Jangan membazir makanan

Berlaku lagi satu adegan di wad kanak-kanak tempatku bekerja.. Sedangku membuat review pesakit, kelihatan seorang pesakit kanak-kanak perempuan (dalam lingkungan 4 tahun kot) sedang menangis. Abangnya (dalam usia 6-7 tahun) ada bersebelahan dengannya..
"Kenapa dengan adik ni? Gaduh dengan abang ke?" tanyaku kepada si abang
"Tak ada.. Dia nangis sebab tak makan nasi.." - balasnya
"Abang makan nasi adik eh?" 
"Bukan.. dia tak mau makan jadi dia bagi saya, tapi saya pun tak mau.. jadi dia nangis sebab takut kena marah (sebab tak habis nasi).." 
 "Kalau tak habis takpe la.. misi tak marah pun.." - tegur jururawat kebetulan melintasi kami..
"(rare budak ni ^-^! tapi bagus nilai yang ditunjukkannya..)" - bisik hatiku..
Fokus - jangan membazir makanan
Menariknya aku dapat perhati si adik ni rasa bersalah sebab telah bazirkan makanan yang diberikan kepadanya lalu menangis. Aku sangat puji nilai adik tersebut (padahal adik ni berbangsa Cina, dan aku yakin penjelasan dia tidaklah berasaskan agama.. namun ia tetap satu nilai yang baik, selari dengan apa yang Islam ajarkan).. Serta merta aku teringat akan nasihat dari Firman Allah yang bermaksud..
Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu secara boros melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula makhluk yg sangat kufur kepada Allah.. (Surah Al-Isra' 17: 26-27) 
Hm, mungkin ayat tersebut sangat umum, iaitu mencakupi segala bentuk pembaziran. Namun dalam konteks entri kali ni, aku hanya ingin fokuskan pada hal makanan. Sebelum tu, ingin aku tambahi satu lagi dalil:
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat), dan makan serta minumlah, dan jangan pula kamu berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas.. (Surah Al-A'raaf 7:31)
Kenapa tak boleh berlebihan? Antara sebabnya ialah apabila berlebihan kita akan ada terdedah kepada satu pembaziran. sama ada kewangan kita membayar sumber makanan tersebut atau kita sendiri tak dapat habiskan makanan yang dibeli maka akhirnya makanan tersebut dibuang..

Alhamdulillah, Malaysia ni banyak sumber makanan.. Nasi senang dapat, lauk ayam hari-hari boleh didapati.. Tapi sedihnya nikmat sebegini sangat mudah diabaikan.. (Nota - aku sangat faham keadaan 'sakit' membuatkan pesakit pastinya telah hilang selera biarpun terhadap makanan kegemaran... ditambahi menu hospital bukanlah setanding masakan mak / kedai restoran.. Tapi bukanlah alasan untuk pembaziran). Dan sistem pengurusan yang diamalkan pula, mereka membuang semua baki / lebihan makanan terus.. Sayang sangat..
"Cuba bayangkan mereka yang tidak bernasib baik.. anak-anak yatim di jalanan atau pun di negara yang kelaparan.. Betapa mereka begitu kempunan akan nikmat makanan, sedangkan kita pula tidak bersalah pula membazirkan makanan... Astagfirullah.."
Teringat aku akan satu situasi lain pada masa silamku..
"A, kau tak dapat habis eh? Dari gaya cakap (sebelum ajak makan) macam lapar sangat.."
"Syed, kau jangan nak paksa aku habis makan.. Aku memang tak boleh.. Sedangkan ayah aku pun tak paksa aku tau.."
"................." - aku diam membisu sementara arus fikiran aku diaktifkan seperti mana entri ni.. 
some other stream of thought
  • Pada suatu masa, ramainya orang perasan aku makan luar selalunya menu yang lebih kurang sama lagi membosankan.. Namun bagiku:
"dan tiap kali bila aku makan nasi goreng, insyaAllah, tu la makanan yang aku berjaya makan sampai habis (tak tergerak ke arah pembaziran terutamanya bila cuba menu baru --> tak sedap --> tinggalkan begitu je untuk dibuang). Sedangkan yang lain-lain, tetap ada kemungkinan tak habis makan(misalnya sayur tak habis ^-^!)" - entri kalau makan luar (siri 1)
  • Bagi kebanyakan, mereka hanyalah budak-budak hingusan yang mentah dan tak tau apa-apa tentang kehidupan. Tapi bagiku:
"every so often, they are always been good reminders to things that we may forgotten/ missed out.." - entri adik angkat 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Some reading sources --> nota facebook seseorang - jauhilah pembaziran. (Best baca ni sebab nota tentang)
  • 9 bentuk pembaziran yang dilakukan oleh manusia
  • Tips-tips mengelakkan pembaziran makanan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)