HO Arc! Episod 14

HO Arc! ringkasan episod yang lalu..

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 : tagging 10 hari permulaan Medical
Episod 10 : Male medical..
Episod 11 : Female medical
Episod 12 : Ward 1st class challenge!
Episod 13 : Ward 1st class challenge! part 2
"Huh, and the medical story did not stop here.. not yet.. Next episode.."
Episod 14 - 3rd class periphery (9 Dis - 22 Dis) NW8B
Next stage, lepas penat melayan kerenah para vip maka jadual aku yang seterusnya aku ditempatkan di tempat peripheri yang agak terpencil sikit dari blok utama, dikenali sebagai wisma kayu.. Oh ya, watak utama HO episod ni adalah Aku dan Farhana. Diawasi oleh MO Dr. P, serta pakar Dr. Sha. Kedua-dua tahap boss aku ni sangat baik serta mengajar.. Terbaik~


Pesakit yang ditempatkan di tempat ini adalah pada kebiasaannya mereka yang menumpang sementara tunggu habis antibiotic. Aku boleh kata wad ini adalah perhentian terakhir sebelum pesakit dilepaskan pulang, terutamanya bagi kes-kes yang mudah. Maka disebabkan hakikat tersebut, beban kerja adalah paling mudah di sini.. Memang best tempat ni! 
"Selain pesakit yang tak banyak kerenah, kerja doktor agak minimum di sini. Frekuensi ambil darah paling minimum serta ujian radiologi juga tidak begitu urgent. Tak dilupakan juga, staff di sini sangat mesra dan membantu.."  
  • Sementara itu, aku menghadapai Viva 2nd ketika episod ni. Kali ni examiner / interviewer adalah pakar Dr. Pa dan Dr Oo. Namun aku failed juga, sebab kurangnya pengalaman dan tak cukup confident. Maka akibatnya kena extend 3 bulan...
"Aku cuba berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Namun, stay lama-lama di posting medical adalah sangat berisiko.. Boleh ke aku survive dalam tambahan masa nanti.."
To be continue.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)