HO Arc! Episod 15

Kisah HO Arc adalah berkenaan pengalaman kerjaya aku sebagai pegawai perubatan siswazah di HKL, mencakupi episod seperti berikut:

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery

Dan kemudiannya aku posting Medical, bertempat di banyak wad (maka banyaklah episod yang ada)
Episod 9 : tagging 10 hari permulaan Medical
Episod 10 : Male medical..
Episod 11 : Female medical
Episod 12 : Ward 1st class challenge!
Episod 13 : Ward 1st class challenge! part 2
Episod 14 - wad kelas 3 di periphery

Dan episod seterusnya..

Episod 15 - kembali semula ke wad perempuan (23 Dis - 5 Jan) NW23
Extension period v_v sedih~ dan aku kembali semula ke wad ni.. Hm, kena flashback semula episod 9 untuk peraturan dan latar tempat ni. Dan sebagai extend-er, tahap kesukaran semakin susah lagi-lagi kalau specialist atau consultant dah mark prestasi (aku pada tahap ni masih lay low lagi)..
"Makin lama posting di medical ni, makin tinggi risiko (stress) yang akan dihadapi. Ya Allah, mampu ke aku lalui tambahan 3 bulan lagi ni.."
Jadi, sekembalinya ke wad ni. Sekali lagi aku jaga cubicle chronic belakang. Adoi, isnin selasa kena round dgn consultant seawal 7 pagi.. Nasib baik dia tak cam aku lagi. Dan kebanyakan rakan kerja HO di wad tu entah ramai kena 'retag' semula atas kisah yang aku tak tahu..

Tapi antara yang aku tahu adalah berkisar needle stick injury.. Ada satu kisah ni, entah siapa pula tak sengaja masukkan jarum ke dalam tong sampah biasa pula (nota - sepatutnya bahan tajam tersebut patut masuk dalam tong khas agar pengurusannya tak membahayakan pekerja yang nak kemas nanti). Jadi la satu isu dalam wad. Dan ada sorang ni, sangat jujur pula mengaku pada pihak atasan, maka dapatlah akibatnya..
"Pada satu ketika, aku berasa kita ni sangatlah peka dan nampak hanya pada kesalahan lalu pantas memberi hukuman (kononnya agar kita puas hati), namun aku sangat kagum akan rasa jujur yang si kawan ni tunjukkan.. berbanding dengan ramai memilih untuk berdiam dan tak nak mengaku.. i mean come on la~ dia dah sengaja kot, dan lagi dia dah mengaku.. perlu ke hukum sampai macam tu.. Kalau begitu caranya padan la (aku dan) ramai lagi tak nak mengaku kalau buat salah.."
Jadi aku antara yang terkecuali terpaksa buat oncall malam banyak hari dalam seminggu.. ^-^!
"Aku menyangkakan bahawa aku akan menghabiskan masa lanjutan aku 3 bulan kat wad ni je.. Namun, sangkaanku meleset.. Setelah menjaga kubikel kronik, acute dan denggi.. Aku dijadualkan ke wad lain pula.. ^-^! ok, this is unexpected, but interesting~..
To be continued..

Some other stream of thought
Entri jujur“Kejujuran itu adalah ketenangan, sementara kebohongan adalah kegelisahan” (HR. Bukhari)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)