Homesick

"Adik, apa khabar petang ni??" - tanyaku kepada seorang pesakit budak dalam lingkungan 11 tahun, disyaki penyakit denggi tapi dalam fasa sembuh..
Tiba-tiba budak tu menangis.
"Eh kenapa ni? Ada sakit kat mana-mana ke, adik?" - tanyaku pelik
"Tak, tunggu mak, tapi tak sampai-sampai lagi.." - balasnya
"Dia dari tadi macam tu doktor, ni tengah nak tolong call mak dia datang tengok cepat.." - ulas seorang penjaga dari katil sebelah..
"Homesick eh..
Budak tersebut berdiam diri sambil tangis sedunya (malu nak ngaku kot ^-^!) Aku tersenyum..
"Takpe la kalau homesick.. *Doktor (*aku membahasakan diri macam tu bila berjumpa pesakit budak) sendiri pun homesick juga dulu masa kecik dulu.." - aku cuba memujuk 
Fokus - homesick
Teringat aku satu masa dulu. Kali pertama aku berpisah dengan keluarga untuk tempoh jangka panjang, permulaan sekolah menengah di asrama dulu. Kalau ikutkan memang 3 hari pertama tu, aku homesick sangat - menangis la juga bila bersendirian..
"Tapi kejap, peliknya masa aku join camping pengakap masa darjah 4,5,6 serta adanya kem UPSR darjah 6 (yang tiap satunya selama 3 hari 2 malam), tapi takde pulak rasa homesick. Hm.. mungkin camping tu sangat padat dengan aktiviti atau aku berasa mak sangat dekat denganku + mindset aku camping tu kejap je.."
Balik pada hal di asrama tadi, dan aku ingat lagi bila semua ahli keluarga datang melawat pada next hari cuti umum masa tu, betapa gembiranya aku melihat mereka..
"Melihatkan semua datang melawat aku, mungkin mereka pun risaukan aku juga.." ^-^
Kian membesar, aku tidak lagi menangis bila berpisah dengan ahli keluarga, namun rasa homesick tu sedikit sebanyak timbul dalam diri.. Pada setiap kali perpisahan menuju haluan masing-masing aku kerap kali rasa down sepanjang hari..
Now everyone left and away again v_v I'd been telling myself that we'll surely see each other some time later so let's press on... (kat rumah pun boleh homesick ^-^i) - status facebook bertarikh 15 Mei 2014 (tahun ni pulak tu ^-^!)
Ok, jom masuk topik serius skit. Teringat aku akan nikmat dunia yang indah di mata manusia, seperti mana Firman Allah yang bermaksud:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda dan terlatih, dan binatang ternak, serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah adanya tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu Syurga" (Surah Al-'Imran 3:14) 
Selari dengan firman tersebut, ternyata perkara pertama dari senarai nikmat tersebut adalah berupa ahli keluarga (kalau ayat tersebut --> isteri dan anak-anak). Dijelaskan dalam banyak-banyak nikmat dunia pun, akhirnya ahli keluarga disenaraikan sebagai perkara pertama kemudian barulah diikuti dengan perkara lain. Jadi dalam konteks trigger entri ni, tak kira anak muda atau aku juga tetap mengenangkan nikmat keluarga ni..

Namun demikian, dinasihatkan walaupun manusia dihiasi nikmat-nikmat indah sedemikian tetap ingin diingatkan bahawa adanya perkara yang lebih baik dari semua itu. Seperti mana surah al-Imran ayat tersebut diikuti dengan.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan (perkara) yang lebih baik dari semuanya itu? (Iaitu) bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan / isteri-isteri yang suci bersih, serta beroleh pula keredhaan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya - (Surah Al-'Imran 3:15)
 Terdapat juga nasihat dari ayat yang lain..
"Katakanlah (wahai Muhammad), "jika bapa (kamu), anak-anak (kamu), saudara (kamu), isteri-isteri (atau suami) kamu, dan ahli keluarga (kamu) serta harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)" - (Surah At-Taubah 9:24)
Jadi pengajarannya di sini (untuk aku la), tak kira seindah mana nikmat tersebut terhadapku pentingnya agar semua yang tersebut tidak menjejaskan iman aku untuk beribadah kepada Allah (secara tidak langsungnya meneruskan kehidupan / menjalankan tanggungjawab tanpa membebankan sesiapa..)

Some random trivia
Teringat aku game earthbound ni ada unsur homesick jugak yang mana watak utama akan homesick tatkala lama sangat berpisah dari rumah (lalu tak bermaya nak lawan musuh).. cara nak rawatnya kena balik rumah tanya khabar, ataupun telefon dengar suara mak - entri Earthbound [Game Snes]
"Hero pun boleh homesick juga.." --> comel pulak game ni~ ^-^!

------------------------------------------------------
Satu perkara lagi yang buat aku 'homesick' --> bertabahlah wahai ibu

antara siri nasihat yang lain sila klik laman (page) blog aku --> Nasihat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)