buat review betul-betul dan kerap kali..
"Taking a sideQuest doing oncall at my starter ward.. Somehow i feel like home, nostalgic~" - status facebook bertarikh 1.3.2014
Sementara itu, ada aku ambil sideQuest kerja S2 di wad pertama kerja medical dulu. Sebabnya tak cukup orang pada masa-masa ni. Sekembali ke wad ni, rakan kerja semua watak yang dikenali maka kerja lebih synchronize sikit..

Ok, dah tamat episod di wad CRW... adakah aku kena kembali ke wad lama?? TIDAK~~

- to be continued.. --> HO Arc! Episod 20

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)