Provokasi

Trigger untuk entri kali ni adalah berdasarkan status facebook yang aku temui secara tak sengaja.. Maka ingin sekali aku copy & paste di blog ni..
"Selamat menyambut hari syaitan aidilfitri pada 28 July 2014 dan sebulan puasa makan babi hingga sebulan pada 28 jun 2014 - 27 July 2014 selamat menyambut hari syaitan daripada Facebook Malaysia .makan bak kut teh sama nabi mohd syaitan anjing pukimak anjing syaitan" - watak X
Pertamanya, difahamkan status tersebut merujuk kepada bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Dan status tersebut adalah luahan ketidakpuasan hati seorang hamba Allah (dari cara tulisannya --> bukanlah seorang muslim, malah mungkin tidak faham tentang agama serta syariat Allah). Namun, apa yang lebih menarik perhatian aku adalah komentar / respon orang ramai terhadap status tersebut..

Rata-ratanya menunjukkan reaksi marah tentang status tersebut, lantas memberikan respons cabaran kepada penulis status tersebut dengan kata-kata kesat.. (nota - maaflah, aku tak nak kongsikan komen tersebut dalam blog ni)..
"Kesalnya, sekali lagi, banyaknya daripada kita terpedaya dengan provokasi tersebut lantas memperlihatkan nilai yang tak baik tentang islam.."
Fokus - provokasi
Pada suatu masa lalu (sekitar tahun 2012 kot), terdapat satu agenda yang menghina Nabi Muhammad s.a.w melalui pembuatan video The innocence of Muslim. Kesannya filem / video tersebut telah menimbulkan kemarahan umat islam seluruh dunia sehingga terjadinya serangan oleh orang islam kepada mereka yang tak bersalah.. Hanya disebabkan provokasi tersebut..

Dalam kali ni juga tidak ada bezanya.. Untuk mereka yang tidak arif tentang islam lalu membuatkan kenyataan palsu / salah tentang konsep islam, bukanlah reaksi marah (dendam) yang patut diberikan kepada mereka. Hal ini kerana reaksi tersebut bukannya dapat menyedarkan mereka tentang islam, bahkan lebih memberi impressi buruk mereka (dan juga golongan pemerhati yang lain) terhadap Islam.

Dan kalaulah niat mereka untuk memburukkan islam, ternyata mereka sebenarnya telah berjaya dengan usaha mereka ni.. Sebabnya kita telah terpedaya dengan provokasi tersebut. Kononnya kita nak bangkit memberontak untuk 'memerangi' idea palsu tentang islam (seterusnya mempertahankan islam), namun sebaliknya kita telah terpengaruh dengan emosi sendiri lantas memperlihatkan akhlak mazmumah melalui kata-kata kesat/ ugutan / keganasan.. Ternyata matlamat mereka untuk menampakkan islam itu pengganas sangat mudah..

Bersama ni, aku nak kongsikan klip video maklumbalas terhadap filem tersebut. Memang sangat rasional lagi bijak, lebih selari dengan ciri-ciri ideal muslim..


"Agak-agaknya boleh kaitkan tak idea dari video klip dengan situasi terbaru (iaitu status facebook mutakhir ni)? Aku sangat nampak melihat persamaannya iaitu (1) konsep yang salah oleh orang yang tidak arif tentang islam, serta (2) respons muslim yang tidak bercirikan islam.. Semoga sama-sama bermuhasabah.."
Some other stream of thought
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud) “Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah”. Justeru, kita perlulah berusaha untuk menjadi kuat dengan melawan dan mengawal perasaan marah apabila ianya menjelma." (Riwayat Bukhari no.6114 dan Muslim no.2609)" - ^-^! juga promosi entri maaf dan jangan marah
  • Aku teringat lagi perwatakan pemaaf yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w terhadap kaum Quraisy yang begitu menentang usaha dakwah baginda.. Memang menangis terharu aku setiap kali aku membaca babak tersebut. Jom, ada aku kongsikan dalam entri sempena maulid nabi 
  • Teringat akan satu nasihat yang pernah diajarkan kepadaku (tentulah, aku google semula nasihat tersebut untuk copy & paste):
------------------------------------<Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani>---------------------------------------

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”. 

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku".

Jika bertemu orang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan pernah kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia leih baik dariku".

Jika bertemu seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku".

Jika bertemu orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)