Sempena kenyataan cadburry

"Kau suka *coklat sangat, kan?" (*merujuk kepada manisan / makanan) tau tak coklat cadbury ada DNA babi sekarang ni. HARAMM~~!"
Ayat tersebut merujuk kepada berita di media internet mutakhir ni. Aku tak la arif sangat, maka jom baca artikel ni sama-sama.. (blog orang lain --> kenyataan KKM tentang 2 produk cadburry  ^-^! ada banyak lagi sumber lain). Oh ya, aku upload juga kenyaatan tu dalam blog ni..

Maka kesannya, sangat banyak respon yang pelbagai diluahkan di media sosial facebook, antara jenisnya..
  • mempersoalkan kaedah kajian yang dilakukan (eg. false positive / teknik / mengikut piawaian atau tak, dan apa saja berkenaan kajian tersebut..)
"Aku berpendapat, sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan pastinya kajian tersebut dijalankan berulang kali. Dengan tujuan/ harapan agar kajian tersebut ada salah kat mana-mana.. Sementara berita di laman internet juga turut memberikan laporan yang sama.. mungkin kajian tersebut betul-betul dalam usaha untuk disahkan kebenarannya.."
  • marah-marahkan sebilangan pihak kerana tidak menyiasat betul-betul kejadian ini.. ada sampai tahap minta ganti rugi, hilang percaya dan sebagainya ^-^!
"Seperkaranya, aku faham pemprosesan makanan adalah perkara yang dinamik.. Mungkin masa spot-check awalnya lulus (halal) tapi masa kian berlalu maka wujudnya kepincangan di situ.. tanpa sedar apabila datang spot check susulan maka kantoi di situ. Cabarannya di sini, macam mana nak kekalkan kualiti pemprosesan seperti mana lulus pada ketika spot check pertama dulu..? Terkadang adanya kekangan bekalan sumber sehingga 'terpaksa'... Sementara itu, dari semasa ke semasa akan timbulnya idea inovasi (eg. takkan la nak jual perisa sama dalam 5 tahun.. jadi datangnya idea tambahan dari semasa ke semasa..).. Kalau difikirkan situasi tersebut, keadaan boleh jadi tak terkawal..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 "you are strangely awfully calm about what had happen... Kau tak risau ke dalam darah daging kau ada benda haram?"
Aku hormati pendirian masyarakat sekeliling yang peka tentang makan halal-haram. Adanya hadith (aku tak ingat terperinci, maaf ^-^!)
"Setiap daging yang tumbuh dari barang haram, maka Neraka lebih utama baginya.."
Jadi sekarang ni perlunya menghindari coklat tersebut, sebab dah tahu tentang bahan haram yang dicampurkan ketika pemprosesan. Jadi kalau dah termakan sebelum ini..? Aku copy paste ulasan ustaz zaharuddin kat sini..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISU CADBURY : TIADA 'BERSIH DARAH' & TIADA SAMAK MULUT
Bagi sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut. Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.
Sebagaimana firman Allah swt :
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}
Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ahzab : 5)
Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:
إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.
Ertinya: Sesungguhnya Allah swt melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)
Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.
Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.
Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini. Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

namun, banyak lagi perkara yang kita tak perasan tentang halal haram ni.. Jom Muhasabah
Some trivial matter
  • Peristiwa ni memang boleh jadi satu contoh yang baik untuk perhati jenis defence mechanism to stress. Banyaknya yang bertindak "denial", "projection" mungkin sebab cadburry itu adalah kegemaran mereka.
  • Sementara itu jujurnya aku nak nyatakan, berita mengejut tentang coklat cadburry sama sekali takde kesan apa-apa terhadapku sebabnya aku paling suka coklat bar 'cloud 9' melebihi yang lain. Maksudnya, kalau la kat pasaraya ada macam-macam jenis coklat bar (MAR, Sneakers, Cadburry etc) asalkan ada cloud 9 aku tak care pun pasal coklat lain ^-^! Cloud 9 paling sedap kot :P Dan tentulah, aku makan juga cadburry tapi pada kekerapan yang sangat jarang.. (cadburry pun aku prefer plain/original flavor tak mau kacang-kacang --> kalau ikut kajian ni, tak jumpa DNA babi)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)