[Lagu ] Oh ibu

(Nota - entri ni bersifat santai lagikan retrospektif..)

Kali ni saja-saja aku ingin kongsikan antara lagu kegemaran aku sejak kecil lagi.


"Apa pula trigger kali ni? Peliknya tiba-tiba berkongsikan lagu tema ni pula.."
Baru-baru ni aku mimpikan arwah mak aku. Tiba-tiba dan tak semena-mena. Malah mimpi penuh tanpa gangguan sepanjang malam tidur (berlatarkan 5 hari aku dengan arwah.. yang mana arwah masa ni selamat dari stroke. Dalam 5 hari ni kami menjalani kehidupan yang gembira, sehinggalah pada hari kelima arwah diserang second stroke..
"Second (attack) stroke usually had worst prognosis, as the brain had been damaged extensively (during first,  and also added with second area of damage). Patient are often do not survive after the second attack.."
Maka suasana berubah menjadi sayu. Mengakhiri mimpi, aku menangis (dalam mimpi ni) sambil memohon ampun pada ibu kerana tak dapat nak selamatkannya..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Hm, walaupun umumnya mimpi ni bersifat sayu namun bagiku dapat berjumpa arwah dalam mimpi sangat 'rare' dewasa ni maka aku lebih bersyukur tentangnya. Tapi kesan dari mimpi tersebut, datangnya rasa rindu pada arwah mak aku maka sebab tu la terasa nak kongsi lagu.. :P Dan sebabkan aku rindu ni, banyak kali aku re-play lagu kegemaran beliau [lagu] fauziah latiff

Some other stream of thought
Teingatku akan kisah (entri) For one more day. Menariknya macam ada persamaan tentang situasi aku dengan kisah buku tersebut:
"Pada saat aku tengah broken dan down dengan apa yang berlaku dengan dunia ni, tiba-tiba aku dipertemukan semula dengan ibu tersayang walhal ibu telah pun pergi bertahun lamanya. Kononnya nak memberi aku motivasi / semangat semula..."
Tapi, peliknya aku takde apa-apa nak down pun setakat ni.. mungkin la nak kaitkan dengan entri [lagu] masih mencintainya tapi jujurnya aku tak begitu terkesan pun dengan peristiwa tersebut, sebaliknya mampu meneruskan kehidupan macam biasa.
"Mungkin juga secara tak langsung berkaitan dengan homesick tu jugak.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)