About mom..
Here goes.. (oh ya, aku akan berhati-hati agar tak terlalu mendedahkan semua maklumat peribadi eg. nombor-nombor, maka Biodata ni hanyalah berkenaan perkara yang subjektif dan abstrak sahaja) . Format sama macam entry / page about me..
Nama : terpaksa dirahsiakan sebab banyak security question melibatkan nama mak ^-^
Asal (merujuk kepada tempat lahir) : Batu Gajah, Perak
Tarikh lahir : 10 Oktober 1955
Perwatakan
Asal (merujuk kepada tempat lahir) : Batu Gajah, Perak
Tarikh lahir : 10 Oktober 1955
Perwatakan
- Ceria
- Penghubung silaturrahim
"Diperihalkan arwah sentiasa menjadi penghubung bagi ahli keluarga. Sama ada antara anak-anak & ibu-bapa (selalunya memenangkan anak-anak), dan juga sesama keluarganya sendiri"
"Antara contoh lain, Wan pun pernah menganjurkan rumah terbuka beberapa kali.. (tapi aku tak ingat masak sendiri atau tempah catering dari orang lain) "
"Aku tak pasti Wan ni family-person atau friend-person tapi macam semua orang boleh ngam dengan Wan: Saudara-mara, jiran-jiran, AVON, Petronita dll.."
Hobi
- Suka memasak (aku rasa bagi semua individu, ramai ibu masing-masing suka memasak)
"Dan yang paling bestnya Wan selalu nak cuba masak lauk kegemeran setiap anak-anak. Kadang-kadang ikut giliran. Tapi kalau masa aku balik asrama, memang pasti Wan masak lauk kegemaran aku sebab nak pujuk"
- Suka terhadap kucing juga
"Dalam keluarga, mak antara yang giat membela kucing untuk kami. Dan antara babak yang aku masih ingat ialah walaupun mak dah kena strok, mak masih sayang kucing sampai boleh cium anak kucing lagi.."
- Antara lagu kegemaran Wan adalah dari artis Fauziah Latif (antara lagu yang aku turut suka juga ialah "aku masih seperti dahulu" dalam entri lagu fauziah latiff)
"Pernah Wan beli CD karaoke Fauziah latif untuk buat karaoke kat rumah. Dan dalam beberapa kali sesi karaoke, ada sekali je Ayah dan Wan karaoke (duet) sama-sama lagu ni.. "
- Wan seorang suri rumah. Tapi di sebalik suri rumah, aku rasa ada je kerja sambilan (side Quest) yang untuk menjana pendapatan, menjadi kejutan buat ramai
- Boleh pandu memandu kereta jarak sederhana. Dan ada kereta sendiri juga Perodua Kancil comel
"Ada adegan semasa latihan bawa kancil di kawasan rumah, setiap kali lalu "bump", mesti selalu enjin mati (berhenti) tiba-tiba. Wan panik kejap untuk hidupkan semula enjin dan sambung pandu.."
---------------------------------(nota - entri ni akan update dari semasa ke semasa)------------------------
Memori & kenangan
Memori & kenangan
- Tahun 1997-2000 : setiap minggu Wan sekurang-kurangnya bawa kami pergi berenang kat Kelab Desa. Kalau hari weekday, mungkin Wan bawa aku dan Nawar, kalau weekend ditambah abang ngah dan abang chik jugak.
"Dan yang paling best, setiap kali habis sesi berenang, Wan akan bawak makan kat Kelab Desa (sama ada beli aiskrim je kalau nak kejar masa / makan chicken chop kalau ada lebih masa)
- Tahun 1999: Wan adalah ahli pertama dalam keluarga yang memiliki handphone. Tapi tentulah masa ni handphone. Lepas tu baru ayah pun beli handphone yang sama jenis.
"Aku takkan lupa nombor handphone Wan (013-3619265 celcom) Sebab sejak dari tempoh masa ni, nombor phone Wan la paling kerap aku dail dari mana-mana pondok telefon awam / pejabat / atau mana-mana sumber untuk telefon.. Tapi sekarang Tentulah aku rasa nombor ni dah dikitar semula untuk pengguna lain..
- Permulaan 2001 : berlaku konflik ayah-Wan tentang persekolahan menengah aku sama ada harian vs Asrama.
"Ayah inginkan aku sekolah asrama, sedangkan Wan inginkan aku sekolah harian. Akhirnya pendapat Ayah menang. Jadi sejak daftar masuk asrama selama 3 hari berturut-turut (isnin-selasa-rabu) aku nangis homesick. Hari khamis kebetulan cuti umum (thaipusam), maka Ayah Wan dan keluarga datang melawat untuk tenangkan aku."
- Random 2001-2003 weekend aku balik bermalam di rumah, pada hari sebelum aku dihantar semula balik asrama. Wan akan ajak adik-beradik pergi main boling di Ampang Point, lepas tu makan tengah hari sama ada KFC/McD/Food court Ampang Point. Petangnya aku kena balik asrama Segambut.
"Kejap je dah kena balik asrama lagi.." rungutku ketika menjamu kali terakhir (selalunya makan tengah hari) sebelum balik asrama
"takpe, nanti pejam-celik pejam-celik nanti udah cuti lagi.. " - balasnya
- Mei 2003 - Cuti sekolah pertengahan tahun (aku tingkatan 3 masa ni), Wan bawa anak-anak (semua adik-beradik) bercuti ke pulau Pinang. Naik kapal terbang AirAsia
"Sungguhpun aku bukanlah kali pertama naik kapal terbang menjelang tingkatan 3, tapi masa ni antara saat-saat yang jarang. Maka semestinya aku ingat lagi saat ni."
- Mei 2003 jugak - percutian yang sama itu juga, aku jatuh demam panas (sampai menggigil di hotel), maka tidur malam tu aku bertemankan Wan
"Aku bukan jenis yang tidur di bawah ketiak mak entah dah lama dah. Tapi malam tu kes khas, Wan selimutkan aku dan tenangkan aku yang menggigil demam (hotel sejuk kot, lagi aku yang demam tu)"
- Sejak tahun 2003 pertengahan itu juga - sejak Ayah dah putus untuk tidak lagi bawa anak-anak bercuti. Kali ni, Wan pula merancang bawa anak-anak berjalan-jalan cuti.
"Dulu ayah yang selalu bawa, tapi entah kenapa sejak berpindah ke KL pada tahun 2001, ayah tidak lagi membawa kami pergi bercuti. Maka Wan pula mengambil alih..
- Awal tahun 2004 - Wan pernah bercadang untuk bawa anak-anak untuk pergi umrah. Semua persiapan berjalan baik (buat passport, beli barang), cuma sampai persediaan akhir minta restu Ayah tak berjaya. Tak tahu kenapa, ayah tak izinkan kami pergi ke Tanah Suci untuk umrah.
"Pergi Tanah Haram kena jaga-jaga. Kalau ayah tak bagi maka tak boleh ingkar takut nanti jadi apa-apa. (selalu dengar kalau adanya salah-silap di tanah Haram, Allah akan balas langsung di sana juga). Maka rancangan Wan gagal.."
- Cuti Pertengahan tahun 2005 - Wan bawa aku bercuti ke Australia serta semua adik-beradik. Pergi ke Perth. Seronok sangat kali pertama bercuti ke luar negara secara rasmi.
- Pertengahan tahun 2006 - aku mendaftar matrikulasi. Kena bersiap-siap untuk daftar masuk. Ayah dan Wan hantar aku ke matrikulasi. Ada sekali aku lupa bawa gam untuk letak gambar kat borang pendaftaran macam tu. Nasib baik Wan ada home survival skill lekatkan guna nasi. Agak mengagumkan bagi aku.
- Sebulan selepas percutian 2006, ketika aku di matrik, dikhabarkan Wan telah lumpuh sebahagian badannya. Masa itulah baru tau Wan di-diagnose "ischemic stroke with left hemiplegia". Maka kehidupan Wan telah berubah ke arah yang lebih susah..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"11 Oktober 2008 - aku beli tiket flight pulang ke rumah segera, apabila mendapat panggilan ayah bahawa Wan (emak aku) tengah nazak akibat 2nd attack stroke. Sampai rumah malam tu, memang ahli keluarga dan saudara mara aku berkumpul mendampingi beliau pada saat-saat akhirnya. Memang sedih tengok keadaannya. Walaupun baru lepas operation untuk sembuhkan stroknya, namun ternyata Allah lebih menyayangi awah.. Dan pada Subuh esok harinya, beliau menghembuskan nafas terakhir" - entri pergi tak kembali (2)
"Mungkin hadiah harijadinya yang terakhir 10 Oktober 2008 adalah sembuh sejenak selepas menjalani pembedahan (aku tak ingat pembedahan apa masa tu).. Namun siapa sangka keesokan harinya beliau kembali melarat malah semakin tenat.."-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kalau rindu mereka, ingatkan la mereka dalam doa... |
Ulasan