HO Arc! Episod 16

Dah lebih setahun kisah houseman aku di HKL ni.. ringkasannya apa yang telah berlaku setakat ni..

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery

Dan kemudiannya aku posting Medical, bertempat di banyak wad (maka banyaklah episod yang ada)
Episod 9 : tagging 10 hari permulaan Medical
Episod 10 : Male medical..
Episod 11 : Female medical
Episod 12 : Ward 1st class challenge!
Episod 13 : Ward 1st class challenge! part 2
Episod 14 : wad kelas 3 di periphery
Episod 15 : kembali semula ke wad perempuan (hard mode)
"aku jangka akan menghabiskan masa-masa medical di wad ni, namun sangkaanku meleset.."
Episod 16 - Geriatrik ward (6 Jan - 19 Jan 2014) NW16
New stage! Wad khas untuk pesakit warga tua pula kali ni. Oh ya, sepatutnya aku dapat stage ni ketika episod 12 kisah HO ni, tapi entah bagaimana bertukar pula dengan seorang kawan kerja. Tapi takpe la, alhamdulillah aku berkesempatan melalui pengalaman bertugas di wad juga akhirnya.. Watak utama wad ni Aku dan Zahrah, MO Dr. Pa, Specialist ada 4 orang (Dr Ha, Dr. Ap, Dr. AL, Dr Go) serta Consultant Dr. YWK/ Dr LFS.
"Suprisingly mereka ni sangat baik. Even consultant sorang ni asalnya dari wad 23 (episod lalu) strict dan intolerant pun tiba-tiba kat sini sangat baik. Mungkin mereka berurusan melibatkan pesakit warga emas ni, jadi kena cool.. Mungkin la.."
Jadi wad ni dipenuhi dengan pesakit warga tua, biasanya berumur lebih dari 65 tahun. Prinsip rawatan  di wad ni lebih kepada penjagaan kualiti hidup yang baik agar mereka menikmati saki-baki kehidupan dengan penderitaan / kesengsaraan minima - entri dari geriatrik

Untuk tujuan tersebut, pengurusan pesakit melibatkan pelbagai kumpulan / bidang lain, antaranya termasuklah occupational therapy, physiotherapy, jabatan kebajikan dan lain-lain yang berkenaan. Jadi pada setiap hari isnin adanya MDM (multi-displinary meeting) membincangkan isu-isu pesakit yang ada di wad seterusnya langkah / rancangan pengurusan yang terbaik dikemukakan.
"Bestnya time ni, aku sebagai watak HO tak main peranan, duduk dan dengar.. Ada makan-makan lagi ^-^!
Dan seperkara lagi, antara adegan menarik yang berlaku ketika posting ni. Pada hari tertentu ni (masa aku bertugas 2 minggu, hanya sehari je iaitu pada khamis 2nd week tu je) semua pesakit dikumpulkan bersama-sama dan makan sama-sama dalam bilik aktiviti.. Mungkin tujuannya nak bantu si pesakit, tatkala mereka bersendirian dan helpless.. adanya makan ramai-ramai ni buat mereka berasa tak keseorangan.. 

Trivia before next episode
Oh ya, dalam episode ni walaupun watak HO adalah aku dan Zahrah, tapi banyak hari dalam 2nd week di wad ni, tu aku terpaksa kerja berseorangan, kerananya kawan aku ni ada hal kecemasan keluarga..
"Untuk situasi ni, pakar wad tersebut sangat sporting terhadapnya (tak dianggap sebagai EL), asalnya aku dapat cover untuk dia. Syaratnya aku juga ada hari cuti aku sendiri (nota - kerja kat wad ni takde offday, tapi kedua-dua hari minggu hanya separuh hari je). Namun, aku tak mendapat hak aku dalam episod ni.. >_<! adoi~"
 Maka timbul la satu isu dalam episod seterusnya.. huhu..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)